Ada antara korang yang tau aku started career aku dalam industri otomotif. Aku bergelumang dalam industri otomotif takdelah lama sangat, tapi cukup lebih lama daripada industri-industri lain yang aku ceburi. Enam tahun je dari 1999 hingga 2005.
Industri otomotif lah yang mengajar aku bertatih dalam kerjaya aku, mengenalkan aku kepada kawan-kawan yang yang best-best sampai sekarang ni, penuhkan passport aku dengan cop-cop entry and exit immigrations. Juga, mengajar aku kepada banyak benda-benda yang takde kena mengena dengan kerja. Heheheh...
Cuma, 2005 tu things happened. Industri tak berapa best, then politik dalam pentadbiran took center focus, career aku pun (read: gaji, among all) tak berapa nak mencanak-canak as compared to the first four years aku kat situ. Aku ambik keputusan untuk keluar dari industri otomotif tu.
Lepas tiga tahun lebih keluar dari industri otomotif, aku teringin nak balik semula. Macam first love aku lah otomotif ni, walaupun aku tak berapa tau sangat bab-bab teknikal kereta ni. Tapi aku rasa aku boleh shine easier and brighter in this industry than in other industries.
Dengan pengalaman yang aku dapat dalam industri lain dan gaps yang aku nampak dalam syarikat lama aku yang aku rasa aku boleh isi/address, memang semangat aku meluap-luap ni nak pulang ke gagang. Cuma aku tak tau macam mana dan tak berapa nampak jalannya.
Mungkin aku kena letak 'Syed' kat depan nama aku jadi SYED A*RUL.
Mana taknya, boss P**ton is Syed Z**nal, boss P**odua is Syed Ha**z, boss E*N is Syed H**ham. Aku kena tukar nama jugak gayanya ni. Especially bila semalam aku baru je apply post PA to one of the three Syeds. Kalau aku dapat kerja tu, korang tau laa nanti which Syed. Kalau tak dapat, korang buat-buat lupa je laa...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
5 comments:
sometimes yr name really play role in yr life.. especially with bin or binti to somebody... heheheh
p/s nice blog. especially the story about puaka... hehehhe
owhh...cinta pertama memang sukar dilupakan...
tumpang baca....jgn marah a...
huhu...
lepas ni kenalah ko cari Sharifah utk kawen
1 lagi Syed Mokhtar Al-Bukhary, controlled HICOM yang jual macam-macam brand kereta.
~AKS
Post a Comment