Tuesday, September 16, 2008

Puasa limabelas hari lagi


Aku rasa blog aku ni dah jadi macam Nek Rock's Boutique pulak. Mana taknya, aku pun hairan macam manalah diorang ni boleh sampai ke blog aku bila cari benda-benda ni...



Yang cari baju pregnant tu ok lagi, yang cari seluar dalam Que Haidar tu, apa ceritanya? Masak laa korang ni. Entah Que Haidar tak pakai seluar dalam, mana korang tau, kan?

Anyway, semalam aku busy agak gila kat office, meeting back to back dari jam 9.30 pagi membawa kepada 6.00 petang. Yang seronoknya, petang tu aku meeting dengan Director Projects. Interesting gila, ini baru aku minat, dapat tahu perkembangan projek semua tu. Lepas tu, ada pulak idea daripada Director Projects aku nak masukkan aku kat bawah one of his functions, bawah Investments. Wahh.. best tu. Macam tau-tau je diorang ni yang aku nak blah, barulah nak mengsexcitedkan life aku ni.

Siap diorang nak rope in aku dalam investment initiatives meeting dengan orang-orang projects. Yang bestnya, diorang tanya aku, nak invite si Puaka ke? Aku kata terpulanglah. Diorang kata tak payahlah, aku je cukup. Pastu diorang tanya, nanti si Puaka cakap apa-apa ke kalau aku masuk meeting tu tapi dia tak masuk (si Puaka ada request kat Director Projects aku nak masuk meeting tu sebelum ni). Aku kata, paling kuat pun dia akan cakap kat aku, "Are you trying to be a hero?" Cakap laaaa... aku sikit pun dah tak heran kat si Puaka.

Tapi aku terbersemangat jugaklah kerja jadinya sebab aku involve dengan things yang happening on the ground. Selama ni dengan si Puaka, dok buat theoretical, baselining macam cibai tak sudah-sudah, templates, terms of reference. Aduuuhhhh.... tapi, bak kata Shidee, sayang semuanya sudah terlambat... hahahahah...

Dah meeting habis jam 6 petang, nak mengejar ke KL Sentral lagi, aku ingat nak beli air dan minum dalam komuter, dalam perjalanan balik je lah ke SA. Siap berbungkus 1-foot long Subway sandwich tapi takde lah aku plan nak makan dalam komuter, just nak minum je. Rupanya dalam komuter tak boleh makan atau minum. Adehhh macam mana aku boleh terlupa. Kalau nak minum curi-curi pun, aku berdiri, tak kuasa tangan sebelah nak bukan botol air, tangan sebelah nak pegang tempat pemegang. Buatnya komuter tu sway, brek mengejut, air ke mana, bukak puasa ke mana, aku tergolek.

Sampai waktu berbuka, nak korek hidung, orang ramai. Telan air liur je lah makan hati tengok jarum jam bergerak seseminit seseminit. Tapi betul lah tak friendly komuter ni. Tak friendly kepada orang berpuasa. kekekekek...

Semalam jugak, tiba-tiba feel raya datang menderum-derum dalam diri aku ni. Tak tau laa kenapa. Mungkin feel tu datang lepas aku jumpa ex-boss aku kot. So, aku dah tukar banner blog aku ke suasana raya.

Banner tu tribute kepada Mak aku. Tu empat jenis kuih raya yang mak aku buat tahun lepas. Respect lah mak aku! Walaupun dah tak berapa larat, dah tak sebanyak not less than 10 jenis kuih raya dia buat 15-20 tahun lepas dan satu tupperware je instead of 3 balang setiap jenis kuih, mak aku still buat untuk kitorang bawak balik ke kota. Thank you, Mak! Tu tak campur ketupat daun palas dengan ketupat daun pisang lagi.

15 hari lagi berpuasa. Dalam mengejar feel/mood raya tu, amalan kita pertingkatkan, lailatul qadar kita kejar juga, ok! Wassalam.


10 comments:

Siti Fatimah said...

best plak bc entry encik sejak2 bulan pose ni.....just dropping by....have a nice writting.......;)

K i a H R o N g G e n G said...

deo nak kuih sempritt mak ko tu....

famil said...

aku plak nak kueh quaker oat. mcm yummy jer ada rekah2 tuh..

Anonymous said...

err macam sedap je kuih tart nenas tu.. ,aku nak skit gak... mamposlah banyak permintaan deo ni.. hiks
-ojij-

Anne said...

org ipoh buat tart juga yer? aku igt org KL ke bawah jer buat tart2 ni.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
tang entry ni memang best di baca

edrina said...

salam~
saya bukak blog neh semata2 nak dengar lagu raya kat opis ekekeke..muleh.. neh tgh keboringan bukak poser sensorang kat opis hiks..

Anonymous said...

ketupat daun pisang tue mcm mane erk?????xpernah dgr dan tgkpun...dah berpuluh taun gak berkg kat ipoh...

deOughtred said...

siti fatimah,
thanks. datang-datang selalu ye. kalau tak best pun, baca lah juga.

kiahronggeng,
kau kena kejar aku dan kuih mak aku. sesungguhnya aku dan kuih mak aku tak mengejar engkau.

famil,
tu bukan kuih quaker oat laa.. tu biskut badam, tepung peanut butter, dalam dia ada isi kacang, atasnya disapu telur dan ditaruk badam.

anonymous,
kau kena kejar aku dan kuih mak aku. sesungguhnya aku dan kuih mak aku tak mengejar engkau.

anne,
ye ke? mak aku buat je dari dulu lagi. dulu dia buat tart yang bersilang-silang tu.

crazy beautiful88
best kalau, baca saja... tak best kalau, baca jugak laaa...

edrina,
kesian kat kau. takpe nanti aku pesan kat mr kicap jgn suka-suka sangat time berbuka, kenanglah edrina dalam berbuka dia. ok?

anonymous,
ketupat daun pisang tu, dibungkus macam hantu pocong atau macam bantal peluk. pulut dibungkus bulat dan panjang dalam daun pisang dan diikat di hujung dan di tengah untuk air tak masuk dalam bungkusan daun pisang tu.

sempoii said...

yg carik baju peknen kat sini tu bukan aku tau.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails