Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laa... dah jam 2.16 pagi, kenapa mata aku segar bugar, tak mengantuk, tak tidur-tidur lagi ni? Alaaa... apa barang malam merdeka tidur awal, kan? Kat bawah tu, motor prenggggg sana prenggggg sini, kereta dok buat drag scretccchhhh sana, scretccchhhh sini, bunyi mercun dan bunga api kebommmm sana, kebommmm sini.
Siapa tidur malam merdeka, rugilaa... artis-artis, dato' dato' yang naik stage kat Dataran Merdeka tu pun belum sempat buang mekap lagi. Entah-entah, belum sampai rumah lagi, singgah mana-mana dulu minum-minum, tonggang-tonggang, tonggeng siapa nak jamin? Sumpah saje laaa...
Ish, apa aku mengarut ni? Biasalah dah jam 2.20 pagi. Kejap lagi tidurlah, esok tengahari baru bangun. Alaaa... apa bezanya cuti Merdeka dengan cuti-cuti lain? Berehat laa secukup-cukupnya siang esok sebab malamnya dah mula berterawikh.
Malam pertama terawikh, sure kereta melimpah ruah kat masjid/surau. Semua nak dilahirkan semula seperti bayi! Lagipun jualan murah hari raya belum hebat lagi. Baju raya pun kalau beli awal-awal buat putih mata melihat je dalam almari, bukan boleh pakai lagi. Kuih-muih raya pun kalau buat awal-awal takut masuk angin, takut berkulat. Benda-benda ni kita buat seminggu dua nak raya lah nanti. Kita pulun sembahyang terawikh dulu.
Tahun depan Merdeka time puasa, ek? Agaknya macam manalah sambutan Merdeka time puasa? Yang pasti aku sure bangun awal punya Merdeka tahun depan. Bukan sebab semangat, tapi sebab nak bersahur! Tapi lepas Subuh, aku sambung tidurlaa... Alaaa... apa bezanya cuti Merdeka dengan cuti-cuti lain? Berehat laa secukup-cukupnya siangnya sebab malamnya nak berterawikh.
Sunday, August 31, 2008
Merdekazzzzzz.....
Posted at 2:25 AM 0 comments
Saturday, August 30, 2008
Tentang the two things (part II)
These are the two things I just learned last week. Seriously! I feel I've wasted my 31 years of life not knowing them. Call me naive or apa saje tapi aahhh... at least aku dilindungkan tuhan, kalau aku tahu benda-benda ni tah apa dah jadi kat aku.
Firstly, untuk lelaki-lelaki...
Situasi: Bila korang nak ajak awek ikut balik ke rumah atau ke bilik hotel korang untuk tujuan-tujuan yang menjahanamkan. I've always thought ajak awek balik rumah/bilik tengok cerita blue/porn is the best way and straight forward. Unfortunately, even a horniest awek wouldn't lured to porn-watching invitation.
Instead, ajaklah awek tu tengok cerita hantu atau cerita seram. Selain daripada it's not too directive towards perkara-perkara yang menjahanamkan, this option gives you more flavor instead just a plain vanilla.
Contohnya, korang boleh peluk awek tu waktu adegan-adegan seram, boleh tutup lampu untuk menambahkan feel ketika menonton, boleh selubung dalam selimut sama-sama sebab takut, korang boleh sergah-sergah atau terkejut-terkejutkan awek tu, pastu sure awek tu takut nak balik dan korang boleh offer awek tu tidur kat rumah/bilik korang.
Paling terrer, bila korang outstation atau gi conference/seminar yang require korang untuk overnight, sila bawak portable DVD player dan beberapa filem hantu/seram. You wouldn't know berapa besar ikan korang boleh pancing. After all, that's the in thing now apa, cerita-cerita hantu ni. Worst case, korang tengoklah sorang-sorang dalam bilik.
Secondly, untuk lelaki-lelaki dan wanita tidak bertudung (aku rasa laaa tapi tak jamin 100%)...
Aku ada wish one of my friends selamat berpuasa through email. Then he replied, "selamat berpuasa, too. Kau jangan makan kat Singapore pulak!" Emmm... kat Singapore, boleh ke makan siang di bulan puasa tanpa ragu-ragu untuk ditangkap dan naik van mayat?
Ok, selamat Merdeka dan selamat berpuasa!
Posted at 12:53 PM 2 comments
Friday, August 29, 2008
Tentang quitting the job
Last Monday dengan Tuesday aku ada kerja di Menara TM. Petang Selasa tu, aku berjanji nak minum petang dengan ex-colleague aku yang baru balik dari cuti bersalin. Cun tetap cun ex-colleague aku nih, walaupun kembang sikit laaa. Sungguhpun kembang, aku tetap setia pada ex-colleague aku tu, tak macam Ombak... huhuhuh main badminton satu court dengan tiga aweks. Jeles syehhh... nak kata bergu campuran pun bukan ni.
Ok, back to minum petang. Ex-colleague aku ni asyik dok mengira gaji dengan elaun dia yang backdated sebab baru promoted jadi GM je. Sorang sorang yang lalu depan Secret Recipe tu dia panggil ajak minum, dia belanja. Kemudian datanglah ex-colleague aku sorang lagi, then sorang lagi GM yang aku kenal waktu aku kat TM dulu.
GM ni tengah pening gak laa pasal tempat dia (or the initiative yang dia kena carry out) takde PMO. Aku pun dengan selamba je angkat tangan, suruh dia ambik aku. Dan dengan selamba jugak GM ni kata boleh! Dia siap kata aku punya JD dah siap semua dah, targets, plans, charter semua dah siap. Aku masuk, tolong rollout, track, coordinate sikit-sikit dan put things in place.
Apa-apa pun, aku kena consult/talk to ex-boss aku. Dia ni macam 'father of all PMOs' kat TM tu. So, aku kena lah berjumpa atau call cakap dengan ex-boss aku pasal possibility of returning to my old workplace.
Dan kisah the possibility of me returning to old workplace ni tersampailah ke pendengaran Director HR aku sekarang ni. Dan aku dipanggil mengadap pagi semalam. Takdelah kena belasah ke lecture ke. He's very aware about the situation in our department, about si Puaka punya hal yang sampai dua orang VPs aku dah nak blah.
Director HR aku tak banyak tanya pun apa alasan aku nak quit. Instead, dia tanya apa options aku. Aku pun katalah, staying in PMO is a no-no if si Puaka is still around. It's either aku move to other department like CP or move out, completely. And it is just a matter of time je untuk aku keluar, even kalau aku tak dapat lagi kerja lain sekalipun. Notis berhenti kerja aku, 2 minggu je sebab aku tak confirm lagi.
The Director of HR fully support my intention to move to CP sebab dia kata it's a good place to build up my career dan aku pun ada experience in CP. Cuma, dia nak aku jumpa Director of Corporate Services aku dan cerita pasal options aku, which aku akan jumpa hari Khamis nanti.
Yang bestnya, waktu Director of HR kata tak syoklah kalau bangun pagi nak gi kerja takde mood, nothing excite aku. Aku kata kat dia, ada satu je yang excite aku pasal si Puaka... skandal dia... wakakakakak....
So, tengoklah macam mana keputusannya nanti. Buat sementara waktu, aku nak berehat ni 6 hari cuti.
Posted at 1:24 AM 1 comments
Thursday, August 28, 2008
Tentang the two things (part I)
The two things I regret in my life.
Tapi takde lah sampai aku hantuk-hantuk kepala kat dinding dan menyalahkan sesiapa. Dah keputusan itu aku sendiri yang buat dan so far, aku still in a better position than most of people yang started in the same place with me.
First, waktu pilih universiti, this was way back in 1996. Aku dapat placement in three universities, first option was University of Oregon, Eugene; second was University of Denver, Colorado and the third one was University of Southern California, Los Angeles.
Waktu aku dapat options tu memang aku delete Denver for reasons like, boring nanti duduk Colorado dan aku dengar it was not a better place to study Economics than the other two unis. Then, tinggal dua options untuk aku. And for reasons aku pun tak tau kenapa, aku pilih Oregon instead of SC.
Yang aku ingat salah satu sebabnya ialah SC kat California, obviously panas whereas Oregon tu dah dekat-dekat Canada yang sejuk dan aku boleh experience snow. Ye lah kan, dah gi oversea, takkan lah nak experience weather sama macam kat Malaysia, kan? Dan aku cuak sikit laa nak hidup di California, takut aku tersesat jalan dan 'tersesat' dalam kehidupan metropolitan. Waktu tu pun aku tak fikir sangat pasal uni ranking ke, life as SC students dan juga SC punya alum association and network.
