Wednesday, October 22, 2008

The car and the donuts


Untuk pengetahuan korang, terdapat istilah donut dalam pemanduan kereta. Tapi bukan dalam pemanduan biasa. Kalau korang biasa tengok drift, yang diorang drift buat bulatan berpusing-pusing tu, dipanggil donut. Tapi, aku bukan nak cerita pasal drift.

Semalam, aku puasa enam hari kelima. Dan aku tak bangun sahur. So, faham-faham je lah. Jam 10am je perut aku dah meracau-racau. Kalau korang lekap telinga korang kat perut aku, nescaya korang akan rasa perut aku seperti ditendang-tendang dari dalam. Heheheh...

Dan seawal 11am jugak, kepala dah menerawang fikir nak makan apa untuk berbuka. Dasar, kan? Time puasa je, galak fikir pasal makan. Dan entah macam mana aku terfikir dan teringin sangat nak makan donut Big Apple. Bukan J.Co, bukan Dunkin Donuts, bukan mamak roti donut, tapi Big Apple. Luckily lah JB ni tak seulu Sintok, ada lah satu outlet Big Apple....

Dengan keteringinan (teringat lagu Shima, Teringin) aku nak makan donut Big Apple, aku pun terpergi ke Tesco Extra Plentong. Tapi keterpergian aku tak semudah dijangka. Payah rupanya nak makan donut Big Apple ni. Aku rasa adalah sesusah parcel kuih raya Yam yang berbulan-bulan nak sampai New York sebab dia hantar ikut kapal laut. Itu belum kira kapal tu kena hijack lagi tu. Ekekekeke...

Anyway, aku start je enjin kereta aku, dahhh radio tak menyala, power window tak boleh turun, air cond out. Adehhh buat hal lagi. Sebenarnya dah kena dah Jumaat lepas. Aku suspect battery aku yg dah 2 1/2 tahun tak berganti tu nak kong. Tapi ok je lagi aku start takde masalah, aku redah je lah sementara nak tunggu weekend ni balik SA nak servis kereta sekali.

Aku pun redah je dalam hangat tak beraircond tu. Nasib cuaca tak panas. Dalam pada tu, aku mintak janganlah hujan. Sekali hujan turun jugak. Habis! Dah le wiper gerak 5km/jam je. Nasib laaa hujan turun dalam 35 titik je. Legaa... Dan aku pun calling-calling lah mekanik peribadi aku, mekanik Pak Abu, mekanik Zahri dan mekanik Tengku Din mintak pendapat dan pandangan terhadap masalah aku.

Haa... ambik, tiga orang mekanik peribadi aku ada. Tapi, semuanya kat SA. Yelah, di mana kan ku cari ganti, mekanik yang sungguh berdedikasi, menjaga keretaku seperti kereta diorang sendiri dan kalau time susah hati, boleh juga diorang hiburkan hati. Bagus mekanik-mekanik aku ni. Bukan setakat jaga kereta aku je, dengan jiwa aku pun diorang bela. Hahahaha...

Sampai di workshop, aku dah berkira-kira nak tukar battery dalam RM200++. Rupanya alternator fuse terbakar. Terbang RM30 je. There goes duit raya anak-anak Geng Reban untuk gathering raya Ahad nanti. Hehehehe...

Waktu tu dah 7.30pm, aku tak berbuka puasa lagi. Tapi, semua ni tak mematahkan semangat aku nak mendonut Big Apple. Dan akhirnya, sampai juga aku ke Tesco Extra Plentong dan ku tapau setengah dozen donut. Tapi takkan makan donut je, kan?

Aku pun ke Mengkuang Kopi. Tempat dia ok, bersih. Even you can see the kitchen and cooks cooking while dining. Lepas tu yang agak uniknya, sudu, garpu dan chopstick dicelupkan dalam satu bekas berisi air. Lepas order makanan, diorang akan amik bekas tu dah replace air dalam bekas tu dengan air panas. So, macam terjamin laa kebersihan sudu, garpu dan chopstick tu. Aku makan ni...



Nasi Goreng Mengkuang Special. Nasi goreng dengan ikan goreng. Boleh? Tempat lain mana ada?

Dan supper serta sahur aku makan ni...



Sambil menghirup teh O panas. Slurrrpppp..... aaaahhhh.... nikmatnya.

Dan, esok aku raya!!!


4 comments:

frappe_crush said...

Naper nama nasik goreng mengkuang?..Ada lapik daun mengkuang ke Deo?..Ka makan dekat situ lapik tikaq mengkuang? kekekek..

Deo said...

hang banyak tanya no... frappe? siap hang, kepala hang aku putaq, rambut hang aku buat tikaq mengkuang. hahahah

Anonymous said...

weii..keter aku selalu sangat alternator terbakar. Leh tlg nanyakan dak naper kat mekanik ko. Sekali setahun leh tahan lagi, nih 2/3 bulan dah kena ganti.

arc

Brother Lans said...

Rol aslkum.Tu-lah Rol,kembalilah ke Lembah Kelang,pulang lah mencari rezeki disini...eheheh. BTW, Abg ada 2 org kawan keja mekanik kat JB,pasang NGV lagi. :-)

Related Posts with Thumbnails