Thursday, April 30, 2009

Fooling around the teambuilding session


Last Friday, still belum fully recovered dari kecapekan trip aku ke Abu Dhabi, aku joined my company's team building in Puteri Resort Melaka. Nasib baik ada transport provided so, lepas berenti makan dan solat Jumaat aku tidur je sepanjang perjalanan sampailah ke resort tu. Dan bermulalah episod yang macam &#%^*@.

Firstly, dah le cuaca kat Shah Alam or Johor or maybe all around Malaysia was so hot last week. Aku rasa kat Abu Dhabi pun wasn't that hot, seriously. Upon registration, aku kena tunggu like for 45 minutes sebab bilik aku tak siap lagi. &#%^*@. Dah le tinggal dalam around sejam je lagi sebelum the first session starts. Bila dah masuk bilik, ingatkan nak mandi. Tuala pulak takde. Called the room service, diorang kata tuala belum kering. Dalam sejam lagi baru boleh hantar. &#%^*@.

Dah le condition hotel macam tak menyelerakan dengan carpetnya yang berkerak, bilik air pun macam tak berapa sedap punggung aku nak berlabuh. Tapi, malaslah aku nak komplen lebih-lebih pasal bilik sebab manakan sama bilik di Puteri Reosrt Melaka dengan Hilton Abu Dhabi, kan? So, dalam kepanasan dan berpeluhan celah-celah kelengkang aku attended the first session.

Punyalah agak mengantuk first session tu. Lepas tu facilitator siap sound, "Saya nampak ada sesetengah yang dah pakai t-shirt yang diberi. Sebenarnya t-shirt warna biru untuk esok, t-shirt putih untuk hari Ahad." &#%^*@. Sesetengah tu termasuk laa aku sebab dalam agenda, session tu ditulis sebagai session 1 so aku pakai laa t-shirt yang diberi tu. Like ada sesiapa yang ada cakap kat kitorang or written anywhere yang sessions on Friday tu boleh pakai t-shirt apa-apa?

Kitorang dah duduk dalam team dah waktu ni. Dan as aku mentioned in one of my entries previously, ada ke satu team untuk teambuilding sampai 27 orang?! Weh, main bola World Cup pun boleh register tak silap aku 23 or 25 players je maximum. Ni bukan lagi nak main bola, aku rasa nak buat perarakan hari kebangsaan kalau dah ramai macam ni. &#%^*@. Jenuh laaa aku nak ingat nama sorang-sorang team members sebab ada yang dari subsidiaries dan ada yang baru sangat masuk kerja. Kalau nak ingat nama semua sekali, itu jangan harap laa.. korang darabkan je laa 27 dengan 9 kumpulan.

Dan malam tu waktu indoor session, aku dah start bosan dengan main facilitator kitorang. Dia ni mamak, dah le cakap ada pelat lidah berputar kan? Pastu cakap laju pulak tu. Dah le dewan besar, microfon tu pulak echo nya tinggi. Pastu instructor tu dengan rambut macam tak bersikat, baju t-shirtnya pun tak berbutang. So, macam tak bersemangat aku jadinya, macam tak terbuilt-up semangat keteambuildingan aku jadinya. &#%^*@. Pastu aku dapat assignment pergi tangkap tiga ekor nyamuk pulak. &#%^*@ kan? Dan malam tu walaupun aku duduk sebelah loji pam najis dalam gelap, sekor nyamuk pun tak nak gigit aku. &#%^*@ kan?

Lepas habis sessions hari tu semua, team aku rehearsal persembahan kitorang - tarian zapin for the first time in full force. Ada laaa empat couple yang dah practice menari so aku dapat bahagian menyanyi je part korus Ya Salam Ya Salam, Senandung Ya Salaaaammmmmm..... lagu Ya Salam Noraniza Idris tu. Lepas tu, ada satu part bridge panjang gak laa kalau nak pergi toilet kencing pun sempat. Aku propose laa yang penari-penari zapin tu berenti kejap macam kejung, pastu aku masuk buat shuffle kat stage tu. Baru ada macam 2Phat kan campur asli dengan hip hop. Tapi diorang semua reject idea aku. Wakakakakak....

On Saturday, pagi tu senaman taichi. Dah le ada dalam 200 orang peserta kan? Pastu instructor taichi tu pulak ada laa dua orang je yang tukang demo, sorang tukang sebut, "up, down, to the right, to the left, pull your knee, push your chest.." macam tu laaa... dah le dua orang pendemonstrasi tu bukannya duduk kat atas stage. Mana laaa nak nampak. So, kaedahnya, memang aku taichi kan gerakan-gerakan senaman taichi tu ke orang lain. Ekekekekek... part yang ni tak berapa &#%^*@ sangat sebab free and easy.