Aku pun takde lah buat research kat internet. Korang tau laa back in 1996, tak berapa celik internet lagi. Buat paper pun pakai Word Perfect. Aku pun takde laa contact seniors yang dah ada kat oversea macam sesetengah kawan aku yang still borderline nak fly tapi dah sebok survey-survey uni dan accommodation. Aku yang dah confirm fly walaupun still ada satu semester nak habis pun, rileks je. Hehehehe... and student advisor aku, entah sape tah, takde langsung object atau suruh aku reconsider or give second thought, takde pulak bagi pros and cons for both unis. Apa daaa....
It turned out that aku tak experienced snow pun kat Eugene. Time winter pun yang menitis dari langit ialah air hujan yang sejuk nak mampus dan air hidung aku yang dok meleleh je. Waktu nak experience snow, aku terpaksa drive up north to one mountain resort, main ski kat situ. And that was like once in my two-year stay kat Eugene. Dan kalau aku masuk SC, aku dah jadi Trojans (mascot SC) dah sekarang rather than Ducks, yang menang college football and basketball year in and year out.
Ni gambar ni saje je sebagai perhiasan dan aku nak perangat delinn... wakakakaka aku nak cucuk dia suruh gi Australia lagi time winter. Tapi kalau delinn pakai baju ski nanti mesti nampak macam snow man kan? Bulaaattt je... wakakakakak
Anyway, aku bersyukur laa dengan friends kat Oregon (which ramai jugak Malaysians, kalau dak mungkin aku dah bernikah dengan non-Malaysian.. opss) yang banyak membantu time aku susah dan time aku kelaparan diorang tolong masakkan. Dan aku completed my degree in time and meet JPA requirements, without having to study much. Aku kerja part time lagi banyak dari aku belajar. Hiks! And most importantly, aku balik Malaysia in one piece laa... dan parents aku still kenal aku walaupun waktu sampai kat KLIA, aku pakai topi koboi. Wakakakakak....
Secondly, yang aku regret is balik Malaysia right after grad. I should have stayed in US, buat kerja-kerja dining hall pun ok. Lama-lama, dapat lah kerja yang ok dan gradually kerja yang best, dak? Waktu aku kerja as student worker kat dining hall, aku ni dah kira senior. Bila ada student workers baru masuk kerja, supervisors aku akan suruh diorang jumpa aku, suruh aku tunjuk ajar. Tak kira lah, mat spanish ke mat salleh ke mat indo ke. Lagipun kat US, jangan pandang kitchen worker sebelah mata. Kadang-kadang berdegree bagai diorang tu.
Tapi aku balik pun sebab I still have my parents and family laa... Lagipun waktu tu, aku tak set pun kat kepala yang aku nak stay kat US. Mana taknya? Lagi 6 bulan nak grad, aku dah start beli pinggan mangkuk Corelle nak bawak balik Malaysia bagi kat mak aku. Aku dah start calling-calling shipping agents nak ship barang-barang aku. Aku pun takde pulak cuba-cuba mintak-mintak kerja kat sana. Then, MSD takde pulak encourage kitorang untuk cari pengalaman kat sana. Yang diorang tau, asyik ingatkan kitorang suruh balik Malaysia. Kalau nak sambung buat masters pun kena balik Malaysia dulu. Apa daaaa....
Tapi, ok lah dengan life aku sekarang. Walaupun aku rasa it is not so great, it is still great to some people. Dan kalau aku pilih the other two options tadi - study in SC dan tak balik terus ke Malaysia, aku pun tak tau lah kat mana dan apa dah jadi dengan aku sekarang ni. Wife aku blonde, mungkin?!
Posted at 7:25 AM 5 comments
Wednesday, August 27, 2008
Tentang being a beach boy
Ni ada laa gambar aku sesekeping dua kat Desaru. Ini pun time pagi dah nak balik tu. Takde mood dah sekarang ni aku nak bergambar-gambaran sekarang ni. Sebenarnya ini kali kedua aku sampai kat Desaru. First time, in 2005 waktu bawak team bola Proton lawan Syarikat Air Johor kat Stadium Bandar Penawar.
Ni gambar aku dengan Ninja, malam yang aku lepak tu, aku macam ternampak kucing ni jilat beer...
Ni pulak gambar waktu aku ke Desaru 2005 dengan dua orang players import aku (you should know which ones) dengan dua orang star players aku. Yang baju merah tu star jugak laa... ekekekeke
Cerita pasal laut, pantai, pulau ni... aku teringat cita-cita aku satu ketika dulu. Waktu tu apasal tah kepala aku berserabut. Aku terfikir aku just nak tinggalkan kebuntuan dan kesemakan hidup di kota, aku nak lari je duduk pulau. Waktu tu Pulau Perhentian was on my mind.
Aku nak duduk pulau, buat kerja-kerja pulau. Bersihkan bilik ke, jaga resort ke, waiter ke, jadi porter ke. Jenis yang berlenggeng je sepanjang hari, pakai bermuda shorts, tak pakai baju (tapi perut kena kempes laa kalau takde six-pack pun), ada sepasang selipar jepun je dan shorts pun basah dan kering kat badan je.
Lantaklah IRB ke bank ke nak cari aku. Biarlah TNB ke Astro ke TM ke DiGi ke Celcom ke nak potong line rumah aku. Aku lepak kat pulau. Berkawan-kawan dengan tourists yang datang resort, duduk sampai sebulan dua. Temankan diorang baca buku, tolong sapukan sun block kat belakang badan diorang.
Diorang duduk sesebulan dua tu sure boring jugak kan. Nak ada teman berbicara, teman berber..emmm..brb.... wakakakak.
Sekarang ni, aku semak. Buntu gila dengan kerja aku sekarang ni. Dengan si Puaka je, sebenarnya. The work place and colleagues, even JB is OK for me, although not great. So, bila aku buntu dan kepala aku tengah semak ni, tengok pulak keindahan pantai dan laut, adehhh aku rasa aku nak jadi beach boy sesetahun dua laaa...
Keinginan aku jadi beach boy ni bertambah kuat lepas aku layan Olimpik, especially event athletics, tengok awek-awek Scandinavian yang tinggi lampai, kaki panjang dan perut kempes-kempes tu... mana laaa tau, aku bertemu jodoh kat pulau, kan... hahahahah
Posted at 8:12 AM 1 comments
Tuesday, August 26, 2008
(cont) Kisah Puaka di Desaru
Aku sekarang ni kat KL, out station... masyuuukkkkk... tapi tak berapa sempat nak update blog. Besides kerja, too much distractions kat KL ni, dengan kawan-kawan yang aku nak jumpa, dengan naik public transport yang hilang kesucian aku jadinya tu, then tunggu teksi yang susah benar nak hantar ke SA dari SJ. Then, sampai apartment aku, kena bersih-bersih mana-mana yang patut sebab dah ditinggalkan 3 minggu.
Anyway, ni sambungan cerita si Puaka. Waktu aku update entry lepas tu, aku tengah lepak-lepak minum-minum kat pantai lepas dinner dengan Mamat D dengan Skandal. Waktu tengah syok-syok aku update, ternampak la pulak bayang-bayang si Puaka menuju ke arah tempat minum tu. Si Puaka dengan Mamat B, not-so-awek L dengan awek S.
Kitorang pun macam potong stim laaa, dalam hati rasa macam nak korek je pasir benam si Puaka dalam tu. Apa ke jadahnya dah dekat jam 1 pagi tinggal bini, anak-anak tidur kat bilik, yang kau nak join geng-geng single ni lepak minum-minum?!
Mamat B dengan not-so-awek L menuju ke meja kitorang. Siap dah tarik kerusi dah nak join meja kitorang bertiga. Yang si Puaka still beramas mesra kat meja awek W dengan awek R kat hujung. Si Puaka tak perasan lagi kewujudan aku, Mamat D dan Skandal. Mamat B macam biasa joking dengan kitorang, apsal tak call ajak minum laaa tinggalkan bos kitorang laa...
Then si Puaka pun nak catch up laa Mamat B dengan not-so-awek L dan berjalan menuju ke meja kitorang. As soon as dia nampak kewujudan kitorang, muka dia daripada semyum macam sengih-sengih terus bertukat serius, masam! Tapi, dia still jalan ke arah meja kitorang. I can feel macam mana dia kuatkan semangat dia waktu tu. Macam kalau kau ternampak ex-awek/bf korang, tapi korang gagahkan jugak hati.
Sampai kat meja kitorang, as expected takdelah aku atau Mamat D ber-hi-hi dengan dia. Unexpectedly, dia takde pulak tegur kitorang atau buat lawak-lawak bodoh dia yang kalau dia buat pun kitorang tak gelak punya, buang masa dia je. Dengan Skandal pun tak bertegur. Skandal kata, "tak pernah macam ni..." Terus si Puaka ajak not-so-awek L dengan Mamat B ke tepi laut, jalan-jalan.
