Tuesday, October 28, 2008

Pergiku tak kembali?


Aku masuk jugak office hari ni, walaupun ada bisikan-bisikan syaitan suruh aku tuang je hari ni. Tapi aku tak termakan laa hasutan syaitan tu. Lagi pun aku semangat sikit nak masuk office sebab si syaitan bernama Si Puaka takde kat JB hari ni. Dan seperti yang dijangka, kat ofis JB hari ni, kerusi lagi banyak tiga kali ganda daripada orang. Hmmm... aku rasa tutup je laa ofis JB ni.

Semalam balik dari Subang Parade, aku tidur kejap. Kumpul tenaga untuk balik ke JB, kononnya. Dapatlah aku tidur dalam sejam macam tu. Itu pun terjaga sebab terngiang-ngiang dialog bahasa tamil dari tv menusuk dalam telinga aku. Nasib baik tak sampai termimpi-mimpi menyanyi berguling-guling di kawasan pergunungan.

Aku terjaga je, terus datang kekuatan untuk aku bersiap-siap balik ke JB. Aku tak packing satu benda pun. Tapi takdelah banyak sangat benda nak dipack. Cuma baju-baju kotor aku yang tak sempat dak dibasuh di SA, alat-alat kosmetik aku (wakakaka) sebeg dan semestinya kek oren Angah yang aku menang (15 pendatang pertama, read: orang-orang yang punctual. hahahah) waktu gathering Reban on Sunday. Sampai ke JB tu kek oren Angah. Manalah tau nak buat franchise kat JB ke, kan? Boleh aku jadi agen, aku up je 15%.

Ironinya, jam 5pm aku gerak dari rumah aku. Sama waktu aku gerak dari JB Jumaat lepas. Yang tak berapa ironinya, aku macam syahdu je nak tinggalkan SA. Siap aku bye/kasi salam kat furniture aku, apartment aku semua. Entah apa yang syahdunya tak tau lah. Macam tak puas balik kali ni. Macam ada yang aku tak sempat buat. Macam ada muka-muka yang aku biasa jumpa dan aku nak jumpa tapi tak sempat jumpa kali ni. Dah le tu, bila start kereta nak gerak je, kat radio keluar lagu Rossa Ayat-ayat Cinta pulak. Termanggu aku sekejap dalam kereta.

Jenuh juga aku fikir sebab musabab kesyahduan aku ni. Agaknya salah satu sebabnya ialah aku still tak dpat kepastian atau tandaitanda nak kembali ke SA/KL. Aku target by end of this month, I'd have known my fate. Tapi bisik-bisik pun tak kedengaran lagi. Takpelah.... lepas ni aku nak diam lama-lama kat JB lah. Tak nak dah aku balik ke SA mungkin sampai 2009 baru aku balik. Cuti raya haji ni aku nak balik straight ke Ipoh atau aku diam kat JB je. Then cuti krismas, kalau aku tak ke Langkawi, aku diam kat JB jugak.

Biarlah aku nak live in mode 'pergiku tak kembali'. Biarlah aku nak tengok sape lah yang dapat pujuk rajuk aku ni (read: sape yang panggil aku interview dulu - yang aku terpaksalah balik KL/SA kan?). Biarlaaaahhhh...

Adios!


5 comments:

DeLinn said...

aku pun this time, masa nak balik Kedah aku ala2 syahdu gitu, sedih sikit pun ada. tatau awat

Anonymous said...

alaa,
lepak pasir gudang r kalu agak2 kebosanan kat permas..
hihi..

:)

JoeBangla said...

deo, apa kata ko jangan balik shah alam, instead ko "balik" Sintok, boleh jumpa orang yg sama-sama syahdu dengan ko tuh kan? ekekekeke



*aku pon syahdu gak nih tapi tak ada lah pulak tempat nak balik*

Elf said...

Jgnla guna pakai mode'pergiku tak kembali' , seram pulak aku..hehe..

Pakailah mode, 'I'm leaving on a jetplaneee, don't know when I'll be back again'

Elakkan bercakap dengan si Puaki tu..

Dan selalulah imejin Delinn di ruangan matamu..

hehe.

Elf said...

Eh, lupa lak nak cakap, esok aku ada meeting kat Pasir Gudang...

Jom luncheon!

Related Posts with Thumbnails