Semalam, last day one of my colleagues kan tempat kerja ni. Aku sedih jugak. Mulanya, sebelum-sebelum ni, takde lah sedih sangat. Perasaan aku, elok juga dia blah daripada jadi bengong duk bawah Si Puaka tu. Tapi semalam, bila aku tengok sorang-sorang salam dengan dia, aku terjadi bengong sendiri.
Actually, too many things aku boleh belajar daripada colleague aku ni. Cuma lately lepas Si Puaka masuk dan colleague aku ni macam dah tak kuasa nak kerja sini lagi, yang aku nampak colleague aku ni dah tak berapa kuasa nak layan soalan-soalan ilmiah aku. Aku pun malaslah sangat nak tanya banyak-banyak. Ye lah orang tengah layan blues, takkan aku nak layan dangdut, kan?
After all, dialah yang duduk dalam bilik interview sekali dengan ex-MD company ni yang interview aku dulu. Dia tak cakap banyak pun, sengih je. Aku tengok macam sengih dia macam suka nak ambik aku kerja, sekali lagi dia sengih macam perli apahal budak ni buang masa datang interview, berangan nak kerja sini. Heheheh... Anyway, best of luck to her.
Dan aku terus memburu destinasi aku seterusnya. Harap-harap tak jauh dah perjalanan aku ni. So far, ada lima destinasi yang aku tujui. Tapi tak tau destinasi mana satu yang aku akan sampai. Daripada lima tu, tiga di KL, satu di Glenmarie Shah Alam dan satu di Technology Park. Tiga in telecommunications industry dan dua in automotive. Masih belum ada rezeki O&G nampak gayanya.
Dan, aku rindu kawan-kawan aku kat KL/SA. Bukan kat sini takde kawan-kawan, tapi entah laa kenapa yang ada ni tak sama dengan yang di KL/SA. Kat JB ni takde yang paham style, perangai dan diri aku ni kot? Hmmm... padahal baru je jumpa sebelum dan selepas raya baru ni. Ini lah masalah aku ni, tak boleh ke hidup tanpa kawan-kawan?
Nanti kalau aku gi tinggal kat Middle East ke Vancouver ke New York ke, aku nak kawan dengan siapa? :-(
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
14 comments:
memang boring la kalau berjauhan ngan kawan2 rapat...begitu la gamaknya selagi belum kawin..
Deo-
Hang kawan ja dengan monyet..kekekeek...lawak je jgn marah..
ye la..sila rujuk entry yg terkini dlm blog saya untuk menambah kesedihan pasal sahabat2..tq...
tq tu sbb boleh promosi blog sendiri...
hihi
esoklusa.blogspot.com
kekekeekkeek
opss, aku gelak tu merujuk pada komen si razor ni ha, sempat lagi tu hahahaha
Deo,
Ko mcm senasib je dgn aku deo, aku pun tak jumpa lagi kawan yang sekepala yang memahami aku kat sini, sob sob.
Tu la, ada orang kata, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Hakikatnya, yang tumbuh takkan sama dgn yang patah, yang ganti manakan sama dengan yg hilang, aye?
:-D
eheh aku tau prasaan ko. sebab tu yang aku rasa masa aku pindah dari brand masuk BD.. ehhehe siap nangis nangis lagi bila anta email kat bebudak setan tu semua.. tapi lama lama ok gak kat BD.. ramai gak yg sewel :) and sekepala :)
take care bro!!
kawenlaaaa...nescaya lupa kat kengkawan kejap..hehehe.
*tapi , lepas tu mengeteh jugak kat kedai mamak...
selamat sampai ke destinasi yg ditujui
deo..kat NY banyak jual hanbag..
boleh akak kirim..hehhehehehhe
Ahkak Limah
limah????adooiiiii mengambil kesempatan lam kesempitan tau!!!!
Deo, ko datanglah kerja kat New York nih, aku bayar ko jadi member aku, nak?ekekekeke
hang nak join O&G ka?
oil and gas kot?
ke obstetrics & gynaecology??
suka duka kehidupan bekerja.. kdg2 memberi inspirasi, kdg2 membunuh motivasi..
azlan shah,
so, kau advise aku berdekatan dengan kawan ke kau advise suruh aku kawin ni? hehehehe
frappe,
laaa memang kawan-kawan aku semuanya monyet.. ekekeke monyet celik internet.
razor,
promote promote, komisyen jangan lupa bayar ye.. heheheh
delinn,
patah tumbuh, hilang berganti. sape dasarrr buat peribahasa tu kan? tak sesuaiiii....
sity29,
aku pun berendam air paip je sekarang ni... heheheh
elf,
kalau lupakan kawan-kawan dulu baru kawin, boleh ka?
benjamin,
thanks
limah,
kalau aku dah kat NY, nescaya aku dah tak ingat sape dirimu... ekekekek
kiahronggeng,
dasarrr kan limah..
joeperantau,
kalau macam tu, aku kerja bersih-bersihkan bilik kau je lah, cuci baju, masak semua. ok tak?
exit135
wow?! omg o&g!!!
saya,
hehehe nasib membunuh motivasi sampai tak membunuh diri.
Post a Comment