Ni ada laa gambar aku sesekeping dua kat Desaru. Ini pun time pagi dah nak balik tu. Takde mood dah sekarang ni aku nak bergambar-gambaran sekarang ni. Sebenarnya ini kali kedua aku sampai kat Desaru. First time, in 2005 waktu bawak team bola Proton lawan Syarikat Air Johor kat Stadium Bandar Penawar.
Ni gambar aku dengan Ninja, malam yang aku lepak tu, aku macam ternampak kucing ni jilat beer...
Ni pulak gambar waktu aku ke Desaru 2005 dengan dua orang players import aku (you should know which ones) dengan dua orang star players aku. Yang baju merah tu star jugak laa... ekekekeke
Cerita pasal laut, pantai, pulau ni... aku teringat cita-cita aku satu ketika dulu. Waktu tu apasal tah kepala aku berserabut. Aku terfikir aku just nak tinggalkan kebuntuan dan kesemakan hidup di kota, aku nak lari je duduk pulau. Waktu tu Pulau Perhentian was on my mind.
Aku nak duduk pulau, buat kerja-kerja pulau. Bersihkan bilik ke, jaga resort ke, waiter ke, jadi porter ke. Jenis yang berlenggeng je sepanjang hari, pakai bermuda shorts, tak pakai baju (tapi perut kena kempes laa kalau takde six-pack pun), ada sepasang selipar jepun je dan shorts pun basah dan kering kat badan je.
Lantaklah IRB ke bank ke nak cari aku. Biarlah TNB ke Astro ke TM ke DiGi ke Celcom ke nak potong line rumah aku. Aku lepak kat pulau. Berkawan-kawan dengan tourists yang datang resort, duduk sampai sebulan dua. Temankan diorang baca buku, tolong sapukan sun block kat belakang badan diorang.
Diorang duduk sesebulan dua tu sure boring jugak kan. Nak ada teman berbicara, teman berber..emmm..brb.... wakakakak.
Sekarang ni, aku semak. Buntu gila dengan kerja aku sekarang ni. Dengan si Puaka je, sebenarnya. The work place and colleagues, even JB is OK for me, although not great. So, bila aku buntu dan kepala aku tengah semak ni, tengok pulak keindahan pantai dan laut, adehhh aku rasa aku nak jadi beach boy sesetahun dua laaa...
Keinginan aku jadi beach boy ni bertambah kuat lepas aku layan Olimpik, especially event athletics, tengok awek-awek Scandinavian yang tinggi lampai, kaki panjang dan perut kempes-kempes tu... mana laaa tau, aku bertemu jodoh kat pulau, kan... hahahahah
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
S;pore tu pulau juga, ape...
berenang le pergi sana kalo tgh buntu :D
Post a Comment