Monday, May 25, 2009

Mood tak berapa mari two three four five days ago


Entah apsal sejak balik dari field trip and meeting kat Singapore last Wednesday, mood aku macam tak berapa mari je. Nak memblogging dan nak membuat apa-apa pun macam tak mari, macam tak naik sheh. Nak sms kawan-kawan to wish good luck for football match last friday pun malas. Heh!

Semangatku tertinggal di Singapura pulak kot? Ha ha haa... hari tu dah tertinggal di Shah Alam, a week later aku pi ambik balik kat Shah Alam dan dah ok. Hmmm... nak kena pergi Singapura baliklah ambik semangat aku yang tertinggal kat sana. Yang best that happened last week pun just Kiss punya appearance waktu AI result show (tengok sini). Tu je. Walaupun aku tak pernah minat Kiss, tapi kalau diorang datang perform kat Malaysia, aku rasa aku pergi tengok kot? Hehehehe...

Since entry lepas pasal guli dan kerusi tu, banyak jugak responses yang mengatakan diorang pun pernah dengar guli dan kerusi tu. Bila aku google, hmmm macam betul. Bukan bunyi guli dan kerusi je, kekadang ada bunyi orang drill dinding rumah. Kekadang bunyi orang guna lesung batu.

Haa yang bunyi lesung batu tu aku pernah dengar. Waktu tu, aku pelik laa apsal orang atas ni kat dalam bilik pun nak tumbuk sambal. Kalau bunyi tu kat bahagian dapur tu, kira ok lah boleh diterima akal. Siap ada few times aku ambik batang kayu mop/penyapu, aku tojah-tojah siling bilik aku. Kononnya nak suruh orang atas senyap laa kan? Memang dia senyap lepas tu, tapi tak tau laa apa yang aku tojah tu kan? Mengerikaaaaaaaaannnn....

Anyway, dah semangat aku tertinggal kat mana-mana tah so, tak ke mana-mana lah aku weekend lepas. Walaupun gaji aku masuk Jumaat malam yang membolehkan aku gi shopping ke takpun beli makanan-makanan tak berzat ke ataupun saje-saje je tabur duit kat mana-mana kan. Itu lah dia, semangat tah ke mana-mana.

Dalam pada tu, aku gi jugak tengok movie. Tu pun cadangnya nak tengok on Saturday night, midnight show. Tapi malas nak keluar. So, on Sunday tu since aku nak gi makan kat Jalan Tebrau dan aku kena cross that bloody jambatan Permas, aku terlanjur laa ke Pelangi Leisure Mall. Yang terajinnya pun sebab aku tau kat situ tak payah nak beratur-atur beli tiket.

Just imagine on Sunday afternoon, show jam 4.30pm. Aku takde buat phone booking pun. Aku boleh walk-in untuk beli tiket and get to choose tempat duduk. Banyak lagi vacant seat. Tu yang aku rajin je tu nak pergi tengok movies. So termenonton laa Angels and Demon. Best! Walaupun aku still kena buat homework lepas aku nonton cerita tu. Ye laa aku google sesikit pasal Illuminati semua tu. Jalan ceritanya lebih straight forward daripada Da Vinci Code dulu tu.

Ni masih tak mari mood aku ni. Sampaikan rasa macam nak mintak kerja kat KL je pulak. Berat! Berat!! So, aku apply cuti dah this Friday and next Monday. Hopefully boleh recharge balik.

Ok lah ni gambar-gambar view dari office Singapore aku. Nampak view 'durian' tu. Kalau F1 race kat Singapura memang boleh nampak laa...





2 comments:

edrina said...

oh nampak itu durian..the biggest "durian" on earth ekeke

The Rough Diamond said...

samalah, my soul pun tertinggal kat kl n takda mood gila. ntahlah, kat jb tak hepi, kat kl hepi tp asyik dpt bos saiko.

anyway, durian tu selalu ada show2 yg best.

n baguslah kau dah discovered leisure mall, situ mmg lengang skit, takyah beratur panjang2 mcm kat tebrau city n Cs. parking pun singgit je.

Related Posts with Thumbnails