Tapi lepas tu bila gi breakfast, part orange juice habis dan diorang tak refill tu memang double &#%^*@. Pastu pulak ada ke dia serve bubur nasi tapi condiments dia diletakkan kat depan buffet area tu. So, kaedahnya kau amik condiments dulu, baru letak bubur nasi. &#%^*@ kan?

Lepas tu acara Explorace pulak. Yang ni lagi laa huru hara. Ada lima checkpoints. Bila dapat clue yang first tu pening gak laa nak cari checkpoint. Tapi untuk cari checkpoint ke-2 hingga ke-5 senang le sebab dah nampak kumpulan-kumpulan lain kat tempat-tempat tu sebelumnya. Yang menjadi masalah dan &#%^*@ nya tu, instructions (or rules) berlainan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Contohnya, kumpulan aku kena cross swimming pool sambil bawak belon tak payah pegang tali, kumpulan lagi satu boleh pulak pegang tali. Ngok kan! &#%^*@ je. Dah le dalam panas terik tengahari rembang tu. Topi pun tak bagi. Takkanlah aku nak pakai topi Ferrari RM150 yang aku baru beli kat Bahrain tu kan sampai berpeluh-peluh? Hehehehe...

Then lepas lunch, classroom session. Korang tau kena buat apa? Buat jigsaw puzzle. Aku rasa yang 1000 pieces punya. Macam &#%^*@ sebab HR Director aku kata, "bayar mahal-mahal dia bagi kita buat jigsaw puzzle je?" Lepas tu instructor kata, siapa tak siap tak boleh pergi tea break. Kumpulan aku pun setia lah buat sampai siap. Yang kumpulan sebelah pulak dok sedapppp je bawak sepinggan karipap sambil buat jigsaw puzzle tu. Lepas kumpulan aku siap, pergi tea break, karipap dah tinggal serdak. &#%^*@ sekali lagi. Bongok!

Nasib laa malam tu happening sikit time persembahan. Semua sporting belaka, semua enjoys! Semua lawak! Dan team aku pun menang persembahan terbaik sebab menari zapin. Tak sangka wo!! Itu belum aku buat shuffle waktu bridge tu lagi tu... mau hadiah tahun depan pun dia bagi terus kat kumpulan aku.

Hari Ahad, dari pagi sampai ke tengahari kitorang kena buat domino. Alaaa benda yang jatuh berturut-turut membentuk satu pattern tu. Masa diberi selama 2 jam. Mula-mula diorang tunjuk video teambuilding companies lain yang buat domino. Elok laa aku tengok diorang buat dalam bilik (indoor) pastu patternnya ada laa sebesar dua tiga meja makan disambung-sambung. Yang kitorang punya, kena buat sepanjang-panjang koridor hotel tu. Buat pulak kat outdoor, kat koridor hotel. Pastu dengan lantai hotel yang tak rata. Dengan bahagian sambungan jubin tu yang macam ada longkang tu kan?

Kitorang pecah 6 kumpulan. Sekejap-kejap, kumpulan belah sana menjerit sebab domino diorang dah bergerak, kena buat balik. Sekejap-sekejap yang belah lagi satu menjerit-jerit pulak. Aku pun sampai naik parkinson tangan aku nak letak kepingan domino tu takut terlanggar dan bergerak domino kumpulan aku. Ada laa sekali dua jugak aku jadi mangsa. Huhuhuhu... last-last dah dekat 2 jam, macam tak menampakkan hasil je, instructors kata takpelah tak siap janji dapat dicantumkan keenam-enam kumpulan supaya domino tu boleh bergerak dari hujung sana ke hujung sinun. Jadi lah... tak payah laaa nak divideotape kan kalau dah tak nampak rupa bentuk domino tu. Kalau nak tunggu siap, aku rasa mau sampai cuti Hari Pekerja pun tak siap lagi tu.

Korang tengok le gambar ni. Aku yang pegang bekas warna biru tu. Time ni aku rasa awal lagi kot sebab cantik je berdirinya kepingan-kepingan tu, belum berderai lagi. Dan elok je tegap lutut aku mencangkung waktu tu. Ni baru satu bahagian yang kumpulan aku buat, belum 5 bahagian lain lagi.



Dan yang paling &#%^*@ sekali ialah Training Department aku tak nak keluarkan training/course evaluation form. Takut laaa tu kot-kot orang tulis komplen banyak-banyak atau letak rating rendah-rendah. &#%^*@!


1 comment:

Anonymous said...

panjangnya deoo.. banyak nya %@#(*, aku rasa la 200 tak sesuai sangat kan, elok 100 org, baru matlamat tercapai..

apa apa pun yg ni enjoy bc ,ekekeke

-Ojij-

Related Posts with Thumbnails