Last Monday dengan Tuesday aku ada kerja di Menara TM. Petang Selasa tu, aku berjanji nak minum petang dengan ex-colleague aku yang baru balik dari cuti bersalin. Cun tetap cun ex-colleague aku nih, walaupun kembang sikit laaa. Sungguhpun kembang, aku tetap setia pada ex-colleague aku tu, tak macam Ombak... huhuhuh main badminton satu court dengan tiga aweks. Jeles syehhh... nak kata bergu campuran pun bukan ni.
Ok, back to minum petang. Ex-colleague aku ni asyik dok mengira gaji dengan elaun dia yang backdated sebab baru promoted jadi GM je. Sorang sorang yang lalu depan Secret Recipe tu dia panggil ajak minum, dia belanja. Kemudian datanglah ex-colleague aku sorang lagi, then sorang lagi GM yang aku kenal waktu aku kat TM dulu.
GM ni tengah pening gak laa pasal tempat dia (or the initiative yang dia kena carry out) takde PMO. Aku pun dengan selamba je angkat tangan, suruh dia ambik aku. Dan dengan selamba jugak GM ni kata boleh! Dia siap kata aku punya JD dah siap semua dah, targets, plans, charter semua dah siap. Aku masuk, tolong rollout, track, coordinate sikit-sikit dan put things in place.
Apa-apa pun, aku kena consult/talk to ex-boss aku. Dia ni macam 'father of all PMOs' kat TM tu. So, aku kena lah berjumpa atau call cakap dengan ex-boss aku pasal possibility of returning to my old workplace.
Dan kisah the possibility of me returning to old workplace ni tersampailah ke pendengaran Director HR aku sekarang ni. Dan aku dipanggil mengadap pagi semalam. Takdelah kena belasah ke lecture ke. He's very aware about the situation in our department, about si Puaka punya hal yang sampai dua orang VPs aku dah nak blah.
Director HR aku tak banyak tanya pun apa alasan aku nak quit. Instead, dia tanya apa options aku. Aku pun katalah, staying in PMO is a no-no if si Puaka is still around. It's either aku move to other department like CP or move out, completely. And it is just a matter of time je untuk aku keluar, even kalau aku tak dapat lagi kerja lain sekalipun. Notis berhenti kerja aku, 2 minggu je sebab aku tak confirm lagi.
The Director of HR fully support my intention to move to CP sebab dia kata it's a good place to build up my career dan aku pun ada experience in CP. Cuma, dia nak aku jumpa Director of Corporate Services aku dan cerita pasal options aku, which aku akan jumpa hari Khamis nanti.
Yang bestnya, waktu Director of HR kata tak syoklah kalau bangun pagi nak gi kerja takde mood, nothing excite aku. Aku kata kat dia, ada satu je yang excite aku pasal si Puaka... skandal dia... wakakakakak....
So, tengoklah macam mana keputusannya nanti. Buat sementara waktu, aku nak berehat ni 6 hari cuti.
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
1 comment:
salam,
Deo, balik lah ke KL....take the offer yg kat KL....jauh la JB tu...nak blk Ipoh jengok mak/apak jauh.....blk KL k?....
ME
Post a Comment