Dalam entry sebelum ni, aku ada cerita pasal Jusco sikit kan? Ni ada insider information ni shhhhhh.... jangan bising-bising, jangan cakap kuat-kuat, meh sini aku bisik, rapat lagi sikit, rapat lagiiiii....
"Kau jangan cakap kat sesape ok... J-Card sales yang Jusco dok buat sampai sesak barat jem dan lengang ofis jadinya tu, tahun ni yang last. Tahun depan Jusco dah tak buat lagi J-Card sales, ok. Tu je... "
--------------------
Sekarang ni, kalau aku call mak atau bapak aku, mesti diorang tanya ada kat mana, as in ada kat Shah Alam ke kat JB? Kadang-kadang aku terfikir, best gak macam ni, orang tak tahu aku kat mana. Kadang-kadang aku terfikir, tak best gak sebab nanti orang di tempat A ingat aku kat tempat B, pastu orang kat tempat B ingat aku kat tempat A, at last no one bother to call out for drinks, lepak-lepak. Adehhh...
Aku teringat dalam tahun 2004 waktu aku travel extensively gi oversea. Waktu tu aku support CEO aku buat some national duty. Selang sebulan setengah aku gi oversea. Sampaikan aku ada dua set beg untuk travel. Tak sempat nak unpack satu beg, dah kena keluar lagi. Ada satu hari tu, abang aku call nak ajak aku makan kat rumah dia, ada kenduri tak silap aku. Pastu aku tak berapa respon lah sampailah dia tanya aku kat mana? Aku kata, aku kat Taipei. Start dari hari tu rasanya abang aku akan tanya aku kat mana, as in aku in or out of town?
Semalam, abang aku buat perangai lagi... ekekekeke. Aku dapat email dari dia katanya, "salam. ada kat mane? esok mlm insya Allah mak dn bapak dtg kl...rindu pd anak bongsu since masuk tk jumpa....." Oooo... mak dengan bapak aku rindu kat adik aku yang degil tu laa pulak. Alaaa degil-degil pun anak bongsu kan. Tak rindu ke kat anak yang ketiga bongsu ni? Hahahahah mode terpinggir pulak dah...
Aku pun reply, "Ada di JB sampai Ahad mlm. Isnin pagi fly to KL, Rabu pagi fly back to JB. Jumaat mlm drive to KL. Ahad pagi maybe drive to Ipoh, Selasa drive back to SA, and Wed drive back to JB, insyaallah. Hehehehe best tak?"
Ada ke abang aku boleh reply macam ni... "Misserable....too complicated....need high thinking order to describe it...." Cess!! Siap laa nanti aku kerja kat Middle East (delinn, Law of Attractions ni...), puaslah kena pakai GPS nak jejak aku. Hahahahah...
Tapi... err... miserable and too complicated ke life aku? Teringatlah pulak dengan lagu Bon Jovi, "It's my life, it's now or never. I ain't gonna live forever. I just want to live while I'm alive...."
Anyway, weekend ni aku kat Desaru, Monday to Tuesday aku kat KL/SA, Wednesday to Thursday aku kat JB, Friday to Saturday aku kat SA, Sunday to Tuesday aku kat Ipoh, Wednesday aku kat SA, Thursday until further notice aku kat JB..
Adios!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
bile jusco wat jcard sales?hiks..dah lepas ke?aduyai..
mmg betul le complicated dan memeningkan hehehe. I loike the Law of Attraction tuh beb!
Law of Attraction tuh ada boleh pakai ke.
Wa moskel laaaaaaaaaa
haha mmg complicated toii
sure best...tapi sampai biler yer??
Post a Comment