Wednesday, August 13, 2008

KL will never be the same again


Updated version… aku update ni sementara Si Puaka tu masuk office. Gila dia ni dah jam 11am pun tak masuk office lagi. Kalau nak drive dari KL pun, gerak lah seawal 5am, tak pun ambik laa flight jam 7.25am dari KLIA. Bangang! Takkan itupun nak aku cakap, kan? Hari tu bukan main sound kitorang, suruh discipline laaa… Bodoh! Bahlol! Baghal! Apa lagi B?!

Oppsss ter-emo pulak cerita pasal Si Puaka ni.

Anyway, korang tau aku balik KL last weekend kan? First of all, aku macam tak percaya yang aku akan ada two places to stay. Kalau turun JB, ada tempat tidur yang selesa (bukan Selesa Hotel, ok), kalau turun KL/Shah Alam, ada apartment aku di Shah Alam yang selesa. So, apa kata kalau aku start plan to have satu tempat tinggal yang selesa di setiap negeri aku pergi? Ok gak, kan? Lebih baik macam tu daripada aku pasang sorang girlfriend di setiap negeri, kan?

As aku amik flight balik KL last weekend, aku berkasih sayang dengan motor aku yang kurang belaian dan kasih sayang tu je lah jadinya. Motor tu lah transport aku gi kerja, jalan-jalan cari makanan, gi lepak dengan kawan-kawan. Waktu gi kerja, aku park motor aku kat Komuter Subang Jaya, pastu naik komuter ke Sentral, pastu naik LRT ke Menara TM. Dan waktu naik komuter tu lah yang aku terfikir, “KL will never be the same again.” Even sebelum naik komuter, perjalanan dari rumah aku ke Stesen Komuter tu pun, jem kat area Subang Jaya. Aku yang naik motor ni pun tersekat. “KL will never be the same again.”

Dalam komuter, punyalah sesakkk… pastu ramai pulak orang I*do. No offence to them tapi aku just wonder, dari mana laaa diorang ni dapat mood pagi-pagi nak berborak dengan rancak dan kuat sekali? Biasanya kan pagi-pagi orang ni kurang berborak sebab mood belum mari. Tapi diorang, punyalah kuatnya especially yang perempuan-perempuan. Sebab tu laa kot aku pernah dengar orang kata, perempuan ni ada dua mulut. Ekekekekeke….

Balik dari kerja, just a little bit better walaupun aku amik 8.30pm komuter. LRT is much better sebab aku lawan arus. By the time LRT sampai kat Sentral (towards Kelana Jaya), orang dah ramai turun. So, ok laaa… all these made me appreciate going to work in JB. Best gile! So, aku sekarang starting to love JB! Let’s see next week macam mana sebab I’ll be spending this weekend kat JB.

After all, banyak lagi tempat-tempat makan aku belum discover, tempat-tempat shopping mega-mega yang aku belum tawaf tujuh round tambah pulak Sutera Mall yang baru bukat 080808 tu dan jugak Si Chaom ni yang belum jumpa-jumpa aku lagi ni. Siap dia, dulu bukan main excited aku nak datang JB!

Tapi, I still need nasi kandar laaaaaa huwaaaaaa. Kawan aku Si Badin ada call hari tu, after hearing my distress over the unavailability of nasi kandar kat JB, dia kata ada satu yang dia discover dekat dengan Hospital Pakar Johor and suggest aku to try that out. Nantilah ye aku try. Hari tu aku lupa pulak nak jumpa tokey Nasi Kandar Utara tu suruh bukak branch kat JB sebab hari tu aku tapau je nasi kandar, so tak teringat pulak.

Aaaa… thanks Ombak bawak aku gi makan nasi ambeng kat area Stesen LRT Damai dan juga bawak aku gi jalan-jalan kat Pasar Keramat, survey kedai kat mana aku nak tempah capal untuk dipakai waktu bersanding nanti. Oppsss…. ni gambar nasi ambengnya….



Sedaaaapppp nasi ambengnya. Cuma aku tak berapa minat serunding manis dia sebab bagi aku, nasi ni macam tak kena kalau makan dengan benda manis-manis ni. Sebab tu aku tak minat makan acar buah ke, pajeri nenas dengan timus yang manis tu ke, kismis letak dalam nasi minyak ke… Lontong kat situ pun sedap jugak, kata Ombak. Siap nasinya dibungkus dalam daun pisang. Tapi aku tak sempat nak rasa laaa sebab dah kenyang dan malas pulak nak tapau.

Ahad tu seharian sampai ke petang tak keluar dari rumah, memerap je kerjanya. Tiba-tiba datang craze for laksa pulak petang tu. Biasanya aku makan laksa utara kat tepi Tesco Extra belakang rumah aku. Dia ni bukan kedai/gerai tapi van je yang jual cendol sekali. So, makan jenis duduk atas bangku plastic sambil menadah je laa. Tapi sedaaapppp sampaikan time aku sampai 5.45pm tu dah habis pulak laksanya. Berkeliaran lah aku mencari laksa, mula-mula ingatkan nak ke OldTown je tapi tak sedap sebab tu laksa Penang. Nak pergi Pak Yob kat Menara TM, sure tak bukak hari Ahad.

