Dulu waktu study kat PPP/ITM Seksyen 18 Shah Alam, time banyak duit di bulan puasa, kitorang akan naik bas ke Subang Parade. Nak bukak. puasa buffet Pizza Hut. Waktu tu bayar RM15 berbaloi sebab rasanya apa yang kitorang makan bernilai RM49.99 setiap sorang. Adalah sorang 8 potong pizza sorang pelahap.
Tapi itu semua ada caranya. Tak boleh makan in one go. Kitorang akan pergi in quite a big group. Lepas azan maghrib, makan dalam 15 minit, then satu group kecik akan blah gi solat Maghrib kat Masjid Subang Jaya. The other small group sambung makan atau tunggu meja. Lepas first group balik dari masjid, swap position dengan second group, macam Pak Lah dengan Najib main swap-swap pulak. Lepas second group balik dari masjid, sambung makan balik, cover sahur sekali.
Dan sampai sekarang ni, aku tak tau surau Subang Parade tu kat ceruk mana. Sebab masjid seberang jalan je. Senang...
Sekarang ni, kalau berbuka di luar aku dah tak makan banyak macam dulu lagi. Kalau buffet Pizza Hut tu mungkin nilai makanan aku dah jadi RM9.99 je. Jadi, biasanya aku tak break untuk solat Maghrib. Aku akan makan sampai habis, lepas makan baru solat Maghrib. Tapi, rush jugak lah waktu tu, dan Maghrib aku memanglah mencecah jam 8 malam.
Semalam, aku ke Plaza Kota Raya kat tengah-tengah pusat bandaraya JB. Kagum aku, ada masjid dalam shopping complex. Bukan tahap surau! Ini masjid! Setiap minggu buat solat Jumaat. Korang bayangkan Pertama Complex kat KL tu, haa... kat tingkat 3, ada masjid. Sempoi tak?
Secanggih-canggih Bukit Bintang, yang korang agung-agungkan dengan Pavilionnya yang where Malaysians with highest GDP per capita spend (aku tak pernah sampai di Pavilion) dan sebesar-besar Berjaya Times Square yang siap ada theme park dalamnya, pun takde masjid.
Walaupun masjidnya agak kecil, tapi sungguh menyamankan, aircond sejuk, carpet tak kasar, tak bau masam. Aku diberitahu, kalau masa solat Jumaat, gerai-gerai peniaga akan ditolak ke tepi dan akan dibentangkan tikar dan sejadah untuk orang bersolat Jumaat. Aku belum cuba lagi solat Jumaat di situ.
Aku berbuka dengan bekalan air aku beli. Then, solat Maghrib berjemaah. Lepas solat, turun tangga masjid, nahh... pilih je nak makan kat kedai mana? Singgah Selalu? Sedap Corner? Makan pun boleh relax sambil menjamu selera dan mata tengok orang lalu lalang, tawar menawar harga barang.
A. Menjamu selera. Aku makan mi claypot, something like that, je semalam.
B. Menjamu mata. Tak berapa terjamu laa...
C. Gerai-gerai jual kuih-muih raya.
D. Tangga-tangga ke pintu masjid.
Selesai makan, ada masa sebelum masuk waktu Isyak. Aku jalan-jalan kejap tengok barangan yang dijual (sepatutnya aku membaca quran lah kan?). Biasa je, yang banyak dijual, kuih muih macam-macam bentuk dan rupa. Rasa mungkin sama, aku tak tau. Pakaian pun banyak. Aku tak teruja.
Tak lama lepas tu, terdengar azan Isyak dari masjid tu. Aku pun pergilah semula ke masjid tu untuk solat Isyak dan terawih. Kan senang? Makan, minum, jalan-jalan jamu mata, shopping. All in one place. Kalau tak nak pergi masjid tu awal-awal waktu azan pun takpe, sebab waktu iqamah pun kuat, satu kompleks boleh dengar. Kalau itupun awal lagi, tunggu dah "aaaamieeeennnnnn" pun sempat lagi berjemaah. Hehehehe...
9 comments:
hik hiks...best jugak
d.sapphire
PPP/ITM kan seksyen 17?..18 yekk errmmm
aku pun suka pegi sana dolu2 deo. kat luar masjid tu makanan dia not bad pasalnya.. lepas tu dekat plak tu ngan pan pacific kalau nak makan buffet kat situ...
Deo, kalau nak beli kuih tart beli ngan akak yang pregnant tu.. sedap gila ok.. nanti dia panggil kau "Sayang, nak rasa.???" kau mesti terbeli punya..But really worth it, layanan mesra pulak tu. Nasib baik aku ni pompuan..hehehe
Pavillion dan area seangkatannya tak cukup 40 orang bermaustatin / bermukim.
salah satu sebab tak berapa selesa nak berbuka kat luar inilah...lepas berbuka nak tergesa²cari surau...kalau kat restoran merah kat TTDI jaya tu...seberang je..kalau gerai2 tepi jalan..mmg susah...
ingat kueh raya your mom, mmg yummy. kalu u balik keje tempat lama, bolelah aku merasa. Ex boss you dah check about you turning back to old job?
Deo,
Memang best kan kat Plaza Kotaraya tu ada semejed. Dulu aku masa kat UTM pun slalu lepak situ singgah solat lepas bersopping-soppingan. Ish, ko buat aku x sabar nak balik beraya kat JB. Meh jemput datang umah.
Elmi
d.sapphire,
best takpe...
kiahronggeng,
Seksyen 17 tu kelas, seksyen 18, asrama dekat dengan Giant tu
me.moi,
mai laaaaaa duk JB temankan aku...
all jazzed up,
kalau orang panggil aku sayang sayang ni, jual kuih lemau pun aku beli... wakakakaka
famil,
emmm yang kerja2 shopping2 situ cukup apa 40...
kujie,
aku biasa nampak tu restoran merah TTDI Jaya...
meg,
terima kasih puan, belum puan...
elmi,
meh jemput-jemput... ke plaza kotaraya laaa hahahaha
Post a Comment