Sunday, August 24, 2008

Kisah Puaka di Desaru


Aku masih kat Desaru ni lepak-lepak tepi pantai disulami desir ombak, minum-minum sambil tengok bola.

Pagi tadi ada telematch, aku masuk event baling-baling belon berair, lari atas bata yang terketar-ketar lutut aku jadinya dengan lari kepit bola. Part kepit ni memang aku lemah. Anyway, team aku menang overall yihaaa! Ada gak aku main game yang gladiator tu, berdiri atas tilam pastu main hempuk-hempuk lawan tu apa namanya tah.

Haa... ada cerita pasal game gladiator ni tadi. Korang kenal kan si Puaka? Korang mungkin tak kenal si Ucop. Dia ni yang body size paling besarlah kat ofis aku. Sampai satu point tu, si Ucop vs si Puaka. Kat keliling gelanggang almost all the bosses termasuk MD aku ada. And not to our surprise, almost semuorang root for Ucop (in other words, against si Puaka).

Gua tak tipu beb! Pastu aku dengan the other two colleagues pun openly root for Ucop, all out gila sampai habis suara aku. Akhirnya si Puaka kalah tergolek straight set. Aku pun buat aksi hail kat Usop. Almost everyone noticed our message against si Puaka tu. Hahahah...

Ok ni lagi cerita pasal si Puaka.

Welcome dinner buat kat pantai. Korang percaya tak, takde sape duduk dengan si Puaka! Meja dia ada dia, wife dengan two kids je. Dah le meja dia kat tengah dan depan jugak lah. So, it was so obvious orang tak nak duduk semeja dengan dia pun. Dan after one day and two nights so far, aku baru cakap dua patah OK je dengan dia dan takde teringin aku nak berkenalan dengan wife dan anak-anak dia. Wakakakak...

The Hawaiian dinner was on second night kejap tadi. Buat indoor je sebab hujan. Lepas dah bosan, aku gi lepak borak-borak dengan skandal si Puaka, korek beb korek! Bukan aku korek skandal si Puaka tapi aku korek kisah dan aktiviti si Puaka laaa...

Rupanya si Puaka ni kuat ngechat kat office. Dengan YM, dengan GTalk. Aku siap tau nickname dia kat YM - Cha**ie, kat GTalk - Ma* Ch**g. Banyak benda yang dia ngechat. Sometimes during meeting through YM mobile, cakap "I rindu laaa...". Itulah SVP aku kalau korang nak tau.

Ada waktu tu, si Puaka tengah ngechat, pastu dah sampai waktu nak department meeting. Dia cakap kat skandal, "I gtg, have department meeting". Pastu dia boleh cakap pulak, "tapi I tak puas laa sembang dengan you!" Macam sial!

Patutlah kadang-kadang tu bila aku ada meeting dengan dia, dia ada cakap, "can you give me another 5 minutes?" *@#$%#± betul, rupanya dia nak habiskan chat dia. Takpe, next time bila dia cakap macam tu, aku akan jawab, "Ok Cha**ie, brb..."

Si Puaka pun pernah tanya skandal ni, kat company aku sape yang handsome? Skandal pun cakaplah, Mamat A. Pastu si Puaka kata Mamat A ok lah tapi pendek sikit. Pastu skandal kata Mamat B. Pastu si Puaka kata Mamat B tak handsome laa dia tu cina bukit. Tak sedar diri langsung.

Skandal pun sebutlah Mamat C, who is colleague aku. Pastu si Puaka kata Mamat C ni gaya je macam bos-bos. Skandal sebut lagi Mamat D pulak, who is my another colleague. Si Puaka terus jawab, "Mamat D? No lah no lah... He's not handsome lah". Pastu si Puaka cakap kat skandal, "I handsome what... suitable lah with you." Uwekkkkk rasa nak muntah, taik palat gila.

Pastu skandal ni cerita laa yang si Puaka selalu ikut skandal kalau skandal gi pantry. Pastu bila kat pantry, waktu skandal buat air, si Puaka selalu laga-laga perut dia kat skandal. Pastu skandal, not wanting to offense si Puaka cakaplah, "you put on weight ke, perut you makin besar?" Si Puaka senyum-senyum macam budak terencat akal lah. Iiiiiieeeee gelinya aku nak bayangkan.

Banyaklah lagi. Macam bila tengah-tengah chat tu, si Puaka akan cakap "tak puas chat, you call me laaa". Pastu kalau si Puaka gi JB, dia akan call skandal tanya, "Do you miss me? I wish you're here with me." Benda-benda macam tu lah yang menghilangkan dignity dan dicknity dia dari pandangan mata aku.

So, lepas dah borak-borak dengan skandal kat lobby, aku ajak skandal saje je jalan sebelah meja si Puaka towards dessert table. Waktu aku jalan dengan skandal, skandal ada laa pegang baju aku dari belakang. Saje je strategi semua tu. Waktu lalu kat sebelah meja si Puaka, aku buat-buat pandang stage, so tak pandanglah si Puaka.

Pastu aku tengok skandal dah tertinggal kat belakang. Rupanya, skandal tegur si Puaka, "Hi si Puaka!" Si Puaka pun tanya, "Are you alone?" Skandal pun jawab, "No, I'm with [aku] and Mamat D". Muka si Puaka jadi semacam je. Jelesss beb jelesss... macam lah dia tak nampak aku kan? Terang-terangan aku jalan depan muka dia, macam sial!

Waktu aku jalan dengan skandal tu, selain daripada si Puaka banyak juga lelaki-lelaki lain yang makan hati. Mana taknya, bini ada sebelah, anak-anak dalam dukungan. Yang untung, bujangga macam aku. Yabedabedou...

Oh ye. Korang jangan cerita cerita ni kat sesape ok. Sebab si Puaka ada pesan kat skandal jangan beritahu sesape pasal sms dia, chat dia, phone calls dia. Ok janji tau! Wakakakaka

Ok, babai.


6 comments:

DeLinn said...

kekeekekek okeh, aku kasi tau kat member aku tu ekekekekeke

JoeBangla said...

rul, biar aku menyamar jadi awek gatal, pas tuh chat ngan dia kat YM. ok dak?ekekekeke

K i a H R o N g G e n G said...

wakahkahkah..senggal tol sipuaka tu!!

Anonymous said...

ok janji....hehehehhe

lilinbiru said...

wey..puaka betul jantan gini. aci main senggol-senggolan plak.

Anonymous said...

bestlah cite pasal si puaka tu... kelakar siot.

Related Posts with Thumbnails