Tuesday, October 07, 2008

Tentang masa depan: Projek Takbir


Kadang-kadang ada betulnya bila orang lain tengok life aku macam takde hala tujuan, takde major achievements or breakthrough, especially bila aku bertukar-tukar kerja, berpindah randah sana sini dan 'belum settle down'. Tapi kadang-kadang orang lain ni gagal to see the bigger picture, diorang gagal lihat benda-benda yang aku buat sekarang ni kalau dicantum-cantumkan akhirnya akan jadi one hell of an achievement later, 10 atau 20 atau 30 tahun dari sekarang.

Siapa tak punya impian, cita-cita, harapan? Aku pun punya semua ni, macam-macam... kadang-kadang tak masuk akal pun ada. Tapi kebanyakannya, apa yang aku ingin capai, ke mana arah tujuan hidup aku, etc etc bermain dalam kepala otak aku je, takde yang ditulis di mana-mana atau dipahat atas kayu atau ditulis di belakang tempat duduk dalam bas macam tulis "I wuz ere..." Dan bila benda-benda ni semua duduk dalam kepala otak sendiri je, senanglah nak menyimpang, nak lari dari tujuan asal, lari dari landasan sebenar.

Jadi, sempena hari baik 7 Syawal 1429 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2008, aku nak lancarkan projek peribadi aku, projek jangka masa pendek yang Insyaallah akan mencorakkan masa depan dan hala tujuan hidup aku (more like putting it on paper, instead of just wildering in my head). Sebagai seorang Program Manager, setiap projek kena diberi nama, diberi codename. So, aku namakan projek aku ni sebagai Projek Takbir.

Kenapa Projek Takbir namanya? Tak ada sebab yang konkrit sangat pun. Cuma disebabkan projek ni aku ilham dan lancarkan dalam bulan Syawal di mana kita bertakbir untuk menyambut kemenangan selepas berperang dengan nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Insyaallah upon completion of this Projek Takbir, aku akan anggap ia satu kemenangan kecil untuk aku dan hidup aku.

Aku tak nak beritahu details about this project. Tapi korang boleh tengok overview (draft) of this project as diagram below:



So, projek ni Insyaallah akan berlangsung sehingga November 2011. Ada 3 milestones, namely Tasbih, Sajjadah I and Sajjadah II. Tasbih is pretty easy as it doesn't involve many people. Mungkin aku sorang and the rest are third parties. Sajjadah I is quite big, as it involves more people (2nd and 3rd parties) while Sajjadah II lagi ramai kot (yang tak kena mengena pun nanti sure nak menyebok jugak lah).

The 4Ms: Man, Machines, Method, Money. Man, as mentioned in the above paragraph. Machines - hmm... this will be handled by the third party most of the time. Method - will be determined during the progress of the project. Money - in current value and high-end estimate will be somewhere around RM50K, 20% for Tasbih, 30% for Sajjadah I and 50% for Sajjadah II. Returns - financially, aku rasa maximum boleh pergi pun dalam 5% of total cost. Non-financial, beyond my imagination, infinity?!

Korang boleh continue guessing and 'gersang'ing for answers. But, sorry aku tak boleh reveal details. Ye laa mana tau usaha aku ni hangat-hangat taik ayam je, kan? Kalau korang tak tau details, nanti boleh le aku adjust mana-mana yang patut supaya aku boleh cerita kat korang yang aku accomplished mission aku, walaupun sebenarnya tidak. Heheheh... tapi kalau dalam interface korang dengan aku kat mana-mana, mungkin aku ada bagi hint-hint kat korang, tu korang kena tangkap sendiri lah ye.

Lagipun buat apalah korang nak buang masa fikir pasal projek aku ni? Korang kan banyak hal/benda lain nak difikir. Macam nak siapkan lecture notes, nak marking exam paper, nak fikir macam mana nak buat PhD, fikir nak masak apa hari ni, nak cari lemang kat mana time-time tengah mengidam nak makan lemang lepas raya ni. Tapi, kalau korang nak fikir jugak, korang fikirlah sesambil korang mencabut rumput di laman rumah pun ok jugak. Takde lah terasa sangat lenguhnya pinggang dan panasnya mentari time mencabut rumput tu.

Buat masa ni, business (aktiviti harian aku) will be as usual. Cuma aku akan progressively add mana yang kurang dan eliminate aktivities yang tak selari/diperlukan during the course of this project. Blogging wise, mungkin aku akan tulis/type entries yang related to this project sahaja atau mungkin aku tutup je blog ni. Heheheheh...

So, aku harap korang doakan yang terbaik untuk aku. Ditunjukkan dan dipermudahkan jalan dan cara untuk aku accomplish projek ni. Doakan juga untuk kesihatan aku to last at least until this project ends. For the time being, aku nak turunkan berat badan aku sikit dan buang lelemak dalam badan ni.


10 comments:

DeLinn said...

Aminnnn, aku doakan ko berjaya.

Weh, aku baruuuu je nak speku aka bergoss apa ke detailnys project ko nih, alih2 contoh ko bagi telah menkenselkan niat aku hahahaahahha. Dasar!

But, masa aku baca overview draf projek ko nih, macam leh terspeku jek, kekekeke.

Daaa

DeLinn said...

eh lupa nak komen lagi satu, chart ko tu, soooo der very pmo-like, mmg sohih dasar pmo! kekekekek

*mode teringat zaman-zaman pmo dulu, jerih nak kena buat report gitu*

K i a H R o N g G e n G said...

chart tu siap ada diamond perrrgghhh !!!!..

I hate PM...

Anonymous said...

Semoga kau berjaya.

Semoga ko mendapat Haji mabrur.

InsyaAllah.

he he

Anonymous said...

maleh nak baca bebetul ni nak terus guest. entah2 projeck kahwin kut. sajadah1 ..2 ..3 tu kira nak time bila dapat anak....

he..he... semoga kehidupan hang bercahaya kelak....

ZUAMIS

Anonymous said...

kekekek, aku pun nak speku projek kahwin gak ni, hihihi..

takpelah deo , hope Takbir ni berjaya...
-jijo-

Anonymous said...

nak takbir sorang2 ok...tapi ada makmum lebih bagus...jd kena cari "makmum" baru projek takbir jadi nyata..tak yah 2011 utk accomplish...

wa2696

Anonymous said...

mari kita teka...siapa yg kena...


ahkak limah

Lan Bingka said...

all the best!!...;)

Anonymous said...

Tapi kadang-kadang orang lain ni gagal to see the bigger picture, diorang gagal lihat benda-benda yang aku buat sekarang ni kalau dicantum-cantumkan akhirnya akan jadi one hell of an achievement later, 10 atau 20 atau 30 tahun dari sekarang.

fakta ni sokong..betul...betul...itu semua kan jadi benteng, jadi teras utk 30 thn akan dtg.

erk..entri selepas tu dah tak baca...tak faham apa satu pun..hahahahha

Related Posts with Thumbnails