Aku dengan Mamat D pun planned, kalau si Puaka nak duduk je kat meja kitorang nanti, kitorang akan bangun, bayar dan blah. Tak lama lepas tu, kitorang nampak si Puaka dan dua orang lagi berjalan ke arah meja kitorang, kejap je diorang jalan-jalan tepi laut tu. Aku dengan Mamat D pun mintak bil dan bayar, dan dah berdiri dah waktu tu. Waktu nak blah tu, kitorang sayup-sayup je dengar si Puaka cakap (errr berbisik, rather) kat Mamat B, "It's ok, I'm calling it a night..."
Dan sayup-sayup juga laaa aku dengan Mamat D tengok si Puaka balik ke bilik. Lajuuu je... mesti dia terasa potong stim laaa ada pulak 'the two boys' - aku dan Mamat D. Sure dalam hati dia cuak punya, kot-kot Skandal cerita apa-apa kat kitorang. Macam kalau korang ada skandal kat ofis, pastu korang nampak skandal korang sembang dengan wife/husband korang. Sure korang cuak punya, walaupun diorang just basa basi, kan? Macam tu agaknya si Puaka cuak malam tu.
Ok tu je pasal si Puaka kat Desaru.
Posted at 12:05 PM 2 comments
Sunday, August 24, 2008
Kisah Puaka di Desaru
Aku masih kat Desaru ni lepak-lepak tepi pantai disulami desir ombak, minum-minum sambil tengok bola.
Pagi tadi ada telematch, aku masuk event baling-baling belon berair, lari atas bata yang terketar-ketar lutut aku jadinya dengan lari kepit bola. Part kepit ni memang aku lemah. Anyway, team aku menang overall yihaaa! Ada gak aku main game yang gladiator tu, berdiri atas tilam pastu main hempuk-hempuk lawan tu apa namanya tah.
Haa... ada cerita pasal game gladiator ni tadi. Korang kenal kan si Puaka? Korang mungkin tak kenal si Ucop. Dia ni yang body size paling besarlah kat ofis aku. Sampai satu point tu, si Ucop vs si Puaka. Kat keliling gelanggang almost all the bosses termasuk MD aku ada. And not to our surprise, almost semuorang root for Ucop (in other words, against si Puaka).
Gua tak tipu beb! Pastu aku dengan the other two colleagues pun openly root for Ucop, all out gila sampai habis suara aku. Akhirnya si Puaka kalah tergolek straight set. Aku pun buat aksi hail kat Usop. Almost everyone noticed our message against si Puaka tu. Hahahah...
Ok ni lagi cerita pasal si Puaka.
Welcome dinner buat kat pantai. Korang percaya tak, takde sape duduk dengan si Puaka! Meja dia ada dia, wife dengan two kids je. Dah le meja dia kat tengah dan depan jugak lah. So, it was so obvious orang tak nak duduk semeja dengan dia pun. Dan after one day and two nights so far, aku baru cakap dua patah OK je dengan dia dan takde teringin aku nak berkenalan dengan wife dan anak-anak dia. Wakakakak...
The Hawaiian dinner was on second night kejap tadi. Buat indoor je sebab hujan. Lepas dah bosan, aku gi lepak borak-borak dengan skandal si Puaka, korek beb korek! Bukan aku korek skandal si Puaka tapi aku korek kisah dan aktiviti si Puaka laaa...
Rupanya si Puaka ni kuat ngechat kat office. Dengan YM, dengan GTalk. Aku siap tau nickname dia kat YM - Cha**ie, kat GTalk - Ma* Ch**g. Banyak benda yang dia ngechat. Sometimes during meeting through YM mobile, cakap "I rindu laaa...". Itulah SVP aku kalau korang nak tau.
Ada waktu tu, si Puaka tengah ngechat, pastu dah sampai waktu nak department meeting. Dia cakap kat skandal, "I gtg, have department meeting". Pastu dia boleh cakap pulak, "tapi I tak puas laa sembang dengan you!" Macam sial!
Patutlah kadang-kadang tu bila aku ada meeting dengan dia, dia ada cakap, "can you give me another 5 minutes?" *@#$%#± betul, rupanya dia nak habiskan chat dia. Takpe, next time bila dia cakap macam tu, aku akan jawab, "Ok Cha**ie, brb..."
Si Puaka pun pernah tanya skandal ni, kat company aku sape yang handsome? Skandal pun cakaplah, Mamat A. Pastu si Puaka kata Mamat A ok lah tapi pendek sikit. Pastu skandal kata Mamat B. Pastu si Puaka kata Mamat B tak handsome laa dia tu cina bukit. Tak sedar diri langsung.
Skandal pun sebutlah Mamat C, who is colleague aku. Pastu si Puaka kata Mamat C ni gaya je macam bos-bos. Skandal sebut lagi Mamat D pulak, who is my another colleague. Si Puaka terus jawab, "Mamat D? No lah no lah... He's not handsome lah". Pastu si Puaka cakap kat skandal, "I handsome what... suitable lah with you." Uwekkkkk rasa nak muntah, taik palat gila.
Pastu skandal ni cerita laa yang si Puaka selalu ikut skandal kalau skandal gi pantry. Pastu bila kat pantry, waktu skandal buat air, si Puaka selalu laga-laga perut dia kat skandal. Pastu skandal, not wanting to offense si Puaka cakaplah, "you put on weight ke, perut you makin besar?" Si Puaka senyum-senyum macam budak terencat akal lah. Iiiiiieeeee gelinya aku nak bayangkan.
Banyaklah lagi. Macam bila tengah-tengah chat tu, si Puaka akan cakap "tak puas chat, you call me laaa". Pastu kalau si Puaka gi JB, dia akan call skandal tanya, "Do you miss me? I wish you're here with me." Benda-benda macam tu lah yang menghilangkan dignity dan dicknity dia dari pandangan mata aku.
So, lepas dah borak-borak dengan skandal kat lobby, aku ajak skandal saje je jalan sebelah meja si Puaka towards dessert table. Waktu aku jalan dengan skandal, skandal ada laa pegang baju aku dari belakang. Saje je strategi semua tu. Waktu lalu kat sebelah meja si Puaka, aku buat-buat pandang stage, so tak pandanglah si Puaka.
Pastu aku tengok skandal dah tertinggal kat belakang. Rupanya, skandal tegur si Puaka, "Hi si Puaka!" Si Puaka pun tanya, "Are you alone?" Skandal pun jawab, "No, I'm with [aku] and Mamat D". Muka si Puaka jadi semacam je. Jelesss beb jelesss... macam lah dia tak nampak aku kan? Terang-terangan aku jalan depan muka dia, macam sial!
Waktu aku jalan dengan skandal tu, selain daripada si Puaka banyak juga lelaki-lelaki lain yang makan hati. Mana taknya, bini ada sebelah, anak-anak dalam dukungan. Yang untung, bujangga macam aku. Yabedabedou...
Oh ye. Korang jangan cerita cerita ni kat sesape ok. Sebab si Puaka ada pesan kat skandal jangan beritahu sesape pasal sms dia, chat dia, phone calls dia. Ok janji tau! Wakakakaka
Ok, babai.
Posted at 1:17 AM 6 comments
Friday, August 22, 2008
Tentang family day
Aku dalam bas ni, on the way ke Desaru. Ini baru melewati Kota Tinggi, aku pun tak sure berapa jauh lagi. Naik bas je, malas aku nak drive. As expected, yang naik bas ni cuma yang single mingle je lah.
Dalam sejarah aku bekerja dari 1999, inilah pertama kali aku join family day as participant. Kecuali tahun 1999 sebab itu first year aku nak merasa family day, aku pergi jugak kat waterpark yang Shah Alam tu. Entah apa namanya.
Itupun aku pergi waktu makan tengahari je. Ingat nak juga mandi tapi aku dengar-dengar, sampai keruh dibuatnya air situ, siapkan jam 4pm dah kena tutup sebab air dah berkeladak. Mana taknya, 6000++ pekerja dengan anak bini sekali dalam waterpark tu.
Aaaa Wet World namanya. Sejak dari tu, aku attended family day sewaktu aku involve dengan organizing team je. Ada sekali tu yang aku ingat, kat Desa Water Park, aku komiti lucky draw, disebabkan lucky draw dah settled by tengahari, selebihnya aku jaga budak-budak hilang.
Ya salammm.... puaslah aku nak memujuk budak-budak nangis, basah lencun baju aku dukung diorang dengan hingus budak-budak tu meleleh kat bahu aku. Puas jugak lah aku describe budak tu sampai kan baju/seluar diorang gambar kartun apa aku describekan waktui buat pengumuman. Yang mak bapak diorang sedappp je mandi, tak hengat ke anak hilang. Penat tau jaga budak hilang.
