(update from... tidak lagi dengan BlackBerry sebab internet connection kat office aku dah up! Yeahhhhh!!!)
Sebulan yang lepas waktu aku baru-baru confirm nak menyewa kat apartment yang aku menyewa sekarang ni, orang lain semua dok kata jauh laaa, pagi-pagi jem laaa... aku pun ada laa tanya diorang berapa minit dari apartment sewa aku ke office? Diorang kata 20-30 minit. Hmmm... takde lah lama mana pun untuk perjalanan sejauh 20km sebab kalau pergi kerja dari Shah Alam ke KL pun minimum 40 minit untuk perjalanan sejauh 17km.
Yang diorang duk kata jem nak ke apartment sewa aku tu disebabkan Jambatan Permas tu yang dua lorong. Jambatan tu tinggi, jadi merangkaklah jugak nak naik. Lagipun jalan yang approach the bridge tu merge dari dua lorong sehala kepada selorong. Itu yang jem sikit tu. Kalau tengok peta ni, korang boleh nampak macam sungai yang memisahkan area apartment sewa aku, i.e. Permas Jaya dengan bandaraya JB. Tu yang kena ikut jambatan tu.
Ni pulak gambar jambatan yang scenic tu. Scenic ke?
Dan pernah juga kawasan nak ke apartment sewa aku tu banjir suatu waktu dulu, banjir yang teruk. Alternatively, pemandu-pemandu akan gunakan Lebuhraya Pasir Gudang yang jauh sikit lah dan jalan dari exit lebuhraya tu ke apartment sewa aku agak crowded dengan dua lorong kat one of the stretch.
Dah tiga hari ni aku keluar dari rumah jam 7.40 pagi dan sampai ke office within 30 minit. So, ok laa kan sampai sebelum 8.30am, sebelum waktu kerja mula. Kalau kat KL dulu, jam 8.30 pagi tu aku baru di kilometer ke-5, lagi 12km to go... wakakakaka... Aku suka juga perjalanan ke office aku ni, very scenic especially along the stretch yang tepi selat, approaching Danga Bay. Segar je mata memandang. Kalau dulu, kiri kanan kereta, bangunan je. Kalau ada awek cun kiri kanan pun, tengah korek hidung laa tengah kepam-kepam bibir pakai lipstick laa...
Ni aku amik video perjalanan yang sungguh scenic bagi aku tapi sorry laa ada bumpy sikit, paham-paham laaa jalan kat JB...
--------------------
Part II: Kandar
Kalau korang perasan dan kenal aku, aku ni agak hantu jugak dengan nasi kandar. Yang paling aku suka Nasi Kandar Pelita. Tapi 3 hari sebelum aku pindah JB, aku discover nasi kandar yang lebih power dari Pelita iaitu Nasi Kandar Utara kat SS15 Subang Jaya. Meleleh syeh! Tapi yang air liur aku duk meleleh je ni sebab kat JB ni takde nasi kandar. Huwaaaaaaaaaa....
Tapi takpe, Sabtu ni aku balik KL! Yahooooooo!!! Aku nak makan nasi kandar 1 round. Lantak laa kat Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang ada pesta buah-buahan ke kat Singapore ada National Day Parade ke, aku tetappp nak balik KL nak makan nasi kandar! Dan aku nak makan nasi ambeng, tu pun kalau Ombak free... aku nak kena solat hajat ni, mintak Ombak free Ahad ni... Geng-geng Reban tak nak buat gathering ke sempena aku balik KL dan sempena nak bahagi-bahagikan souvenirs dari Bandung ni? Kekekeke....
6 comments:
tak blh play playmate ko laaaaa wakakakakaa
aku bolehhh play playmate ko! kekekekeekek
adehh..
kat taat house ader laa nasi kandar..
best laa juga kandarnyer..
tp xdela best giler2 mcm kat Nasi Kandar Utara ,SS15 Subang Jaya..
:)
ooo SS 15 subang jaya ek, ok nak google map
wahh lawa ek, tak jerebu ke jb time ni?
-ojij-
huhu..play video tu..
kontras sgtlah
nek keta dgn lagu xpress rakyat.
tapi rindulah dgn Pntai Lido...
apa barang makan nasik kandar yg xbest lg xsedap kat kl tue...meh penang aku blnja ko makan nasik kandaq power nyer...mesti ko nak keja kat penang plak :d
Post a Comment