Friday, October 03, 2008

Tentang beraya sakan


Ni aku nak update sesikit pasal raya. Beraya sakan ke aku tahun ni? Setakat first and second raya, biasa je aku rasa macam tahun-tahun lepas. As raya for me is more about family affairs, so aku mengikut je lah ke mana arah tujuan mak dan pak aku nak pergi. Takde lah sangat plan aku nak ke rumah kawan-kawan. Ye lah, the rest of the year, aku rasa aku banyak jumpa kawan-kawan daripada family members. Hiks! Dan seperti biasa juga, raya is about ketupat-ing, lemang-ing, rendang-ing, air gas-ing, tidor-ing.

Dan semalam raya kedua was all about laksa-ing. Ohhh... Sebagai hantu penggemar laksa, aku sungguh menyokong rumah-rumah terbuka yang menyajikan laksa sebagai hidangan. Kalau korang cakap je korang buat open house, ada menu laksa, memang aku cancel semua date aku yang lain. Ekekeke... bukan aku je yang hantu penggemar laksa, satu keluarga aku minat (emmm... Pak minat tak?). Tengok ni gaya anak-anak buah aku menghantam laksa. Anak buah sapaaaa laaa ni? Hehehehe...


Raya pertama, kitorang beraya di rumah je pagi tu. Melayan tetamu-tetamu yang hadir. Aku pun bertungkus lumus lah di dapur (sebagai anak bujang harapan sebab dah takde anak dara harapan lagi...). Korang tengok, sampai terlondeh samping aku dibuatnya. Hehehe...


Then, petang tu off kitorang ke rumah Opah aku di Grik. Spent a night there. The next morning, lepas aksi separa lucah jangan pandang atas (bukan aku) memanjat pokok jambu dengan memakai kain pelikat,



kitorang gi kubur arwah To'ki aku dan off ke Padang Rengas ke rumah Pak's twin brother dan rumah sedara-mara di sana.


Duit raya?
Masih tak berapa luak lagi ni sebab takde jumpa sangat sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik kat rumah Opah. Tak ramai yang balik tahun ni. Dan aku pun dapat juga duit raya tahun ni. Kayo pakcik kayo, dah tuo bangko pun dapek duit rayo! Hehehe pakcik dapek RM enam ratuih duo puluh limo, kerajaan Malaysiaaa bagi. Pakcik bersyukur laa dapek duit rayo tahun ni, dah dokek sepuluh tahun, takdo sesiapo beri duit rayo kek pakcik ni haa...

Itu je lah buat kali ni. Aku kat cyber cafe ni, tak boleh nak upload gambar through BlackBerry. Perut pun dah lapar ni. Hmm... macam manalah tarbiyah sebulan Ramadhan ni, baru jam 9.30am perut dah lapar... Hehehehe. Lemang dan ketupat dan rendang yang dah digoreng kering pun sedia menanti di rumah.

Ok, selamat hari raya sekali lagi...



5 comments:

Anonymous said...

weh gambar kat bendang tu cantek lah...kalau ko pakai kain pelekat sengkat + songkok tajam lagi power !!

Anonymous said...

RM625 tu nanti aku dpt bulan Dec ni.lambat lagi lahh nak duit raya dr gomen

iceline

Rozz Hazidi said...

raya sakan.......raya jangan tak raya.

Gambo tepi sawah tu cantik ler deo..

frappe_crush said...

alhamdulillah, selesai hang raya..umah aku buat laksa hari raya pertama..aku pon antu laksa..kekeke.

Anonymous said...

betul..kalau ko pakai kain pelikat kat bendang tu gambar lagi power...satu lagi kalau yang panjat pokok tu pun ko, tenti hebat...close up lagi...

wa, ampang

Related Posts with Thumbnails