By the time korang baca entry ni, mungkin aku tengah drive balik ke Shah Alam dari Ipoh. Atau mungkin aku tengah lepak-lepak minum atau makan tengahari dengan kawan-kawan aku. Esok (Selasa) baru aku gerak balik ke JB. Itupun selepas seround lagi melepak dengan kawan-kawan. Well, kawan-kawan aku kat Shah Alam je yang boleh hiburkan hati aku...
Bukan main lagi tajuk entry aku ni. Padahal, baru ada satu entry je pasal raya sebelum ni. Tup tup dah ada conclusion. Heheheh macam buat drama takde budget. Takdelah nak diconclusionkan sangat pun. Biasa je raya ni. Maaf-bermaafan, kunjung mengunjung, hulur menghulur, laram melaram setakat dua tiga helai baju dan seperti biasa aku jadi macam ahli panel forum soal jawab mencari jodoh.
That's all about raya.
--------------------
Dulu-dulu:
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Sekarang-sekarang:
Kera dihutan disusukan (dengan susu full cream milk), anak di rumah pun disusukan juga (dengan susu low fat milk).
Nak jaga kesihatan anak di rumah, mungkin?
--------------------
Raya tahun depan, kalau aku ada kat somewhere in Middle East pun best jugak kan? Amiiieeennn.... (mode applying Law of Attractions nak beraya kat Middle East tahun depan)
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment