Saturday, September 06, 2008

Puasa hari kelima


Perjuangan puasa hari kelima aku teruskan. Perjuangan mencari kerja pun aku teruskan. Tapi , semalam memang aku hilang semangat nak buat apa-apa kat ofis. Pagi-pagi sampai di ofis je, aku nampak VP aku bertekak dengan si Puaka over presentation to management meeting.

Aku pun sentaplah, kan tengok diorang bertekak. Dah macam ahli gusti acara tag team yang kat luar gelanggang je aku jadinya, tak sabar je tunggu kalau VP aku hulur tangan dia, aku nak sepp, pastu aku pulak sambung bertekak dengan si Puaka. Punya bengang VP aku lepas tu sampaikan dia kata, "tak pernah aku kurang ajar macam ni dengan mana-mana bos aku sebelum ni..."

That shows how disrespectful of us towards si Puaka. Aku even cakap kat Director Corp Services aku, "I have zero respect towards him as a leader of our department. All the respects I reserved have long gone down the drain." Macam tu sekali! Akhirnya, aku melangut lah sesambil mengemail resume aku ke sana ke sini semalam.

Petang semalam on the way balik ke Permas, aku singgah di Masjid Pasir Pelangi untuk Maghrib dan terawikh. Selalunya, aku lalu je masjid ni pergi dan balik. Semalam aku decided to make a stop there. Klasik masjid ni, cantik! Dibina sekitar tahun 1920-an. Nanti aku post gambar masjid ni, guna Berry tak boleh nak post gambar lah pulak.

Dan first time jugak semalam aku buka puasa makan bertalam share empat orang. Dalam talam tu ada setengah ekor ayam golek, dua-tiga senduk nasi goreng, empat biji karipap, 12 biji kurma dengan sebijik roti john bersaiz kebab, untuk dikongsi empat orang. Ada juga bubur lambuk. Mulanya aku ingat kena makan gaul-gaul dalam talam tu tapi rupanya hidangan je secara lambak dalam talam. Nak jimat masa dan tenaga untuk tak payah basuh pinggan, agaknya.

Anyway, seotai masjid tu, otai juga jemaah yang hadir. Baik-baik belaka, jenis sebelum solat sebelum angkat takbir tu, sesi salam-menyalam dengan jemaah di kiri, kanan, dua dari kiri, dua dari kanan, belakang, belakang kiri dan belakang kanan. Salam dan pandang ke muka. Sungguhpun otai, ada yang terbongkok-bongkok, respect sungguh aku dengan kecekalan diorang, steady je solat terawikh+witir 23 rakaat, imam baca surah panjang-panjang pulak tu, habis satu juzuk rasa aku.

Aaaa... lagi satu, kat belakang masjid tu ada kolam buaya, berpagar. Aku tak sure berapa besar. Tapi ada signage kata, "awas, buaya dibebaskan." Aku tanya rakan makan setalam aku, dia kata ada 1000++ buaya dalam tu. Aku tanya balik, itu buaya-buaya yang ditangkap di mana-mana, pastu lepas kat situ ke? Dia jawab balik (dalam nada berbisik), "buaya tu tu*nku su*tan punya." Wallahu'alam.

Next time aku gi masjid tu, aku nak naik atas lepak kat balcony masjid tu, nak tengok kot-kot ada buaya yang ada iras-iras kawan-kawan aku. Hehehehe...

Anyway, happy gila aku weekend dah tiba. Boleh aku teruskan aktiviti tidur selepas Subuh. Hehehehe... Ok, have a good weekend everyone!


7 comments:

Anonymous said...

salam kenal dari sy

Brother Lans said...

Bro DeO,assalamualaikum.Eh, BroLans dah ucap 'Selamat Berpuasa' ke?Selamat berpuasa & bertarawikh lagi 25 hari :-) hari ni buka kat mana?Sahur makan cereals aje ke?hehehe...tak balik Lembah Kelang ke?(*eh,byk pulak soalan Abg!) Konsep baju raya very the pinkish ke?hehehe,wslm.

nino said...

erk,katanye cucu sul tan yg nak sgt buaya tuh..
macam haiwan peliharaan..
huhu..

:)

Anonymous said...

aku pun suka ngan masjid pasir pelangi tuh. kat sebelah tuh ada tasik. siap ada buaya lagi.

make ko snap sign buaya tu ok. haha

Fara said...

tu nasi ambeng namanya ... johor biasa le, sharing is caring ekekeke!

Anonymous said...

deo,
good luck on your job application... sempat berapa bulan je kan...

ko nak ke mana plak lepas ni? johor gak ke?

Anonymous said...

tangkap sekor..
wat kasut raya

Related Posts with Thumbnails