Monday, October 20, 2008

Sesubuh in Larkin


Aku kat bas stand Larkin ni. Baru tiba dari SA jam 4.30am. Dalam tidur aku, tak sedar laju juga driver bas tadi besit (betul ke perkataan besit ni?). Dari SA jam 12.30am plus two quite lengthy stops, one kat R&R and one kat Yong Peng, still boleh tiba sejam lebih awal dari ETA.

As usual, aku tidur je lah sepanjang perjalanan. Even dekat the two stops tu pun aku tak turun. Cuma tidur aku dalam bas tadi agak terkegangguan. Sejuk amat! Walaupun lubang a/c dah tutup, aku dah bersweater, still sejuk menusuk-nusuk tulang aku ni.

Nak kata aku kurus dan lemak tipis, dah tentu tidak. Hmmm... faktor usia mungkin? So, next time aku naik bas, nampak gayanya kenalah aku keluarkan winter jacket aku yang dah 10 tahun tak dipakai tu. Hehehehe...

Plannya, tiba di Larkin aku nak sarapan pagi atau sahur sebab cadangnya aku nak sambung puasa enam aku, baru dapat tiga hari je. Blame it on the open houses. Hahaha. Then, take a cab to office dan mandi kat office je lah. Tapi since dah terawal tiba ni, aku breakfast je lah dulu dan lepak dulu kat bas stand ni, looking the world goes by. Heheheh...

Best gak lepak sini tengok orang lalu lalang, meneruskan kehidupan seharian. Ada yang menarik/memikul beg. Yang baru turun bas pun, dengan rambut kusut masai dan taik mata bertempek. Aku? Aku sebelum turun bas, dah touch up dah, buang taik mata siap.

Yang driver teksi siap tunggu orang turun dari bas, mencari penumpang. Yang mencari penumpang ke KL pun ada seawal pagi ni, terjerit-jerit "KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL" yang keluar masuk public toilet pun ada. Apa kejadahnya? Sakit perut mungkin. Ataupun skodeng?!

Yang terlentok macam-macam gaya sementara tunggu next journey, sampai tak sampai hati aku nak amik gambar. Ekekeke... Yang duduk sebelah aku sekarang ni, tengok dari jauh sebijik macam awek. Tapi bila tengok lengan berurat dan bila dengar dia berbicara, ya ampunnnnn macam Wak Martopo bunyinya.

Aku rasa best jugak kalau bila-bila aku tak balik KL/SA, aku lepak kat bas stand Larkin ni, macam Secret Garden orang kat New York jadinya. Hehehehe... tapi kalau time subuh hening macam ni, ok lah. Kalau dah siang sikit tu, panas dan stuffy gila. Tapi time subuh hening, baik aku beribadat je kat rumah. Errr... tidur pun boleh jadi satu ibadat, kan?


3 comments:

frappe_crush said...

Besit tu pabenda wei?

Baguih la hang lepak kat larkin tu selalu, ramai sikit kawan baru hang dapat..ntah2 banyak yg satu kepala..kekeke...salam isnin..

RY said...

besit : pecut..mcm pernah bc penggunaan kata tu. kat blog sapa ntah..

lepak?sorang2?pg2? eloklah memilih untuk beribadat. sesungguhnya tdo itu satu ibadat. cisss..! huhu

nur'ain said...

salam! ^_^

yes! jadi ibadah jika diniatkan krn DIA. hehe.

selamat pose enam dude

Related Posts with Thumbnails