Hari ni 1hb Januari 2009.
Aku kerja hari ni. Mana ada triple OT?! Ye, Johor tak cuti pada 1hb Januari. Nanti Johor cuti pada Hari Hol (29hb Julai) dan Awal Ramadhan (22 Ogos), aku akan gelakkan korang. Heheheh...
Sekarang jam 7.32pm. 1hb Januari 2009. Masih ada orang kat office. Facebook-ing agaknya. Aku terdengar bunyi pili air. Ada orang ambil wudhu. Ok lah tu. Yang aku dengar bunyi coffee machine brewing tu apa? Ada lagi ke orang amik kopi jam-jam sebegini? Macam nak countdown 2hb Januari je gayanya tu. Aduuuhhhh...
Aku tak ingat bila last aku bekerja pada 1hb Januari. Tak mungkin dalam masa sembilan tahun lepas. Tak mungkin juga di University Dining 11 tahun lepas sebab semester belum dibuka lagi pada 1hb Januari. Mungkin 14 tahun lepas, waktu aku kerja lepas SPM di The Store Ipoh. Triple OT + kerja 11 jam pulak hari tu.
Malam semalam. Ada countdown di Dataran Festive Mall, JB. Company aku jadi co-sponsor. Ada macam-macam program. Artis pun ada - kumpulan Kristal, Def Gab C dan Wings. Agaknya diorang ni dah takde sape nak jemput untuk countdown show kat KL?! Anyway, aku tengok jugak bunga api. Tapi, dari atas katil aku je. Hari ni kerja, beb. Mental kena prepare, tidur awal.
Tengahari semalam. Waktu Malaysia. Oregon Ducks defeated Oklahoma State Cowboys 42-31 in Pacific Life Holiday Bowl, San Diego. Aku tak pergi San Diego. Tapi aku dengar live commentary je. Ter'pump fist' jugak aku bila Ducks dapat touchdown or first down or force Cowboys to punt. Jadi le...
Aku terdengar lagi. Satu suara, "balik laa... baca Yassin, malam-malam Jumaat ni!" Ok lah, aku balik dulu. Baca Yassin belum tentu, malam Jumaat dah tentu...
Selamat tahun baru 2009!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
happy new year ..... nice blog ... i enjoy reading it... tq
Wohoho padanla belum balik lg time msg Facbook pukul 6 lebih. Tgh blogging seram2 sejuk ek? hehe
Post a Comment