Monday, August 18, 2008

Dragging my feet


True enough, weekend lepas takde apa yang special. Sabtu, aku keluar rumah around 8.30pm. Itupun sebab perut aku dah lapar gila dan aku nak try nasi lemak Senibong yang digembar-gemburkan tu. Aku pun gerak ke Kg Senibong which is less than 5km from my place. Ya salammm punyalah jem, kereta berderet-deret dan bersusun-susun. Masing-masing nak pekena seafood lah gayanya ni.

Cadangnya aku nak lepak-lepak menghirup udara laut yang tak berapa segar tu dan melayan desir ombak yang tak berapa berombak tu. (alaaaaa... teringat laa pulak aku kat Ombak nih...) Tapi, sebab aku kena park kereta aku agak jauh. Aku ingat beli tapau makan kat rumah je lah gayanya. Dan oleh kerana nak balas dendam sebab jem waktu datang tu, aku beli dua bungkus. Cadangnya nak makan esok pagi kalau tak basi.

Oklah nasi lemak Senibong tu. Nasinya sedappp, tapi sambalnya manis sikit, tu yang buat aku terpotong sikit tu.

Hari Ahad, bukan main lagi aku breakfast nasi lemak. Nasi lemak semalammm... (macam cerita Masam Manis). Dan bermalasanlah aku mengadap tv dan bergentel-gentel dengan Berry aku. Entah apasal, lepas Zohor aku rasa macam nak tidur je sampai pagi esok. Tapi tiba-tiba datang kekuatan. Aku tak tau mana datangnya. Kekuatan untuk aku gosok baju kerja aku untuk minggu ni. Wakakakka...

Then lepas Azizul Hasni settled dia punya quarter final repechage, aku pun keluar. Also not more than 5km from my place, aku gi Jusco ekekekek... belilah barang-barang makan sikit buatnya nanti aku malassss sangat nak keluar dari apartment, aku boleh lah makan benda-benda yang aku beli tu sementara aku rajin nak keluar, dak?

Itulah cerita weekend aku yang malasss sangat. Weekend yang kalau orang tersentuh aku, siaplaa nak kena pelempang orang tu. Weekend yang buntu sangat kepala aku. Buntu fikirkan jalan-jalan keluar aku. Sampaikan aku terfikir aku nak hantar notis je hujung bulan ni dan sementara dapat kerja baru, aku boleh kerja di McD's atau Jusco ke.

Aaa... by the way, korang perasan tak pekerja Jusco kan, bila diorang habis shift, sebelum diorang masuk ke dalam staff room, something like that. Diorang kena berdiri mengadap ke dalam Jusco (membelakangkan pintu staff room tu) dan kena bow ala-ala Jepun. Mula-mula kaget jugak sebab aku ingatkan diorang bow kat aku. Sekali tu aku tengok semua yang habis shift buat macam tu. Nasib je aku tak bow balik. Wakakakakak. Best gak kan kerja Jusco...


5 comments:

nino said...

hoho..
meh kije jusco sesame sementara cuti skolah nih..
ekekeke..

:p

nino

Nor Razi said...

aku tak pernah nampak pun jusco kat Klang Valley nih buat mcm tu

Tu saje ajer tu nak bow kat ko kasik ko teruja keje dgn dorang wakakakakaka

Anonymous said...

aku pun mcm hang layan olimpik je cuti2 msia ni
=ojij=

Anonymous said...

pa kabar deo? :-)

-delinn-

Angah said...

aku tau pasal bow tu since adik aku keje jusco. masuk keje, balik keje, kena bow. dasar penjajah!!

btw, kata adik aku, tahun ni dah abih dah jcard sale. finito. as in, that's it. jusco dah tak buat lagi dah jcard sale utk tahun2 akan datang. rugi gilos aku tak pegi hari tu!!

errr.. cite pasal jusco?? kekekeke..

Related Posts with Thumbnails