Untuk rekod dan sebagai menjawab beberapa pertanyaan tentang kuih raya yang mak aku buat raya kali ni, ni aku nak jawab kat sini. Tahun ni, mak aku buat lima jenis kuih raya semuanya. Tart nenas gulung, London almond ke almond London, Samprit, biskut bercakaran kelapa, entah aku tak reti nak describe tapi bentuknya macam bunga lima kelopak, pastu tengah-tengah ada ceri merah, rasanya kekelapaan-kekelapaan. Dan satu lagi biskut arab tapi kali ni mak aku buat tiga warna sebiskut, merah, hijau dengan emm color apa satu lagi ek? Color kuning (natural color tepung tu agaknya).
Ni, ada dua gambar kuih je yang aku ambik. Aku tak tau apsal tahun ni aku malas nak ambik gambar kuih raya mak aku. Tak nampak apa natijah di sebalik perlakuan aku kali ni. Rasa malas je walaupun aku terfikir, tak dapatlah aku nak buat banner untuk blog aku raya depan, sebagai tribute kepada mak aku.
London almond...
London almond - work in progress. Limah, tu tangan adik aku dan bukan tangan aku. Takkan kau tak kenal tangan aku, kan? Heheheh...
Ni tart gulung, berintikan jem nenas dan betik (sikit). Dan gunakan butter brand SCS ye puan-puan.
Asalnya tart ni mak aku buatkan untuk majlis pertunangan sepupu aku kat Prai. Tu yang beralas dengan kertas kuning emas bagai tu. Selalunya tart ni togel je takde alas-alas kalau untuk pemakanan domestik. Tapi apa ceritanya sepupu aku tak jadi amik tart ni kat mak aku, merasa lah anak beranak yang makan tart istimewa beralaskan kertas emas. Hahahaha.... tapi kesian mak aku, dalam tak larat tak larat tu, buat juga untuk anak sedaranya tapi in the end, tak berambik. Hmmm...
Bila aku dah balik ke kota (cheh!) baru aku boleh relate kan significantnya kenapa aku ambik gambar dua kuih je.
Kebetulan, london almod tu satu-satu kuih raya mak aku tahun ni yang aku tak dapat rasa. Aku ni bukan jenis orang yang rasa-rasa time kuih tu tengah work in progress. Ataupun bukan jenis lepas berbuka puasa tu, pergi bukak tupperware kuih raya, makan sebijik dua. Aku ni, jenis yang kuih raya tu dimakan waktu hari raya lah. Dan tahun ni, dah le london almond tu aku tak sempat/terasa nak makan time raya. Bila aku nak tapau bawak balik ke kota, licin dah. Habuk london ke habuk paris ke habuk namibia pun aku tak nampak. Sedih aku jadinya.
Last-last hilang mood aku nak tapau kuih-kuih raya yang lain. Dan oleh kerana aku dah tolong tapau kuih tart tu untuk adik beradik aku sorang sebekas dua awal-awal lagi, aku bawak balik kuih tart tu je lah sebekas ke kota. Takpelah... dah takde rezeki berlondon almond tahun ni, mungkin raya depan rezeki bermekah almond ke, kan? Amiiieeennnnnn......
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
7 comments:
adui.........
almond london + tat nenas..
umah kat mane encik? agak2 ade lg tak dlm simpanan kuih2 yg dinyatakan?
nyami2x
adek ko umur bape deo?yg kat uniten tu ke wakahkahkah.
AMIN juaaa...
nasib baik kuih tu namanya biskut cakaran kelapa. kalau namanya biskut cakaran harimau.haruslahhh aku tempah thn depan.hahaha
iceline
tat nenas tu yg pastri dia gebu2 ke...yg tu yummm...yuummm....
kat mekah, dalam tamar pun ada almond!
Ya allah sedap nye kuih raya... kirim salam dgn Mak ya... (aku tau lah tu bukan tangan ko..tangan ko banyak bulu..hehhehehe)
nampak sedap biskut2 mak ko. mesti ahli buat kuih ni
Post a Comment