Thursday, August 07, 2008

Sirih pulang ke gagang


Sirih...
Tiba-tiba teringat aku dulu-dulu kalau kat rumah Opah aku kat Grik, selalunya lepas makan malam, temankan Opah aku makan sirih sambil cerita-cerita. Tapi sekarang ni aku tak berapa ingat yang aktiviti tu masih diteruskan ke tidak? Aku rasa tak kot, sebab one of the reasons, kat rumah tu dah ada tv dan Astro.

Dulu ada juga TV tapi kat bahagian depan sekali rumah Opah aku tu. Rumah Opah aku panjaaaaangggg.... dari bahagian depan sekali sampai ke dapur, ada tiga tangga kena turun/naik. Sekarang ni tempat Opah aku lepak-lepak makan sirih dulu tu dah jadi tempat tv untuk cucu-cucu nonton.

Gagang...
Aku tau gagang telefon je. Dulu puas aku nak convince kan diri aku yang ejaan sebenar ialah ganggang, bukan gagang. Macam tahpahapa je gagang... macam tak sempurna je, macam orang sengau je bila sebut perkataan tu.

Anyway...
Aku balik Shah Alam malam ni.... Yihaaaaaaaa.... Syok tak terkata nih, sebab lepas ni dua weekend aku ada aktiviti kat JB, so tak boleh balik Shah Alam dah. Boleh aku makan nasi kandar Utara ni. Itu penting! Dan yang lebih penting lagi... aku terlupa nak buang sampah kat apartment aku hari tu sebelum aku gerak ke JB Sabtu lepas. Mati laaa berbau apartment aku, tapi benda basah yang ada dalam tong sampah tu just susu kotak dan orange juice dalam kotak je... takkan berbau jugak dak?

Lagi satu, korang ingat tak dalam entry lepas-lepas yang aku kata ada sign board KFC yang sambut kedatangan aku ke JB Sabtu lepas? Korang bayangkan kalau tiba-tiba kat Sintok ada sign board ni. Happening kau!!! Mau puasa sunat orang-orang Sintok sementara tunggu KFC tu bukak. Wakakakakak



Ok, adios!


4 comments:

Nor Razi said...

rullllll

order murtabak singapore boleh dak.

Pas tuh on the way balik shah alam tuh ko singgah la ke Bangi. jgn masuk elite h/w kui kui kui

DeLinn said...

hahahahahahaha


dasarrrr!

Rul, kim salam PUJ masa ko lalu signboard PUJ tu Rul. Dan oh ya, sampaikan salam peluk cium aku dekat Arc aku tu Rul. Dan kata kan kat dia, I luv her so much!

****
Abih laaa busuk apartment ko tu Rul!

Deo said...

lord budak,
aku balik naik flight. lagipun aku belum discover lagi murtabak singapore tu. nanti lah insyaallah aku balik national day nanti aku tapau

delinn,
aku sanggup pusing ikut nilai pastu masuk kl pastu balik shah alam daripada lalu ikut sign board putrajaya tu... wakakakaka

arc,
delinn sampaikan salam peluk cium kat kau. Dan dia kata, "I luv her so much!"

DeLinn said...

jahat!!! wakakakakakaka

Related Posts with Thumbnails