Thursday, August 28, 2008

Tentang the two things (part I)


The two things I regret in my life.

Tapi takde lah sampai aku hantuk-hantuk kepala kat dinding dan menyalahkan sesiapa. Dah keputusan itu aku sendiri yang buat dan so far, aku still in a better position than most of people yang started in the same place with me.

First, waktu pilih universiti, this was way back in 1996. Aku dapat placement in three universities, first option was University of Oregon, Eugene; second was University of Denver, Colorado and the third one was University of Southern California, Los Angeles.

Waktu aku dapat options tu memang aku delete Denver for reasons like, boring nanti duduk Colorado dan aku dengar it was not a better place to study Economics than the other two unis. Then, tinggal dua options untuk aku. And for reasons aku pun tak tau kenapa, aku pilih Oregon instead of SC.

Yang aku ingat salah satu sebabnya ialah SC kat California, obviously panas whereas Oregon tu dah dekat-dekat Canada yang sejuk dan aku boleh experience snow. Ye lah kan, dah gi oversea, takkan lah nak experience weather sama macam kat Malaysia, kan? Dan aku cuak sikit laa nak hidup di California, takut aku tersesat jalan dan 'tersesat' dalam kehidupan metropolitan. Waktu tu pun aku tak fikir sangat pasal uni ranking ke, life as SC students dan juga SC punya alum association and network.

Aku pun takde lah buat research kat internet. Korang tau laa back in 1996, tak berapa celik internet lagi. Buat paper pun pakai Word Perfect. Aku pun takde laa contact seniors yang dah ada kat oversea macam sesetengah kawan aku yang still borderline nak fly tapi dah sebok survey-survey uni dan accommodation. Aku yang dah confirm fly walaupun still ada satu semester nak habis pun, rileks je. Hehehehe... and student advisor aku, entah sape tah, takde langsung object atau suruh aku reconsider or give second thought, takde pulak bagi pros and cons for both unis. Apa daaa....

It turned out that aku tak experienced snow pun kat Eugene. Time winter pun yang menitis dari langit ialah air hujan yang sejuk nak mampus dan air hidung aku yang dok meleleh je. Waktu nak experience snow, aku terpaksa drive up north to one mountain resort, main ski kat situ. And that was like once in my two-year stay kat Eugene. Dan kalau aku masuk SC, aku dah jadi Trojans (mascot SC) dah sekarang rather than Ducks, yang menang college football and basketball year in and year out.

Ni gambar ni saje je sebagai perhiasan dan aku nak perangat delinn... wakakakaka aku nak cucuk dia suruh gi Australia lagi time winter. Tapi kalau delinn pakai baju ski nanti mesti nampak macam snow man kan? Bulaaattt je... wakakakakak



Anyway, aku bersyukur laa dengan friends kat Oregon (which ramai jugak Malaysians, kalau dak mungkin aku dah bernikah dengan non-Malaysian.. opss) yang banyak membantu time aku susah dan time aku kelaparan diorang tolong masakkan. Dan aku completed my degree in time and meet JPA requirements, without having to study much. Aku kerja part time lagi banyak dari aku belajar. Hiks! And most importantly, aku balik Malaysia in one piece laa... dan parents aku still kenal aku walaupun waktu sampai kat KLIA, aku pakai topi koboi. Wakakakakak....

Secondly, yang aku regret is balik Malaysia right after grad. I should have stayed in US, buat kerja-kerja dining hall pun ok. Lama-lama, dapat lah kerja yang ok dan gradually kerja yang best, dak? Waktu aku kerja as student worker kat dining hall, aku ni dah kira senior. Bila ada student workers baru masuk kerja, supervisors aku akan suruh diorang jumpa aku, suruh aku tunjuk ajar. Tak kira lah, mat spanish ke mat salleh ke mat indo ke. Lagipun kat US, jangan pandang kitchen worker sebelah mata. Kadang-kadang berdegree bagai diorang tu.

Tapi aku balik pun sebab I still have my parents and family laa... Lagipun waktu tu, aku tak set pun kat kepala yang aku nak stay kat US. Mana taknya? Lagi 6 bulan nak grad, aku dah start beli pinggan mangkuk Corelle nak bawak balik Malaysia bagi kat mak aku. Aku dah start calling-calling shipping agents nak ship barang-barang aku. Aku pun takde pulak cuba-cuba mintak-mintak kerja kat sana. Then, MSD takde pulak encourage kitorang untuk cari pengalaman kat sana. Yang diorang tau, asyik ingatkan kitorang suruh balik Malaysia. Kalau nak sambung buat masters pun kena balik Malaysia dulu. Apa daaaa....

Tapi, ok lah dengan life aku sekarang. Walaupun aku rasa it is not so great, it is still great to some people. Dan kalau aku pilih the other two options tadi - study in SC dan tak balik terus ke Malaysia, aku pun tak tau lah kat mana dan apa dah jadi dengan aku sekarang ni. Wife aku blonde, mungkin?!


5 comments:

DeLinn said...

Pssst pssst aku mmg pegi time winter pun..oppss!

Ko yg kurus pun nampak bolats tu kan? Iskkk

famil said...

Eh aku ada tanya la advisor aku, IU and USC, mana better?

Ko tahu dia jawab ape? KAlau u nak snow, pegi lah IU. Pas tu buat2 busy.. tah hape2... baik tak yah jadi advisor.

Nor Razi said...

Deo

hanya satu cara ajer ko nak tahu bakal bini ko tuh real blonde.

pssssss ...... kalau tak tahu YM aku wakakakakaka.

Yang leggy ko blh dapat dakkkkkk

Nani Shahabudin said...

u are specially invited to give yr comment in my latest entry, "Kebanggaan Kita Semua" http://mysquarespace.blogspot.com

Anonymous said...

what u regret, same thing with me. Wish sangat last time tak balik terus after degree. Dok kat sana kerja..

Related Posts with Thumbnails