Actually, the original title for this entry was "Birthday lagi..." tapi aku tau korang dah jelak baca blog aku dua tiga hari ni asyik entry pasal birthday je. Hahaha, nak buat macam mana, dah orang nak celebrate my birthday this way, aku pasrah je lah. :-D
Okay back to the story...
Reban taggers berkubang untuk kesekian kalinya di Ayam Gols di Pantai Dalam setelah agak lama tak berkubang di situ. Buktinya, pakcik yang selalu ambik order dan melayan kerenah kita-kita, takde malam tu. Apa jadi dengan pakcik tu? Kena sacked ke? Atau dia pergi haji? Atau dia bukak cawangan baru? Atau dia pergi New York jumpa makcik Jenny atau Mei Mei?
Okay back to the story...
Perkubangan kali ni adalah untuk meraikan Awie, DJ tersohor dari fungkurfm (pronounced as 'funk-ker-f-m'). Promo sikit... fungkurfm, bukan sekadar berhibur, dengarkan sampai tersungkur, merupakan sebuah radio online yang telah memulakan operasi sejak tahun 2004. fungkurfm menampilkan koleksi lagu-lagu hebat sepanjang zaman dan anda juga boleh membuat request dan dedication lagu melalui website fungkurfm. Profile DJ fungkurfm juga boleh didapati di website tersebut. Check it out!
Ish lari lagi dari tajuk, okay back to the story...
DJ Awie, yang berpengkalan di Doha, ialah DJ popular di kalangan reban taggers. DJ Awie lah tempat diorang ni melampiaskan nafsu diorang nak dengar lagu-lagu diorang sampaikan satu ketika tu, fungkurfm ni macam dah jadi rebanfm pulak. Jadi, memang tak patutlah kalau tak diraikan DJ Awie ni...
Selain daripada itu, banyak jugak hidden agenda petang tu. Antaranya, untuk memperkenalkan kawe kepada kiahronggeng ahlil reban. Too bad, kawe demam and couldn't make it, tapi bayaran untuk tok kadi terpaksa aku jelaskan juga walaupun tak jadi majlis penikahan tu.
Dan aku pun tak expect Awie nak bawak kek untuk bithday aku, so aku dengan ngilunya gigi aku, potong kek tu. (Dah, aku tak nak cerita banyak-banyak pasal birthday aku, korang dah jemu kan? Dengan Kuntum aku bagi hadiah tu, lepas tu office mates aku belanja kat Carl's Jr yang burgernya super duper sedappp tu, lepas tu petang tu aku gi Little Penang lagi celebrate potong kek lagi dgn tiga ahlil reban, malam tu aku lepak lagi berembun, pastu keesokannya dapat pulak package dari perantauan... dah dah korang dah tak nak dengar semua tu kan?)
Dan seperti biasa, agenda yang tak hidden, sesi bergossip lah yang dipengerusikan oleh Cik Wokz, memang sesuai dia ni duduk kat kepala meja, senang dia nak toleh kiri dan kanan, lepas tu dia bagi komen dia.
Okay, nah gambar from yesterday's gathering...
Haa... jangan nak komplen kecik, sape suruh tak datang?
Yang datang tapi komplen jugak, hmm korang dah ada kat situ semalam nak tengok apa lagi? :-)
clockwise from top, left most...
1. December babies, Awie dgn aku...
2. Apa kat pipi kau yang tersembul tu delinn? Boleh jual gambar ni kat syarikat jual ubat jerawat ni...
3. Arc, LB dan Serindit tengah buat mind-mapping, berapa besar kek diorang nak bedal...
4. Tatkala Arc cucuk lilin yang besar je, kiahronggeng pekop mulut, kenapa tah?
5. Lit up...
6. Ada je dia ni nak enter frame, tak senang aku nak pecah tanah...
7. Baru je lepas berazam sempena hari jadi untuk kurang bergossip...
8. Yes 31 inche' inche' dan mak inche', kenapa tak percaya ke?
9. Sempat touch-up tu sementara menanti ketibaan Awie...
10. DJ Awie, dan DJ freelance (boleh kedengaran di fungkurfm dan Sinar fm)...
11. Pemotong kek tegar, "Ini besar sikit ni untuk kawe..."
12. Arc, kalau anniversary nanti kau nak buat entry tapi takde gambar sebab LB terlupa nak celebrate, kau guna gambar ni pun ok...
13. Yo peace Yo... two-piece swimsuit from Alangz and Poii...
13. Kong and Awie, tengah discuss bila nak melibas menebas...
14. kiahronggeng sedang memilih gambar untuk dititip kepada kawe...
15. Semua yang hadir (minus LB amik gambar dgn Elf dah balik, jumaat malam katanya). Gambar ni dah censored ye delinn...
16. Semua yang hadir lagi (minus serindit amik gambar). Rahang aku tengah cramp tu banyak sangat bergossip.. hahaha...
17. Alangz, seperti biasa pening kira duit, tu baru tak sampai RM10 sorang, belum kira duit hantaran nak bagi Zure yang beribus-ribus tu...
18. Haa... apa yang buat Elf terjojol tu?
19. Orang tua-tua kata, tak baik bercakap waktu makan. Delinn kata, "Saya bukan makan, saya minum. Lagipun bercakap dgn bergossip tu tak sama kan?"
20. Haa... oleh kerana Cik Wokz tu asyik nak enter frame je, biar aku frame gambar dia nanti (hadiah aku dapat tu...)
21. Majlis penutupan rasmi... ni pun tinggal sikit je leftover setelah Poii mengerjakan bahagiannya...
Thanks Awie, thanks everyone!
2 comments:
Deo, sori sbb x boleh datang party berkubang ayam gols tu.. Anyway, happy belated birthday to u.
Laaa Rol,apa sal description gambar2 tu font dia kecik molek? *eh,lupa bagi salam* Aslkum BroRol.Nampak gaya nya every December or end of the year will be a fun-filled month bcoz not only celebrating your birthday but also the Year-End-Sale *ada kena mengena ke?*hehe! itu tak termasuk birtday celebration kat Putrajaya dgn BroLans lagi *ada-kah atau sudikah?*
Have fun Bro.Wsalam
Post a Comment