Aku pun pergi Shah Alam, dekat-dekat Proton tu. Dulu ada jugak aku rasa laksa sedap jual dari van jugak, kat seberang padang bola Proton tu. Agaknya laksa yang jual dari van ni sedap-sedap belaka sebab masuk habuk-habuk lori, kot? Tapi, takde pulak van tu meniaga lagi… so, macam punah je laaa harapan aku.

Aku pun singgah rumah Des, kot-kot wife dia, Aisyah ada masak laksa hari tu. Wakakakak. Aku sampai je kat luar rumah dia, aku tanya, “Kau buat laksa tak hari ni?” Lepas dia kata takde je, aku tanya, “Kat mana best? Aku cari semua tempat takde ni…” padahal dua tiga tempat je kan. Dia pun suruh aku try Restoran Jerai, restoran baru gak laaa.. dia ni amik tapak kedai akuarium yang aku selalu beli makanan arowana aku dulu. Sejak aku let go arowana aku, aku dah takde datang area-area tu so aku tak sure bila restoran ni bukak. Dapatlah jugak aku makan laksa walaupun terpaksa nak tunggu 15 minit dia nak panaskan kuah. Yelaaa dah dekat jam 7pm, dia dah padamkan api dapur tu.

Verdict.... BESTTTT menepati selera aku! Ni gambarnya...



So, kalau aku dapat jumpa nasi kandar sesedap Nasi Kandar Utara dan laksa utara yang sedap kat JB ni, aku rasa complete laa life aku kat sini… tak pun jumpa calon isteri yang pandai buat nasi kandar dan laksa utara, lagi complete kan? wakakakaka….

Lagi satu, next entry aku ialah entry ke 500, korang ada apa-apa suggestion tak untuk aku tulis entry ke-500 aku ni? Suggestion yang terpilih, nanti aku belanja atau tapaukan murtabak Singapura.

Ok, adios!


10 comments:

Anonymous said...

macam citer drama dulu lakk..."Si Puaka"

arc

Lord Budak said...

ich mag murtabak singapore essen

yum yum yum

Anonymous said...

aku cadangkan kau tulis fasa kehidupan kau lah, setiap 5 atau 6 tahun.
6 tahun pertama, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 5 tahun tertiary, 5 tahun kerja, 5 tahun pindah-pindah kerja, 5 tahun hidup bujang, 5 tahun cari bini, 5 tahun tak kahwin-kahwin, 5 tahun ada anak, dan seterusnya...

AKS

Anonymous said...

wah, menarik ni nak bg idea,

5 perkara ko suka jb
5 perkara ko tak suka jb
5 perkara ko suka S.A/kl
5 perkara ko tak suka S.A/kl

500 ? atap[un kalau ko dapat 500 ratus sekarang ko nak beli apa untuk habiskan duit tersebut..
tudia aku bg cadangan, kena turun jb ni kalau dipilih...
-ojij-

Anonymous said...

wahaha..
tahpapejelah..
sejak dua menjak nih,kawan2 den asik disoal siasat je pasal nak tau makanan best giler2 katne kalu kat area jb nih..
aritu pasal nasi kandar..
skrg nih pasal laksa penang lak..
ish2..

eh,rasenyer laksa penang kat taat house pon ok lahh..

:)

Nek Rock said...

yoooooooo deo,lom abis lagi tu explore jalan2 cari makan kat jb,nasi ambeng,pi kat BBU,oh yaa kalau suka oti naik,bbu gak nak seafood pi drive sket ke pontian,tg piai,dah samfai pontian,singgah kat bus stand ada murtabak the bes(ingat fetang2 yaa dlm 3pm kot,by 5pm langsai dah,hehe)
* kalau nak tau tpt2 makan bes,pm nek nanti nek kasi num adik kat sana,ko tanya dia

nek cadangkan deo buat n3 menggunakan 500 perkataan,lalala

Anonymous said...

coopp..
ni ade lagi tmpat mkn bes..

-gazebo,kg kurnia(tomyam bes!)
-my friend tomyam
-meisan,mutiara hotel
-senibong yg corner 6
-kat sg chat dpn skola EC,seafood
-plaza d'mara yg kat larkin pon ok laa(asam pedas,kacang pool)
-ZZ corner kat mahmoodiah
-ulam raja(lunch je) kat uda..area2 umah orang..
-nasi ambaeng kat tmn kobena(agak famous la gak tp nasi ambeng kat uda pon ok)
-umah sendiri lagi sodapp..wahaha
-dkt area2 danga bay pon byk tmpt mkn bes

:)

Anonymous said...

meh transfer png laa...nasik kandar n laksa original punya...silap2 ngan ank tokey ko bleh sapu

debu-papa said...

aku mengidam nasik ambeng nih... dah terbayang2 sejak awal puasa.. boleh tolong bg direction or map camne nak ke kedai yg jual nasik ambeng tuh.. kat lRT damai yer... pls..

debu-papa said...

okeh bang, tq tq.. ingat nak carik lah mlm nih.. harap2 aku tak sesat.. hehe

Related Posts with Thumbnails