Tadi sebelum gerak, si Ucop ni cakap kat geng-geng budak lelaki yang duduk belakang bas (macam zaman sekolah-sekolah, lelaki duk belakang, awek duk depan). Dia kata, hopefully next year, kita dah tak naik bas lagi gi family day. Maksudnya, pergi berdua atau dah bertiga laaa Aku kata, kalau aku kena naik bas lagi tahun depan, aku berenti kerja. Lagi best kalau aku dapat kerja kat tempat yang takde family day. Wakakakak
Ok. Have a bitch-ing beach-ing weekend.
Posted at 4:35 PM 0 comments
Thursday, August 21, 2008
Breaking news: Yuan Yu Fang bodoh
Oleh kerana kejap tadi jam 4.18pm, ada orang search melalui Google “Yuan Yu Fang Bodoh” dan sampai ke blog aku, ni aku nak update tentang Yuan Yu Fang yang mewakili Malaysia di Olimpik Beijing dalam acara 20km jalan kaki (cilok dari Bernama).
“Malaysia's Yuan Yu Fang did not get to see the finish line. The veteran walker dropped out after 12km due to stomach pains which hit her soon after the start. "I took some ice water this morning, maybe it was because of that. It got so uncomfortable that I couldn't continue any more," said the 32-year-old of her dismal exit from her third Olympics.
In Athens, she was 35th and was aiming for at least 15th spot this time in a field of 48 entries. After the first two kilometres, Yu Fang was in 21st place and a distant 35th after four kilometres. She passed the sixth kilometre mark in 40th position and by the middle of the race, she was trailing 46th in the last group.
Yu Fang had qualified for the Olympics with her season's best of 1:32:48s, outside her national record of 1:32:25s. The 15th place in the race today went to Germany's Sabine Zimmer who clocked 1:30:19s.”
Kalau berjalan kaki pun Malaysia tak boleh nak fight kat Olimpik, korang bayangkan lah acara yang berlari-lari. Anyway, Yuan Yu Fang ni Malaysia beli dari China, sama macam team ping pong Singapura yang Singapira beli dari China tapi menang pingat perak dalam Olimpik.
Yuan Yu Fang bodoh? Bukan gua yang cakap, orang tu yang search kat Google. Yuang Yu Fang bodoh ke tidak? Lu fikir laaa sendiri!
Posted at 5:23 PM 2 comments
Gigitan emas
Aku ada satu tips untuk lovers, especially untuk yang si boyfriend. Kalau korang tengah ringan-ringan dengan awek korang atau awek orang lain, sure ada terfikir kat kepala otak korang yang korang nak buat love bites, kan? Kan love bites ni pun sebagai menyatakan bahawa awek tu taken, atau awek tu si polan si polan yang punya. Macam anjing kalau nak marking tu territory dia, anjing tu akan kencing kat situ kan.
In most situations, awek akan refuse nak di’love bitten’kan, ye lah nanti malu laa nampak kat orang ada bekas. So, korang kena buat slowly and steadily. Korang kena buat in such way that awek tu rasa secure, dihargai dan that ringan-ringan part tu bukan untuk kepentingan satu pihak je tapi memberi kepentingan kepada kedua-dua belah pihak, mutual benefit macam tu.
Jadi, kalau awek tu refuse nak di’love bitten’kan, korang cakaplah macam ni… “rileks laaa sayang….. (sayang tu automatic terkeluar waktu nak romen-romen kan?). I nak test rantai emas you ni tulen ke tak je….” Tapi kalau awek tu kata, “Ini bukan rantai emas laaa….” Ataupun “Ni, emas celup je laaa… zhulian nih…” korang jawablah balik macam ni, “Alaaaa rileks laaa sayang….. (sayang tu automatic terkeluar waktu nak romen-romen kan?). Pingat emas Olimpik pun ‘are actually made of 92.5% pure silver plated with at least six grams of gold’.”
Tak percaya? Klik dan baca sini
Kalau korang kena pelempang jugak atau kena terajang kat konek dengan awek tu, too bad laaa jangan salahkan tips aku. Sape suruh korang buat maksiat?!
Posted at 12:08 PM 2 comments
Wednesday, August 20, 2008
J-Card sales finito, travel infinito
Dalam entry sebelum ni, aku ada cerita pasal Jusco sikit kan? Ni ada insider information ni shhhhhh.... jangan bising-bising, jangan cakap kuat-kuat, meh sini aku bisik, rapat lagi sikit, rapat lagiiiii....
"Kau jangan cakap kat sesape ok... J-Card sales yang Jusco dok buat sampai sesak barat jem dan lengang ofis jadinya tu, tahun ni yang last. Tahun depan Jusco dah tak buat lagi J-Card sales, ok. Tu je... "
--------------------
Sekarang ni, kalau aku call mak atau bapak aku, mesti diorang tanya ada kat mana, as in ada kat Shah Alam ke kat JB? Kadang-kadang aku terfikir, best gak macam ni, orang tak tahu aku kat mana. Kadang-kadang aku terfikir, tak best gak sebab nanti orang di tempat A ingat aku kat tempat B, pastu orang kat tempat B ingat aku kat tempat A, at last no one bother to call out for drinks, lepak-lepak. Adehhh...
Aku teringat dalam tahun 2004 waktu aku travel extensively gi oversea. Waktu tu aku support CEO aku buat some national duty. Selang sebulan setengah aku gi oversea. Sampaikan aku ada dua set beg untuk travel. Tak sempat nak unpack satu beg, dah kena keluar lagi. Ada satu hari tu, abang aku call nak ajak aku makan kat rumah dia, ada kenduri tak silap aku. Pastu aku tak berapa respon lah sampailah dia tanya aku kat mana? Aku kata, aku kat Taipei. Start dari hari tu rasanya abang aku akan tanya aku kat mana, as in aku in or out of town?
Semalam, abang aku buat perangai lagi... ekekekeke. Aku dapat email dari dia katanya, "salam. ada kat mane? esok mlm insya Allah mak dn bapak dtg kl...rindu pd anak bongsu since masuk tk jumpa....." Oooo... mak dengan bapak aku rindu kat adik aku yang degil tu laa pulak. Alaaa degil-degil pun anak bongsu kan. Tak rindu ke kat anak yang ketiga bongsu ni? Hahahahah mode terpinggir pulak dah...
Aku pun reply, "Ada di JB sampai Ahad mlm. Isnin pagi fly to KL, Rabu pagi fly back to JB. Jumaat mlm drive to KL. Ahad pagi maybe drive to Ipoh, Selasa drive back to SA, and Wed drive back to JB, insyaallah. Hehehehe best tak?"
Ada ke abang aku boleh reply macam ni... "Misserable....too complicated....need high thinking order to describe it...." Cess!! Siap laa nanti aku kerja kat Middle East (delinn, Law of Attractions ni...), puaslah kena pakai GPS nak jejak aku. Hahahahah...
Tapi... err... miserable and too complicated ke life aku? Teringatlah pulak dengan lagu Bon Jovi, "It's my life, it's now or never. I ain't gonna live forever. I just want to live while I'm alive...."
Anyway, weekend ni aku kat Desaru, Monday to Tuesday aku kat KL/SA, Wednesday to Thursday aku kat JB, Friday to Saturday aku kat SA, Sunday to Tuesday aku kat Ipoh, Wednesday aku kat SA, Thursday until further notice aku kat JB..
Adios!
Posted at 11:16 AM 4 comments
Monday, August 18, 2008
Dragging my feet
True enough, weekend lepas takde apa yang special. Sabtu, aku keluar rumah around 8.30pm. Itupun sebab perut aku dah lapar gila dan aku nak try nasi lemak Senibong yang digembar-gemburkan tu. Aku pun gerak ke Kg Senibong which is less than 5km from my place. Ya salammm punyalah jem, kereta berderet-deret dan bersusun-susun. Masing-masing nak pekena seafood lah gayanya ni.
Cadangnya aku nak lepak-lepak menghirup udara laut yang tak berapa segar tu dan melayan desir ombak yang tak berapa berombak tu. (alaaaaa... teringat laa pulak aku kat Ombak nih...) Tapi, sebab aku kena park kereta aku agak jauh. Aku ingat beli tapau makan kat rumah je lah gayanya. Dan oleh kerana nak balas dendam sebab jem waktu datang tu, aku beli dua bungkus. Cadangnya nak makan esok pagi kalau tak basi.
Oklah nasi lemak Senibong tu. Nasinya sedappp, tapi sambalnya manis sikit, tu yang buat aku terpotong sikit tu.
