Tuesday, August 26, 2008

(cont) Kisah Puaka di Desaru


Aku sekarang ni kat KL, out station... masyuuukkkkk... tapi tak berapa sempat nak update blog. Besides kerja, too much distractions kat KL ni, dengan kawan-kawan yang aku nak jumpa, dengan naik public transport yang hilang kesucian aku jadinya tu, then tunggu teksi yang susah benar nak hantar ke SA dari SJ. Then, sampai apartment aku, kena bersih-bersih mana-mana yang patut sebab dah ditinggalkan 3 minggu.

Anyway, ni sambungan cerita si Puaka. Waktu aku update entry lepas tu, aku tengah lepak-lepak minum-minum kat pantai lepas dinner dengan Mamat D dengan Skandal. Waktu tengah syok-syok aku update, ternampak la pulak bayang-bayang si Puaka menuju ke arah tempat minum tu. Si Puaka dengan Mamat B, not-so-awek L dengan awek S.

Kitorang pun macam potong stim laaa, dalam hati rasa macam nak korek je pasir benam si Puaka dalam tu. Apa ke jadahnya dah dekat jam 1 pagi tinggal bini, anak-anak tidur kat bilik, yang kau nak join geng-geng single ni lepak minum-minum?!

Mamat B dengan not-so-awek L menuju ke meja kitorang. Siap dah tarik kerusi dah nak join meja kitorang bertiga. Yang si Puaka still beramas mesra kat meja awek W dengan awek R kat hujung. Si Puaka tak perasan lagi kewujudan aku, Mamat D dan Skandal. Mamat B macam biasa joking dengan kitorang, apsal tak call ajak minum laaa tinggalkan bos kitorang laa...

Then si Puaka pun nak catch up laa Mamat B dengan not-so-awek L dan berjalan menuju ke meja kitorang. As soon as dia nampak kewujudan kitorang, muka dia daripada semyum macam sengih-sengih terus bertukat serius, masam! Tapi, dia still jalan ke arah meja kitorang. I can feel macam mana dia kuatkan semangat dia waktu tu. Macam kalau kau ternampak ex-awek/bf korang, tapi korang gagahkan jugak hati.

Sampai kat meja kitorang, as expected takdelah aku atau Mamat D ber-hi-hi dengan dia. Unexpectedly, dia takde pulak tegur kitorang atau buat lawak-lawak bodoh dia yang kalau dia buat pun kitorang tak gelak punya, buang masa dia je. Dengan Skandal pun tak bertegur. Skandal kata, "tak pernah macam ni..." Terus si Puaka ajak not-so-awek L dengan Mamat B ke tepi laut, jalan-jalan.

Aku dengan Mamat D pun planned, kalau si Puaka nak duduk je kat meja kitorang nanti, kitorang akan bangun, bayar dan blah. Tak lama lepas tu, kitorang nampak si Puaka dan dua orang lagi berjalan ke arah meja kitorang, kejap je diorang jalan-jalan tepi laut tu. Aku dengan Mamat D pun mintak bil dan bayar, dan dah berdiri dah waktu tu. Waktu nak blah tu, kitorang sayup-sayup je dengar si Puaka cakap (errr berbisik, rather) kat Mamat B, "It's ok, I'm calling it a night..."

Dan sayup-sayup juga laaa aku dengan Mamat D tengok si Puaka balik ke bilik. Lajuuu je... mesti dia terasa potong stim laaa ada pulak 'the two boys' - aku dan Mamat D. Sure dalam hati dia cuak punya, kot-kot Skandal cerita apa-apa kat kitorang. Macam kalau korang ada skandal kat ofis, pastu korang nampak skandal korang sembang dengan wife/husband korang. Sure korang cuak punya, walaupun diorang just basa basi, kan? Macam tu agaknya si Puaka cuak malam tu.

Ok tu je pasal si Puaka kat Desaru.


2 comments:

Hazelsyd said...

kuat goss gak eks ko ni Deo! kekekeke

Kujie said...

he he he... sik baik polo cite ni dr awal..

Related Posts with Thumbnails