Dulu...
Tahun 2005, waktu aku jaga team bolasepak Proton. Aku adalah dua tiga kali turun JB, waktu away game lawan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang United dengan emmm... Syarikat Air Johor waktu tu main kat Kota Tinggi.
April 2005, away game lawan MBJB. Main kat padang yang dekat dataran yang dekat Hotel Hyatt tu. Tengahari sebelum game, players kena rehat selepas lunch. AJK boleh jalan-jalan cari rumah urut recce padang dengan routing.
Lepas lunch, kitorang tiga-empat kerat AJK jalan-jalan singgah ke Danga Bay. Ada yang sebut Da-nga, ada yang sebut Dang-ga, ada juga yang sebut Dunga <-- peminat fanatik Brazil laa, siapa lagi?!
First time waktu tu aku sampai ke Danga Bay! Best je rasanya. Siap ada bot! Siap amik gambar background bot! Waktu tu singgah, jalan-jalan, snap sesekeping dua gambar dan singgah beli air je. Tak duduk-duduk, minum-minum atau makan-makan pun.
Dan paling aku tak sangka dan tak terfikir nak terjadi... aku akan kerja kat sebelah tu je satu hari nanti. Sebelah tu maksud aku, walking distance je. Tak sempat pun kelengkang atau ketiak nak berpeluh kalau berjalan kaki.
Come this Monday, aku akan tengok Danga Bay ni tiap-tiap hari bekerja. Tak terfikir langsung tahun 2005 dulu tu...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
tahniah...dpt kerja baru...pernah ke sana juga utk lihat ruamh-rumah Johor...
Post a Comment