Hari Ahad, bukan main lagi aku breakfast nasi lemak. Nasi lemak semalammm... (macam cerita Masam Manis). Dan bermalasanlah aku mengadap tv dan bergentel-gentel dengan Berry aku. Entah apasal, lepas Zohor aku rasa macam nak tidur je sampai pagi esok. Tapi tiba-tiba datang kekuatan. Aku tak tau mana datangnya. Kekuatan untuk aku gosok baju kerja aku untuk minggu ni. Wakakakka...
Then lepas Azizul Hasni settled dia punya quarter final repechage, aku pun keluar. Also not more than 5km from my place, aku gi Jusco ekekekek... belilah barang-barang makan sikit buatnya nanti aku malassss sangat nak keluar dari apartment, aku boleh lah makan benda-benda yang aku beli tu sementara aku rajin nak keluar, dak?
Itulah cerita weekend aku yang malasss sangat. Weekend yang kalau orang tersentuh aku, siaplaa nak kena pelempang orang tu. Weekend yang buntu sangat kepala aku. Buntu fikirkan jalan-jalan keluar aku. Sampaikan aku terfikir aku nak hantar notis je hujung bulan ni dan sementara dapat kerja baru, aku boleh kerja di McD's atau Jusco ke.
Aaa... by the way, korang perasan tak pekerja Jusco kan, bila diorang habis shift, sebelum diorang masuk ke dalam staff room, something like that. Diorang kena berdiri mengadap ke dalam Jusco (membelakangkan pintu staff room tu) dan kena bow ala-ala Jepun. Mula-mula kaget jugak sebab aku ingatkan diorang bow kat aku. Sekali tu aku tengok semua yang habis shift buat macam tu. Nasib je aku tak bow balik. Wakakakakak. Best gak kan kerja Jusco...
Posted at 12:03 PM 5 comments
Saturday, August 16, 2008
500th entry: Sesabtu di JB
Ini entry ke 500 aku dan aku takde apa-apa yang special nak tulis. Thanks semua yang bagi suggestion. Anyway, aku kat JB weekend ni. It was still 50:50 samada aku nak balik KL ke stay in JB until around 6pm semalam. Adalah 2-3 colleagues yang nak drive balik KL ajak aku. Tapi kenangkan baju-baju aku yang dah 2 minggu tak berbasuh yang dah aku rendam dalam mesin basuh pagi semalam, aku bulatkan (bukan asap rokok bulat-bulat Yam) hati untuk lepak JB saje lah.
Dan tercuak aku petang semalam not knowing what to do this weekend. Aku jadi lagi panik bila office dah start sunyi around 7pm. Selalunya 8.30pm tu kecoh lagi dengan masing-masing baru sibuk plan nak dinner together kat mana-mana. Semalam, as everyone was in hurry nak balik KL asap, by 7pm dah lengang. Aku pun cuak, tak tau nak dinner kat mana dengan sape. Dah terbiasa dinner berjemaah sejak pindah JB ni. Around 8.30pm aku gerak balik, last one in office rasanya, besides the guards lah.
Otw balik, aku stop by kat Festive Mall Danga Bay tu nak usha-usha kasut, baju-baju yang dijual ala-ala Uptown dan usha-usha kalau ada apa-apa aku boleh nak makan. Aku usha gak baju ala-ala Hawaii nak pakai di Desaru next week. Tapi kedai-kedai situ tak sesyok Uptown atau Pasar Karat/Muhibbah Shah Alam lah. Banyak jual jersi bola je yang aku tak berapa into dah sekarang ni. So, aku terus je lah balik ke Permas. At last, aku tapau McD je. Huhuhuh. Alaa kat Shah Alam pun aku bukannya jenis keluar-keluar ni tapi at least when I want to do or eat or buy something, aku tau hala tuju aku.
Sekarang ni dah dekat jam 1 petang hari Sabtu. Agaknya aku ni berjangkit penyakit malas si Ri ni sampaikan mandi pun belum, makan pun belum, keluar rumah pun belum, buat-buat kerja rumah pun belum. Yang aku dah buat, minum the secawan, dengan sidai baju-baju aku. Tu je. Kalau kat Shah Alam tu, aku jadi malas sebab aku terajin berinternet. Ini, harap surf guna Berry je lah. Ini pun nasib lah agen rumah aku call pagi-pagi buta nak hantar tenancy agreement. Kalau tak, mau aku berselimut je lagi ni. Dah pulak, kat luar tu gelappp je. East Singapore dah hujan, JB belum lagi, kejap lagi laa tu.
Entah takde mood jadinya ni. Lagipun kat tv, aku layan Olimpik. Layan beach volleyball tengok ponggong awek-awek tu melantun-lantun bila lompat nak amik bola. Wakakakak. Layan badminton jap. Kejap lagi nal layan cycling - keirin. Lepas tu lah baru keluar agaknya, nak gi tapau nasi lemak Senibong yang orang dok kata sedap tu. Aku nak rasa apa yang sedapnya kan? Tapi Badin jangan lah nak cerita kat aku apasal kau dah stop makan nasi lemak tu. Tunggulah at least aku dah rasa 3-4 rounds nanti baru cerita ek?
Mengantuk pun ada ni. Jenis mengantuk yang light-light yang bila baca email tazkirah kat Berry, mesti terlelap punya. Hehehehe. Agaknya sebab pagi tadi Si Puaka hantar email dalam jam 1.30am sampai aku tak boleh tidur fikirkan apa aku nak reply. Aku reply dekat jam 3am. Dia mintak aku kasi details sikit to my one- or two-word answer to his questions. Tak puas hati lah tu. Aku lagi lah berasap tengok muka dia. Hari Rabu tu dia datang JB, 3 patah perkataan je aku cakap dengan dia, "ok", "2.30pm" dengan "yes". Khamis lepas banyak sikit sebab ada dua meetings dengan dia. Semalam, sepatah haram aku tak cakap. Email je.
Getting annoying laaa Si Puaka tu. I can't see myself working with him anymore. Dah takde respect langsung. Dengan his lack of knowledge about the functions of our department. Dah tu zero experience, ada skandal kat ofis, bodoh sombong dia yang susah nak communicate with other bosses dan selalu kutuk-kutuk atau rendah-rendahkan other bosses and even his bosses waktu meeting dengan kitorang.
Sebelum-sebelum ni, ada juga aku tak puas hati dengan bos-bos aku tapi it was made known to close friends and office mate je. Most importantly, aku still respect bos aku. Tapi dengan Si Puaka ni, all my office mates termasuk aku terang-terangan dengan semua orang yang kitorang tak suka dia. Even other bosses pun dok perli-perli and make fun of Si Puaka depan-depan kitorang. Dan bila kitorang ada dengar-dengar orang lain yang dah 'terkena' or tak puas hati dengan Si Puaka, it's like music to our ears.
Aku ada apply for vacancy in our Corporate Planning. VP CP dah review CV aku dan macam nak amik aku lah. After all, aku ada experience in CP, aku ada one or two projects aku buat dengan VP CP tu dan it's much easier to hire internally daripada to go through the process of hiring externally. Tapi, bila that VP CP bawak this matter to VP HR, the opinion is that it is going to be difficult since the company nampak macam losing out people because of relocation to JB.
One of VPs kat department aku pulak dah tender his resignation. Another VP is moving out as well. Kalau aku pun made my way out, it's 3 of 4 people. Tu yang ada macam problem sikit kat HR tu. Anyway, aku dah update CV aku. Dan in conjunction with this 500th entry, aku declare yang aku sekarang ni actively seeking new job. Bila nak dapat kerja baru, aku tak tau. Yang aku tau, it is not going to be easy. Tapi, aku sengaja tak submit aku punya employment confirmation form sebab bila aku tak confirmed, notice period is just 1 week as opposed to 3 months bila dah confirmed.
Itu je lah cerita hari ni. Have a good weekend!
Posted at 1:23 PM 3 comments
Wednesday, August 13, 2008
KL will never be the same again
Updated version… aku update ni sementara Si Puaka tu masuk office. Gila dia ni dah jam 11am pun tak masuk office lagi. Kalau nak drive dari KL pun, gerak lah seawal 5am, tak pun ambik laa flight jam 7.25am dari KLIA. Bangang! Takkan itupun nak aku cakap, kan? Hari tu bukan main sound kitorang, suruh discipline laaa… Bodoh! Bahlol! Baghal! Apa lagi B?!
Oppsss ter-emo pulak cerita pasal Si Puaka ni.
Anyway, korang tau aku balik KL last weekend kan? First of all, aku macam tak percaya yang aku akan ada two places to stay. Kalau turun JB, ada tempat tidur yang selesa (bukan Selesa Hotel, ok), kalau turun KL/Shah Alam, ada apartment aku di Shah Alam yang selesa. So, apa kata kalau aku start plan to have satu tempat tinggal yang selesa di setiap negeri aku pergi? Ok gak, kan? Lebih baik macam tu daripada aku pasang sorang girlfriend di setiap negeri, kan?
