Wednesday, May 13, 2009

Cerita tentang bola, today


Ini cerita bola.

Fakta: Aku tak pandai and maybe to the extent of tak boleh main bola.
Fakta: Aku tak pernah ada boot atau kasut futsal sendiri.
Fakta: Aku pernah jaringkan sebiji gol sahaja dalam seumur hidup aku. Itu pun waktu main petang-petang waktu aku darjah 1 ke darjah 2. Itu pun aku curi ayam. Ha ha haa...

Fakta: Aku pernah jadi Setiausaha Kelab Bolasepak untuk satu pasukan yang main dalam Piala FAM (divisyen tiga laa kiranya ni). Pasukan tu sekarang main dalam Liga Premier Malaysia (divisyen dua).
Fakta: Aku tau rules bola, aku tau rules pertandingan Liga Malaysia, termasuk players registration, player import (dulu, tahun ni dah takde), match coordination, venue facilities, etc etc etc.

Aku ingat lagi waktu kecik-kecik dulu dalam Utusan Malaysia ada Fantasy Football. Waktu tu bukan kat internet, dalam suratkhabar je. Untuk tukar (jual dan beli) players, kau kena call satu nombor dan ikut arahan operator. Pastu masukkan kod pemain yang nak ditukar (dijual beli). Payah kan? Aku main kejap je sebab mahal nanti charge telefon.

Aku tak ingat siapa pemain-pemain yang aku pilih kecuali penjaga gol aku, Othman Katmon. Dari situ aku berminat dengan managing a football team. Sampailah aku betul-betul dapat manage a football team professionally (professional ke bola Malaysia ni? ha ha haa...) waktu 2005.

Sejak aku berkecimpung dengan managing a football team ni, dapat laa bergaul dalam football fraternity ni. Dapatlah duduk semeja makan, minum, sembang-sembang, atau paling kurang pun bersalam dan ambik gambar bersama laaa... Last Monday, baru makan sama-sama dengan Yunus Aliff, Ahmad Yusof, Ahmad Shahrul Azhar. Last Saturday, aku bayarkan Ahmad Yusof waktu makan kat Mak Jah. Last Monday jugak aku dapat salam dengan The Professor, Nasir Yusof.

Jumaat lepas, dapat salam dengan Abd Rahman Ibrahim (ex-coach Malaysia). Rusdi Suparman pun ada. Dulu, aku dapat joint to manage satu 7-aside team. Yang mainnya, Zainal Nordin dengan Othman Katmon. Pernah juga team aku dulu lawan team bimbingan Dollah Salleh, Tajudin Noor, Redhuan Abdullah. Sape lagi haa? Hmmm... tak boleh nak ingat laa.. Kalau yang oversea punya, selain yang tengok kat stadium atau tengok kat tv, aku pernah laa bergandingan (bergandingan ambik gambar je, bukan main bola ye? he he heh) dengan Nigel Worthington dan Robert Green (goalkeeper West Ham).

Cuma dua orang yang aku favorite sangat-sangat je aku tak jumpa lagi. Yang local laa maksud aku. Azizol Ayob Abu Hanifah dengan Salehan Mohd Som. Azizol tu of course laa sebab orang Perak tapi si Salehan tu... perghhh memang favorite aku tu. Siap waktu aku darjah 3, ada satu majalah bolasepak tu, kat tengah-tengah dia ada poskad gambar pemain pilihan bulan tu kan? Bulan tu keluar poskad Salehan pulak tu, terus aku tak beli majalah Kuntum bulan tu, tapi aku beli majalah bolasepak pulak sebab nak kan poskad tu je punya pasal. Ha ha haa... tapi mana tah perginya poskad tu.

Kawan aku cakap, Azizol ada kat Perodua, Salehan ada kat Port Klang. Aku dah cakap kat kawan aku, satu hari nanti set laa kita gi makan-makan atau minum-minum dengan Salehan. Kisah kawan aku pulak, dia ni pun ex-player Johor. Tapi waktu dia main Johor dulu, Johor tengah top, dengan Alistair Edward, Boban, Salehan, Nasir Yusof, etc. So, kawan aku ni takde laa selalu dapat main. Walaupun begitu, kawan aku ni gempaq gile skill dia. So, yang nama-nama aku sebut tadi tu lagi gempaq laa skill diorang.

Kawan aku tu, kalau aku sebut nama dia pun sure korang tak kenal. Aku dah google tapi takde. Waktu aku manage team kelab tahun 2005 dulu tu, dia assistant coach. Sebelum aku manage team tu pun aku dah macam cair je tengok skill dia, especially part amik free kick. Perghhhh... Sekarang ni kalau veteran Selangor ada game apa-apa, mesti panggil dia main punyalah. Dan, aku pernah laa cakap kat dia, "Apsal laa dulu kau tak main first team Johor? Sure kau jadi idola aku. Pastu bila aku dah besar, kau jadi assistant coach team aku pulak. Sure bestnya, kan?" Best ek, kalau kita ada idola pastu dapat kerja dengan dia.

Ni pulak cerita kawan aku lagi sorang. Dia ni striker, tapi takde lah famous sangat. Tapi pernah main untuk Pahang - Sukma, Piala Emas Raja-Raja. Dah dalam enam tahun tinggalkan kompetitif football, setakat main inter department je. Alih-alih, hari tu dapat call up untuk main semula. Last Friday, first match dia. Aku pergi tengok tapi dia jadi simpanan je. Isnin lepas, perghhhh dapat main kawan aku ni. Walaupun masuk pada minit ke 60 je. Ok lah tu dah 38 tahun main striker lagi. Waktu dia warm up pun aku dah excited gila.

Sorrylah kalau korang tak kenal nama-nama yang aku sebut tadi tu. Tapi sure korang kenal siapa Christiano Ronalbi, kan? Haa? Tak kenal?! Click sini kalau korang tak kenal siapa Christiano Ronalbi.

Disebabkan aku tak jumpa nama dua orang kawan aku tu dalam google, ni aku nak tribute laa sikit kat diorang.

My football legends...

ABD MUTTALIB AHMAD


MOHD SAAD MOKTHY


Majulah bolasepak untuk negara!


3 comments:

Anonymous said...

pesal hang lupa nama zainal abidin ek team slangor?
thn 2005 perak pulak takkan khalid jamluss tak main lagi? v saravanan?.., err aku banyak ingat yg kahwin dgn artis je deo.. azman adnang, subadron aziz.. masa time azizul abu hanifa tu aku mcm lebih suka team kl (ada ramai pemain import singapore kan..)
-ojij-

Deo said...

Oi Jijo, nama-nama yang kau sebut tu aku tak pernah jumpa in person. Macam Khalid Jamlus tu generasi baru, aku tak berapa minat laa...

Fara said...

aku baca skip2 je nih sbb pasal bola kan .. tapi mata aku tertangkap plak alistair edward tu .. aku ingat aku suker gile kat pemain2 import masa tuh, dia ngan Abas Saad wakakakka...

Related Posts with Thumbnails