Antara aktiviti paling best dilakukan (dan melalaikan) di rumah ialah makan malam depan tv lepas balik dari kerja, then nonton tv, then high je mata stim sampai tertidur depan tv sampai pagi. Nak add flavor, dengan tak mandinya, dengan seluar dan singlet kerja pun belum bersalin dan dengan tertidur sampai keesokan paginya. Tu yang rasa macam nak dijamakkan je Isyak dengan Subuh. Ish ish ish.
Macam tu lah aku kejap tadi. Lepas makan murtabak singapura yang aku tapau waktu balik kerja tadi, minum cranberry juice, pastu makan sedas dua kuih raya, dengan singlet dan seluar kerja still on, aku baring tengok filem Cuci (pengaruh Jijolah ni...). High je rasanya baring atas sofa sampailah aku terlelap.
Sedar-sedar, kat TV dah cerita Kelab Pop lah pulak yang kuiz bodoh tiga artis sekumpulan lawan tiga artis sekumpulan lagi. Bukannya aku nak tengok sangat pun cerita tu. Tapi sebab remote astro jauh dari jangkauan aku dan ke'high'an aku nak bangun dari sofa, aku tengok je lah Kelab Pop versi raya tu (ini bukan pengaruh Jijo).
So, Kelab Pop semalam mempertemukan Kumpulan Hot Mama (Erra Fazira, Umie Aida dengan V Imran) lawan Kumpulan 3G - Gembira, Gorgeous, Ganas (Shanie, Enot dengan Adibah Noor). So korang just imagine lah kan macamana rupanya. Kalau dacing BN tu, Hot Mama duk sebelah kanan, pastu 3G duduk sebelah kiri, mau sampai ke lantai yang pinggan dacing belah kiri tu. Mau lari alignment pemberat balancing dacing tu. Ekekekek.... aku layan je laaa
(updated: Korang tak payah imagine lah, ni aku paste gambar Kumpulan Hot Mama dengan Kumpulan 3G. Korang bayangkan bahagian dacing tu je. Hehehehe....)
Tapi kan, waktu ending Kelab Pop tu yang waktu keluar senarai terima kasih nama-nama pengacara, artis jemputan, penaja-penaja, krew, penerbit semua tu. Waktu penaja pakaian, Reza yang pengacara tu ada Dzul boutique apa tah sponsor. Kumpulan Hot Mama disponsor oleh Bill Keith. Tu je.
Kumpulan 3G takde yang sponsor, dek non! Patutlah baju yang diorang pakai lain-lain fesyen dan warna, caca marba gitu. Takde sponsor baju rupanya. Ish tak baik sponsor buat macam tu kan? Berat sebelah namanya tu. Errr... memang dacing tadi berat sebelah kan?
Dan melihatkan peristiwa itu je, terus aku bangun, terduduk. Macam terjaga dari mimpi ngeri, mimpi dipatuk ular. Hehehe... Tak nak lah aku sedap-sedap je tidur lepas makan. Dah le malam-malam makan, lepas tu tidur je pulak. Ish serik lah aku macam ni lagi. Bukan apa? Takut takde pulak sesape yang nak sponsor baju kawin aku nanti. Hahahaha....
3 comments:
sponsor pakai/sponsor mkn?
mane nak?
huhu..
hehehe jom azrul kita challenge.. sape lagi kurus.. ko ke aku? hehehe
razor,
aduuhhh pening ni mana satu nak disponsor?
sity29,
alaaaaaaaaaaaaaaaaaa. challenge benda lain nak tak macam blog sape lagi banyak update dua-tiga bulan lepas?
Post a Comment