As aku amik flight balik KL last weekend, aku berkasih sayang dengan motor aku yang kurang belaian dan kasih sayang tu je lah jadinya. Motor tu lah transport aku gi kerja, jalan-jalan cari makanan, gi lepak dengan kawan-kawan. Waktu gi kerja, aku park motor aku kat Komuter Subang Jaya, pastu naik komuter ke Sentral, pastu naik LRT ke Menara TM. Dan waktu naik komuter tu lah yang aku terfikir, “KL will never be the same again.” Even sebelum naik komuter, perjalanan dari rumah aku ke Stesen Komuter tu pun, jem kat area Subang Jaya. Aku yang naik motor ni pun tersekat. “KL will never be the same again.”
Dalam komuter, punyalah sesakkk… pastu ramai pulak orang I*do. No offence to them tapi aku just wonder, dari mana laaa diorang ni dapat mood pagi-pagi nak berborak dengan rancak dan kuat sekali? Biasanya kan pagi-pagi orang ni kurang berborak sebab mood belum mari. Tapi diorang, punyalah kuatnya especially yang perempuan-perempuan. Sebab tu laa kot aku pernah dengar orang kata, perempuan ni ada dua mulut. Ekekekekeke….
Balik dari kerja, just a little bit better walaupun aku amik 8.30pm komuter. LRT is much better sebab aku lawan arus. By the time LRT sampai kat Sentral (towards Kelana Jaya), orang dah ramai turun. So, ok laaa… all these made me appreciate going to work in JB. Best gile! So, aku sekarang starting to love JB! Let’s see next week macam mana sebab I’ll be spending this weekend kat JB.
After all, banyak lagi tempat-tempat makan aku belum discover, tempat-tempat shopping mega-mega yang aku belum tawaf tujuh round tambah pulak Sutera Mall yang baru bukat 080808 tu dan jugak Si Chaom ni yang belum jumpa-jumpa aku lagi ni. Siap dia, dulu bukan main excited aku nak datang JB!
Tapi, I still need nasi kandar laaaaaa huwaaaaaa. Kawan aku Si Badin ada call hari tu, after hearing my distress over the unavailability of nasi kandar kat JB, dia kata ada satu yang dia discover dekat dengan Hospital Pakar Johor and suggest aku to try that out. Nantilah ye aku try. Hari tu aku lupa pulak nak jumpa tokey Nasi Kandar Utara tu suruh bukak branch kat JB sebab hari tu aku tapau je nasi kandar, so tak teringat pulak.
Aaaa… thanks Ombak bawak aku gi makan nasi ambeng kat area Stesen LRT Damai dan juga bawak aku gi jalan-jalan kat Pasar Keramat, survey kedai kat mana aku nak tempah capal untuk dipakai waktu bersanding nanti. Oppsss…. ni gambar nasi ambengnya….
Sedaaaapppp nasi ambengnya. Cuma aku tak berapa minat serunding manis dia sebab bagi aku, nasi ni macam tak kena kalau makan dengan benda manis-manis ni. Sebab tu aku tak minat makan acar buah ke, pajeri nenas dengan timus yang manis tu ke, kismis letak dalam nasi minyak ke… Lontong kat situ pun sedap jugak, kata Ombak. Siap nasinya dibungkus dalam daun pisang. Tapi aku tak sempat nak rasa laaa sebab dah kenyang dan malas pulak nak tapau.
Ahad tu seharian sampai ke petang tak keluar dari rumah, memerap je kerjanya. Tiba-tiba datang craze for laksa pulak petang tu. Biasanya aku makan laksa utara kat tepi Tesco Extra belakang rumah aku. Dia ni bukan kedai/gerai tapi van je yang jual cendol sekali. So, makan jenis duduk atas bangku plastic sambil menadah je laa. Tapi sedaaapppp sampaikan time aku sampai 5.45pm tu dah habis pulak laksanya. Berkeliaran lah aku mencari laksa, mula-mula ingatkan nak ke OldTown je tapi tak sedap sebab tu laksa Penang. Nak pergi Pak Yob kat Menara TM, sure tak bukak hari Ahad.
Aku pun pergi Shah Alam, dekat-dekat Proton tu. Dulu ada jugak aku rasa laksa sedap jual dari van jugak, kat seberang padang bola Proton tu. Agaknya laksa yang jual dari van ni sedap-sedap belaka sebab masuk habuk-habuk lori, kot? Tapi, takde pulak van tu meniaga lagi… so, macam punah je laaa harapan aku.
Aku pun singgah rumah Des, kot-kot wife dia, Aisyah ada masak laksa hari tu. Wakakakak. Aku sampai je kat luar rumah dia, aku tanya, “Kau buat laksa tak hari ni?” Lepas dia kata takde je, aku tanya, “Kat mana best? Aku cari semua tempat takde ni…” padahal dua tiga tempat je kan. Dia pun suruh aku try Restoran Jerai, restoran baru gak laaa.. dia ni amik tapak kedai akuarium yang aku selalu beli makanan arowana aku dulu. Sejak aku let go arowana aku, aku dah takde datang area-area tu so aku tak sure bila restoran ni bukak. Dapatlah jugak aku makan laksa walaupun terpaksa nak tunggu 15 minit dia nak panaskan kuah. Yelaaa dah dekat jam 7pm, dia dah padamkan api dapur tu.
Verdict.... BESTTTT menepati selera aku! Ni gambarnya...
So, kalau aku dapat jumpa nasi kandar sesedap Nasi Kandar Utara dan laksa utara yang sedap kat JB ni, aku rasa complete laa life aku kat sini… tak pun jumpa calon isteri yang pandai buat nasi kandar dan laksa utara, lagi complete kan? wakakakaka….
Lagi satu, next entry aku ialah entry ke 500, korang ada apa-apa suggestion tak untuk aku tulis entry ke-500 aku ni? Suggestion yang terpilih, nanti aku belanja atau tapaukan murtabak Singapura.
Ok, adios!
Posted at 11:41 AM 10 comments
Tuesday, August 12, 2008
Mengantuk mengeri
One of the scariest thing that happen in life, especially bila dah 30s ni, is to have a sleepy taxi driver driving you to airport at 140km/h.
Bila taxi driver tu dah start kelip-kelip mata, gonyoh-gonyoh mata, geleng-geleng kepala, badan dah rapat ke stereng kereta, aku tau dah dia mengantuk.
And if you don't want to be sleepy in a car ride, have a sleepy driver driving you. I swear mata kau terbeliak je tak mengantuk. Aku pun yang mengantuk bangun jam 5am dan tidur-tidur ayam je ni tertegak kejung jadinya badan aku. So kalau bini korang asyik tidur je duduk sebelah dalam kereta, korang buat-buatlah mengantuk.
Cuak aku jadinya. Sampaikan aku tertanya dia, "Mengantuk ke? Boleh tak ni?" Dalam hati, siap aku cakap kalau dia nak aku drive kan pun aku sanggup. Anyway, selamat juga aku sampai kat KLIA. Dan aku pun tips dia sikit. Yelah sebab aku tau dia mengantuk pun sebab dia tak cukup tidur kejar trips kan, nak kasi anak bini makan.
Hmmm... dan antara benda-benda yang aku tak suka bila kat airport ialah bila kena togelkan saku aku bila nak masuk departure hall. Macam-macam lah nak kena letak dalam bakul, wallet, phone dua ketul, kunci kereta, pen, syiling, cincin.
Dah le bila lepas scan tu, orang belakang tak menyempat-nyempat aku nak letakkan balik barang-barang aku di saku semula. Nasiblah bulu-bulu ketiak dan bulu-bulu lain bukan daripada besi. Kalau tak, tak ke penat nak cabut sehelai-sehelai masuk dalam bakul?
Lagi satu aku tak suka bila change of boarding gate. Macam Yuan Yufang masuk acara lumba jalan kaki kat Olimpik aku ni jadinya.
Oklah boarding time, adios. Bon voyage. Chewah, tetiba jadi French!
Posted at 7:06 AM 2 comments
Thursday, August 07, 2008
Sirih pulang ke gagang
Sirih...
Tiba-tiba teringat aku dulu-dulu kalau kat rumah Opah aku kat Grik, selalunya lepas makan malam, temankan Opah aku makan sirih sambil cerita-cerita. Tapi sekarang ni aku tak berapa ingat yang aktiviti tu masih diteruskan ke tidak? Aku rasa tak kot, sebab one of the reasons, kat rumah tu dah ada tv dan Astro.
