Saturday, October 18, 2008

Entry jiwa kacau


Minggu lepas yang kacau, jiwa aku kacau, berkacau-kacau, dikacau-kacau dan mengacau-ngacau. Pantang je ada yang mempersoalkan perbuatan, pergerakan aku, tanya lebih-lebih sikit, siaplah kena sedas dua dengan aku. Khamis lepas yang kacau pulak, ada farewell dinner yang tak berapa kacau untuk dua colleagues aku, sorang dah start kerja di tempat baru dan sorang lagi menghitung hari-hari yang kacau sebelum ke tempat kerja baru.

Hari Khamis juga, baru nampak batang hidung tonyok si Puaka kat JB. Oooo... ingat jugak nak datang ofis JB. Lepas company bagi kau relocation allowance RM2,500 sebulan + 10% of basic salary sebulan on top of 1.5x monthly salary for moving allowance, kau sedappp je dah berapa punya lama kau tak datang JB, kau duduk kat ofis KL. Dekat KL, kau claim lagi RM160/day untuk outstation allowance dengan private lodging. Itupun datang hari Khamis tu sebab ada farewell dinner dan company buat open house hari Jumaat lepas. Pundek lah si Puaka tonyok.

Farewell dinner hari tu, banyak gelak je, sebanyak makan. Tapi kitorang yang geng-geng lelaki tak duduk sekali dengan si Puaka. Dekat meja makan yang bercantum-cantum tu, there was one group lelaki kat hujung sebelah sini, then one group perempuan kat tengah, then si Puaka duk sorang dia kat hujung sebelah lagi satu. Terkulat-kulat dia tengok kitorang, sekejap-sekejap kitorang ketawa macam setan.

Gelak-gelak macam setan pun, deep down dalam hati aku, jiwa aku kacau sebab dua orang colleagues aku berhenti. Ni semua si Puaka tonyok punya pasal. Memang diorang dua orang tak cakap si Puaka tonyok tu sebagai alasan untuk berenti kerja. Ada lah sebab-sebab lain, tapi memang si Puaka tonyok tu yang jadi catalyst. Tonyok sungguh laa...

Aku sekarang ni, kalau si Puaka tonyok tu panggil aku nak tanya apa-apa, aku takde dah duduk kat kerusi mengadap dia. Instead, aku berdiri je kat pintu ofis dia, sebelah kaki dalam ofis, sebelah kaki kat luar ofis.

Entah, kacau saje jiwa aku sepanjang minggu lepas.

Hari Jumaat, aku balik SA naik bas dari JB jam 5.30pm. Jam 10.30pm baru tiba di Seksyen 17, SA. Dua kali berentinya sekali dinner kat Machap, restoran cina. Siap kalau customers order something, contohnya nasi tambah, akan diumum kuat-kuat ikut speaker, "Nasi tambah meja 2." Kacau, kacau. Then berenti lagi kat R&R mana tah. Hampeh, aku nak cepat tiba. Sampai di SA, takde teksi langsung. Kacau, kacau. 45 minit jugak aku tunggu baru ada sebijik, tu pun kena kongsi dengan passenger lain yang nak ke destinasi lain. Kacau, kacau. Nasib baik dihantarnya aku dulu.

Dah sampai di apartment aku, main switch pulak trip. Kacau, kacau. Kepam laa peti ais aku, terpaksa aku buang segalanya. Nasib tak banyak sangat khazanah dalam peti ais. Terpaksa buang segala-galanya, senang cerita. Bila nak mandi, mentol bilik air pulak terbakar. Kacau, kacau. Mentol spare pulak takde. Kacau, kacau. Mandi lah aku dalam gelap, nasib tak tersilap gosok kat tempat lain, kalau tak kena 'mandi lama-lama' dalam gelap. Kacau, kacau.

Hari ni, jam 3pm baru aku keluar nak cari makan tengahari. Berkenderaan skuter aku je, elok je aku masuk lorong motosikal federal highway nak ke Subang, hujan pun turun. Kacau, kacau. Lenjun aku jadinya. Tapi aku belasah juga nasi kandar utara lenjun lenjun pun.

Apa lagi yang nak kacau pun, aku tak tau laa... harap-harap minggu depan aku kena kacau lah, dengan sesape yang nak panggil aku gi interview kerja ke, best jugak kan?


5 comments:

RY said...

patut r entry dia jasik jiwa kacau, byk betul kacau..

nasib baik tak meracau..

hihi

Lan Bingka said...

lencun atau lenjun?

saya pun tak pasti..hehe. saya biasa guna perkataan lencun. tapi tadi saya check dlm kamus dwibahasa oxford fajar edisi keempat 2008. tiada perkataan lenjun...yg ada hanya lencun..:)

Deo said...

razor,
kacau kacau...

azlan shah,
amboi siap check kamus. confused between melenjan agaknya tu. hahaha...

edrina said...

deo, kacau..kacau.. amboi banyak mender ker nak susun kat umah tu? ker nak mintak tolong susun baju2 dlm locker ekekeke.. Hubby saya sgt kemas lipat & susun baju tau.. lipat cantik macam kat kedai ekekeke..

Anonymous said...

lama kak jie tak dtg, dari atas sampai ke bawa kak jie baca....celaru sungguh jiwanya.

rasa nk p usap2 belakang..
sabaQ no...

moga terus berjuang, jatuh bangun , marah, menangis, ataupun murung. Bangkitlah, berdoa, berserah diri, dan hadapi… sehingga Allah menurunkan anugerah-Nya.

Jangan difikirkan menang atau kalah, berjaya atau gagal. Kita tidak tahu apa yang ada di depan, Allah menyimpannya. Sebagai hadiah.


udah... kak jie dah membebel.

Related Posts with Thumbnails