Saturday, August 16, 2008

500th entry: Sesabtu di JB


Ini entry ke 500 aku dan aku takde apa-apa yang special nak tulis. Thanks semua yang bagi suggestion. Anyway, aku kat JB weekend ni. It was still 50:50 samada aku nak balik KL ke stay in JB until around 6pm semalam. Adalah 2-3 colleagues yang nak drive balik KL ajak aku. Tapi kenangkan baju-baju aku yang dah 2 minggu tak berbasuh yang dah aku rendam dalam mesin basuh pagi semalam, aku bulatkan (bukan asap rokok bulat-bulat Yam) hati untuk lepak JB saje lah.

Dan tercuak aku petang semalam not knowing what to do this weekend. Aku jadi lagi panik bila office dah start sunyi around 7pm. Selalunya 8.30pm tu kecoh lagi dengan masing-masing baru sibuk plan nak dinner together kat mana-mana. Semalam, as everyone was in hurry nak balik KL asap, by 7pm dah lengang. Aku pun cuak, tak tau nak dinner kat mana dengan sape. Dah terbiasa dinner berjemaah sejak pindah JB ni. Around 8.30pm aku gerak balik, last one in office rasanya, besides the guards lah.

Otw balik, aku stop by kat Festive Mall Danga Bay tu nak usha-usha kasut, baju-baju yang dijual ala-ala Uptown dan usha-usha kalau ada apa-apa aku boleh nak makan. Aku usha gak baju ala-ala Hawaii nak pakai di Desaru next week. Tapi kedai-kedai situ tak sesyok Uptown atau Pasar Karat/Muhibbah Shah Alam lah. Banyak jual jersi bola je yang aku tak berapa into dah sekarang ni. So, aku terus je lah balik ke Permas. At last, aku tapau McD je. Huhuhuh. Alaa kat Shah Alam pun aku bukannya jenis keluar-keluar ni tapi at least when I want to do or eat or buy something, aku tau hala tuju aku.

Sekarang ni dah dekat jam 1 petang hari Sabtu. Agaknya aku ni berjangkit penyakit malas si Ri ni sampaikan mandi pun belum, makan pun belum, keluar rumah pun belum, buat-buat kerja rumah pun belum. Yang aku dah buat, minum the secawan, dengan sidai baju-baju aku. Tu je. Kalau kat Shah Alam tu, aku jadi malas sebab aku terajin berinternet. Ini, harap surf guna Berry je lah. Ini pun nasib lah agen rumah aku call pagi-pagi buta nak hantar tenancy agreement. Kalau tak, mau aku berselimut je lagi ni. Dah pulak, kat luar tu gelappp je. East Singapore dah hujan, JB belum lagi, kejap lagi laa tu.

Entah takde mood jadinya ni. Lagipun kat tv, aku layan Olimpik. Layan beach volleyball tengok ponggong awek-awek tu melantun-lantun bila lompat nak amik bola. Wakakakak. Layan badminton jap. Kejap lagi nal layan cycling - keirin. Lepas tu lah baru keluar agaknya, nak gi tapau nasi lemak Senibong yang orang dok kata sedap tu. Aku nak rasa apa yang sedapnya kan? Tapi Badin jangan lah nak cerita kat aku apasal kau dah stop makan nasi lemak tu. Tunggulah at least aku dah rasa 3-4 rounds nanti baru cerita ek?

Mengantuk pun ada ni. Jenis mengantuk yang light-light yang bila baca email tazkirah kat Berry, mesti terlelap punya. Hehehehe. Agaknya sebab pagi tadi Si Puaka hantar email dalam jam 1.30am sampai aku tak boleh tidur fikirkan apa aku nak reply. Aku reply dekat jam 3am. Dia mintak aku kasi details sikit to my one- or two-word answer to his questions. Tak puas hati lah tu. Aku lagi lah berasap tengok muka dia. Hari Rabu tu dia datang JB, 3 patah perkataan je aku cakap dengan dia, "ok", "2.30pm" dengan "yes". Khamis lepas banyak sikit sebab ada dua meetings dengan dia. Semalam, sepatah haram aku tak cakap. Email je.

Getting annoying laaa Si Puaka tu. I can't see myself working with him anymore. Dah takde respect langsung. Dengan his lack of knowledge about the functions of our department. Dah tu zero experience, ada skandal kat ofis, bodoh sombong dia yang susah nak communicate with other bosses dan selalu kutuk-kutuk atau rendah-rendahkan other bosses and even his bosses waktu meeting dengan kitorang.

Sebelum-sebelum ni, ada juga aku tak puas hati dengan bos-bos aku tapi it was made known to close friends and office mate je. Most importantly, aku still respect bos aku. Tapi dengan Si Puaka ni, all my office mates termasuk aku terang-terangan dengan semua orang yang kitorang tak suka dia. Even other bosses pun dok perli-perli and make fun of Si Puaka depan-depan kitorang. Dan bila kitorang ada dengar-dengar orang lain yang dah 'terkena' or tak puas hati dengan Si Puaka, it's like music to our ears.

Aku ada apply for vacancy in our Corporate Planning. VP CP dah review CV aku dan macam nak amik aku lah. After all, aku ada experience in CP, aku ada one or two projects aku buat dengan VP CP tu dan it's much easier to hire internally daripada to go through the process of hiring externally. Tapi, bila that VP CP bawak this matter to VP HR, the opinion is that it is going to be difficult since the company nampak macam losing out people because of relocation to JB.

One of VPs kat department aku pulak dah tender his resignation. Another VP is moving out as well. Kalau aku pun made my way out, it's 3 of 4 people. Tu yang ada macam problem sikit kat HR tu. Anyway, aku dah update CV aku. Dan in conjunction with this 500th entry, aku declare yang aku sekarang ni actively seeking new job. Bila nak dapat kerja baru, aku tak tau. Yang aku tau, it is not going to be easy. Tapi, aku sengaja tak submit aku punya employment confirmation form sebab bila aku tak confirmed, notice period is just 1 week as opposed to 3 months bila dah confirmed.

Itu je lah cerita hari ni. Have a good weekend!


3 comments:

Nor Razi said...

Ada harapan balik KL balik nih dalam masa 2~3 bulan kekekekekkeke

Anonymous said...

sok lepak jusco tebrau r..
wahaha..sy ader 2 tiket filem the mummy tpi tayangan 10.30am ler..

:)

lilinbiru said...

laa...actively seeking new job plak dah? balik je laa shah alam balik.

Related Posts with Thumbnails