Dulu ada juga TV tapi kat bahagian depan sekali rumah Opah aku tu. Rumah Opah aku panjaaaaangggg.... dari bahagian depan sekali sampai ke dapur, ada tiga tangga kena turun/naik. Sekarang ni tempat Opah aku lepak-lepak makan sirih dulu tu dah jadi tempat tv untuk cucu-cucu nonton.
Gagang...
Aku tau gagang telefon je. Dulu puas aku nak convince kan diri aku yang ejaan sebenar ialah ganggang, bukan gagang. Macam tahpahapa je gagang... macam tak sempurna je, macam orang sengau je bila sebut perkataan tu.
Anyway...
Aku balik Shah Alam malam ni.... Yihaaaaaaaa.... Syok tak terkata nih, sebab lepas ni dua weekend aku ada aktiviti kat JB, so tak boleh balik Shah Alam dah. Boleh aku makan nasi kandar Utara ni. Itu penting! Dan yang lebih penting lagi... aku terlupa nak buang sampah kat apartment aku hari tu sebelum aku gerak ke JB Sabtu lepas. Mati laaa berbau apartment aku, tapi benda basah yang ada dalam tong sampah tu just susu kotak dan orange juice dalam kotak je... takkan berbau jugak dak?
Lagi satu, korang ingat tak dalam entry lepas-lepas yang aku kata ada sign board KFC yang sambut kedatangan aku ke JB Sabtu lepas? Korang bayangkan kalau tiba-tiba kat Sintok ada sign board ni. Happening kau!!! Mau puasa sunat orang-orang Sintok sementara tunggu KFC tu bukak. Wakakakakak
Ok, adios!
Posted at 5:12 PM 4 comments
Wednesday, August 06, 2008
Kantoi dan Kandar (Part II)
(update from... tidak lagi dengan BlackBerry sebab internet connection kat office aku dah up! Yeahhhhh!!!)
Sebulan yang lepas waktu aku baru-baru confirm nak menyewa kat apartment yang aku menyewa sekarang ni, orang lain semua dok kata jauh laaa, pagi-pagi jem laaa... aku pun ada laa tanya diorang berapa minit dari apartment sewa aku ke office? Diorang kata 20-30 minit. Hmmm... takde lah lama mana pun untuk perjalanan sejauh 20km sebab kalau pergi kerja dari Shah Alam ke KL pun minimum 40 minit untuk perjalanan sejauh 17km.
Yang diorang duk kata jem nak ke apartment sewa aku tu disebabkan Jambatan Permas tu yang dua lorong. Jambatan tu tinggi, jadi merangkaklah jugak nak naik. Lagipun jalan yang approach the bridge tu merge dari dua lorong sehala kepada selorong. Itu yang jem sikit tu. Kalau tengok peta ni, korang boleh nampak macam sungai yang memisahkan area apartment sewa aku, i.e. Permas Jaya dengan bandaraya JB. Tu yang kena ikut jambatan tu.
Ni pulak gambar jambatan yang scenic tu. Scenic ke?
Dan pernah juga kawasan nak ke apartment sewa aku tu banjir suatu waktu dulu, banjir yang teruk. Alternatively, pemandu-pemandu akan gunakan Lebuhraya Pasir Gudang yang jauh sikit lah dan jalan dari exit lebuhraya tu ke apartment sewa aku agak crowded dengan dua lorong kat one of the stretch.
Dah tiga hari ni aku keluar dari rumah jam 7.40 pagi dan sampai ke office within 30 minit. So, ok laa kan sampai sebelum 8.30am, sebelum waktu kerja mula. Kalau kat KL dulu, jam 8.30 pagi tu aku baru di kilometer ke-5, lagi 12km to go... wakakakaka... Aku suka juga perjalanan ke office aku ni, very scenic especially along the stretch yang tepi selat, approaching Danga Bay. Segar je mata memandang. Kalau dulu, kiri kanan kereta, bangunan je. Kalau ada awek cun kiri kanan pun, tengah korek hidung laa tengah kepam-kepam bibir pakai lipstick laa...
Ni aku amik video perjalanan yang sungguh scenic bagi aku tapi sorry laa ada bumpy sikit, paham-paham laaa jalan kat JB...
--------------------
Part II: Kandar
Kalau korang perasan dan kenal aku, aku ni agak hantu jugak dengan nasi kandar. Yang paling aku suka Nasi Kandar Pelita. Tapi 3 hari sebelum aku pindah JB, aku discover nasi kandar yang lebih power dari Pelita iaitu Nasi Kandar Utara kat SS15 Subang Jaya. Meleleh syeh! Tapi yang air liur aku duk meleleh je ni sebab kat JB ni takde nasi kandar. Huwaaaaaaaaaa....
Tapi takpe, Sabtu ni aku balik KL! Yahooooooo!!! Aku nak makan nasi kandar 1 round. Lantak laa kat Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang ada pesta buah-buahan ke kat Singapore ada National Day Parade ke, aku tetappp nak balik KL nak makan nasi kandar! Dan aku nak makan nasi ambeng, tu pun kalau Ombak free... aku nak kena solat hajat ni, mintak Ombak free Ahad ni... Geng-geng Reban tak nak buat gathering ke sempena aku balik KL dan sempena nak bahagi-bahagikan souvenirs dari Bandung ni? Kekekeke....
Posted at 9:31 AM 6 comments
Tuesday, August 05, 2008
Kantoi dan Kandar (Part I)
(updating dari BlackBerry lagi, Internet line masih tak up. Yang up hanya cater Outlook je...)
Part I: Kantoi
Aku dapat messenger message dari delinn. Dia kata, "entah-entah housemate kau ni husband kawan aku?!"
Ceritanya macam ni, dalam entry yang sempena perpindahan aku, kawan delinn ni ada tinggal komen lebih kurang macam ni, "entah-entah deo tu kerja sama company dengan husband I yang kena relocate ke JB."
Dan bila delinn baca entry aku yang semalam, cerita part homesick housemate aku ni sama macam entry kawan dia pasal husband dia homesick. Cuma entry kawan dia lagi syahdu, syeh! Sampai berlinangan air mata housemate aku ni yang husband kawan delinn (ahh... complicatednya talian kekeluargaan aku dengan delinn) homesickan family kat KL.
Dan aku buat perjanjian syaitan dengan delinn nak rahsiakan discovery kitorang ni daripada housemate aku dan kawan delinn. Ye laa kan, syok jugak aku baca cite housemate aku sampai menitiskan air mata ni. Nanti kalau kawan delinn dah tahu siapa aku, mesti dia tak tulis part yang censored kan.
Tapi tadi, waktu nak gi lunch housemate aku tanya, "kau ada blog ke?" Aku pun terdiam dan aku tanya balik, "sape cakap?" Housemate aku kata, "wife aku..." Kekekekkek dan bermula lah sesi menrevealkan segalanya. Housemate aku terkedu je bila aku cakap, "Kau nangis ek? Kau nak beli Captiva ek? Kau beli peti ais besar ek ganti peti ais kecik yang kau pakai sejak kawin dulu?" Dan banyaklah lagi.
Sampaikan housemate aku kata, "Amboi! Semua kau tahu ni..." Aku kata, itu baru aku baca satu entry, belum lagi aku baca archive. Wahahahahaha....
Sambung later. Adios!
Coming up Part II: Kandar
Posted at 2:04 PM 3 comments
Monday, August 04, 2008
3 minutes and 15 minutes
Updating via BlackBerry from Sedap Corner, over tea and dinner. Office aku masih lagi tak stabil data line, phone line, air cond. Everyone macam takde mood nak bekerja especially when the bosses are away meeting in Singapore.
So, memang aku termenung buat bodo je lah hari ni, nak buat kerja tak boleh, nak buat-buat kerja sambil surfing internet dan chatting pun tak boleh.
Q: Apakah perbezaan antara 3 minit dan 15 minit memandu?
A: Jusco setingkat dan Jusco 4 tingkat!
Hahahah.. Sedar tak sedar, aku dah melalui satu weekend di JB. Yang paling amazingnya, dah 4 trips aku ke Jusco. 3 kali ke Jusco setingkat yang 3 minit je dari apartment aku dan sekali ke Jusco 4 tingkat yang ada TGV, 15 minit dari rumah aku. Tapi aku tak berapa explore lagi lah stores apa yang ada di Jusco besar tu.
To tell korang the truth, aku dah settled down dah emotionally. In fact, pagi tadi aku bangun dan keluar pergi kerja lebih awal dari kebiasaannya di KL. Semalam, while waiting housemate aku tiba dari KL, aku dah furnish kan dah apartment aku dan excited jugak lah tunggu housemate aku.
Sekali tu housemate aku macam tak excited pun. Aku volunteer tolong dia angkat barang dari kereta. Rupanya dia just bawak satu beg plastik besar, 5 pasang baju gantung kat hanger, kasut dengan laptop je. Rupanya mind dia pulak yang tak set nak pindah. Kalau tak sebab ada majlis tahlil petang semalam, mau dia gerak ke JB pagi tadi je.
Malam semalam, aku ada buat DIY, pasang small cabinet nak letak kipas. Air cond ada tapi aku tak berapa minat tidur berair cond ni sebab kerasss je anggota badan aku ni, bahaya tak tau nak tala ke mana.
Housemate aku pun tolong-tolong lah aku buat DIY. Sambil tu, dia tanya aku, "Sunyilah rumah ni. Selalu aku dengar anak-anak aku bising." Aku senyap je. Dia sambung lagi, "kau biasa sunyi macam ni ke?" Aku pun dengan kerasss hati aku jawab, "aku biasa je...". Kekekeke
Hari ni, colleagues aku semua macam homesick kat family kat KL. Semua macam mandom je. Sampaikan bila lalu satu tunnel tu, semua kata "weh, kita kat KLCC ni..." tahap kritikal colleagues aku ni.
Ehh ok lah, fish ketiaw aku dah sampai. Nanti habis pulak colleagues aku rasa sorang sikit ni. Sambung later. Adios!
Posted at 7:09 PM 3 comments
Sunday, August 03, 2008
Arriving in JB
Aku gerak dari SA jam 9am, syahdu sheh... Sarat barat kereta aku ni dengan barang-barang aku, tapi tak sesarat dengan barang-barang Ima waktu gi Balok dulu. Perjalanan smooth sekali, seperti merestui perpindahan aku.
Aku exit dari Pasir Gudang highway sekitar jam 1.15pm. Radio kat kereta aku dah preset no. 1 dengan channel Best 104 dah! Orang Johor, beb... First sign board yang very significant aku nampak was "KFC Permas Jaya, 3km" takdelah significant apa sangat kan? Tapi kalau orang Sintok tetiba nampak signboard tu kat Sintok, mau beraya makan KFC, mau tutup restoran-restoran lain kat Sintok tu.
Then, I saw Jusco on my left. Biarlah setingkat je Jusco Permas tu, jadilah. Sampaikan kat traffic light tu, aku tau yang apartment aku kena terus, tapi aku terbelok ke kiri ke arah Jusco tanpa disedari. Adehhh terpaksa buat u-turn.
Sampai di apartment, sign agreement, inspection sedikit sebanyak, owner serahkan kunci, aku pun ulang alik turun naik lif angkat barang-barang aku, unpack everything kecuali pakaian-pakaian aku. Ready to live dah, cuma ada few things yang nak kena beli lagi.
Then, kawan aku yang dah 9 tahun tinggal di JB ajak aku dinner di Jusco. Aku pun keluar awal sikit pergi beli barang-barang yang tak cukup tadi termasuk bantal mahal 2 biji. Owner bagi 2 biji je, pillow case aku ada 4 helai. So, kena beli lagi 2 biji lah kan. Lagipun bantal yang Owner provide tu alaaaa buat lapik tumit aku je lah. Aku pun dinner dengan member aku kat OldTown, yes delinn OldTown.
Member aku ni cikgu, tapi sekarang dah masuk Pejabat Pendidikan Pasir Gudang. Dia jaga bahagian guru ganti macam tu lah. So aku tanya lah apa kelayakan kalau nak jadi guru ganti, dia kata SPM je. Aku pun tanya lah, kalau aku amik cuti seminggu then jadi guru ganti boleh tak? Dia kata boleh! Subjek apa? MUET sebab tempat dia yang kosong tu pun belum berganti.
Since ramai betul kawan-kawan aku lately masuk line teaching, kalau aku try ok jugak kan? Mana tahu, aku pindah JB ni siap pindah profesion sekali. Korang rasa students aku akan suka tak kat aku nanti jadi cikgu diorang? Wakakakaka
Posted at 11:40 AM 11 comments
Saturday, August 02, 2008
Danga Bay... aku kembali
Dulu...
Tahun 2005, waktu aku jaga team bolasepak Proton. Aku adalah dua tiga kali turun JB, waktu away game lawan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang United dengan emmm... Syarikat Air Johor waktu tu main kat Kota Tinggi.
April 2005, away game lawan MBJB. Main kat padang yang dekat dataran yang dekat Hotel Hyatt tu. Tengahari sebelum game, players kena rehat selepas lunch. AJK boleh jalan-jalan cari rumah urut recce padang dengan routing.
Lepas lunch, kitorang tiga-empat kerat AJK jalan-jalan singgah ke Danga Bay. Ada yang sebut Da-nga, ada yang sebut Dang-ga, ada juga yang sebut Dunga <-- peminat fanatik Brazil laa, siapa lagi?!
First time waktu tu aku sampai ke Danga Bay! Best je rasanya. Siap ada bot! Siap amik gambar background bot! Waktu tu singgah, jalan-jalan, snap sesekeping dua gambar dan singgah beli air je. Tak duduk-duduk, minum-minum atau makan-makan pun.
Dan paling aku tak sangka dan tak terfikir nak terjadi... aku akan kerja kat sebelah tu je satu hari nanti. Sebelah tu maksud aku, walking distance je. Tak sempat pun kelengkang atau ketiak nak berpeluh kalau berjalan kaki.
Come this Monday, aku akan tengok Danga Bay ni tiap-tiap hari bekerja. Tak terfikir langsung tahun 2005 dulu tu...
Posted at 5:59 AM 1 comments
Friday, August 01, 2008
It's time to say.... uwaaaaaaa
Relatives, Colleagues, Comrades and Friends,
As many of you are aware, I took up a new job some 3 months ago. Fortunately, the office for the new job is located in the same building as my previous workplace. And as I still work and live in Klang Valley, I didn't feel like I was in a new workplace since I was still surrounded by familiar faces, helpful hands and great minds.
While settling down in a new workplace is indeed difficult, relocating to an unfamiliar territory is more intractable. But the time has come. On 2nd August 2008, I’ll officially move to Johor Bahru after months of exhausting travelling between KL and JB.
Nothing is harder than saying goodbye to all the lovely people I’ve met and worked with. But somehow I know, we’ll meet again although I’m not quite sure where and I don’t know just when. This blog is still here, at least. Do call me whenever you’re in JB. I’ll take you to the best nasi lemak in JB and the best tomyam outside Bangkok - so far I only know these two places but I’ll fast track my JB (and Batam?!) food discovery.
Last but not least, please do forgive me for anything I did that hurt anyone of you at any point of time and wish me luck on my endeavors!
You're all in my heart, so until then… it's time for saying goodbye.
Adios amigos
“Dreams are always high up in the sky, unreachable and frightening. But this is the path that I will take where I believe there lies my future. This is my own story and I will still continue to pursue.”
--------------------
Saudara-mara, sahabat handai, bapak-bapak, ibu-ibu dan semua yang ada di sini,
Ramai antara korang tau yang aku ada bertukar kerja lebih kurang tiga bulan yang lalu. Untungnya, tempat kerja baru aku terletak dalam bangunan yang sama dengan pejabat di tempat kerja yang lama. Jadi, tak terasa seperti terasing sebab aku masih lagi tinggal dan bekerja di Lembah Klang, dikelilingi oleh korang dan kawan-kawan aku yang tak reti baca blog aku, yang sentiasa berada di sisi bila diperlukan, yang sentiasa menghiburkan dan menyenangkan.
Namun, setelah antara pejabat di JB dan KL, kini masanya telah tiba. Pada 2 Ogos 2008, aku akan berpindah secara rasmi ke Johor Bahru.
Bukan senang untuk mengungkap kata-kata perpisahan. Namun jauh di lubuk hati, aku yakin kita akan bertemu lagi suatu hari nanti, walaupun aku tak pasti di mana dan bila tiba masanya? Paling koman/kokak, blog ni masih hidup, kan? Jika ada kesempatan turun JB, jangan lupa calling-calling untuk semangkuk tomyam terhebat di luar Bangkok, atau sepinggan nasi lemak terhebat di JB ataupun biarlah sekadar secawan kopi O untuk melepas rindu dengan korang.
Andai ada kesilapan dan kesalahan, tersilap kata yang pernah mengguris hati sesiapa, ampun dan maaf aku pinta. Doakan kejayaan aku mengejar cita-cita. Andai juga ada sesiapa antara korang yang pernah copy lagu-lagu mp3 dari aku, aku nak nyanyi sikit…. “bila… aku sudah tiada…. simpan semua laguku jangan ditangis selalu; mungkin… ini sementara…. bila jumpa penggantiku, jangan dilupakan aku….”
Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, jangan disimpan di dalam peti; kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti; kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.
Ok, adios!
Wassalam
Posted at 2:30 PM 9 comments