Sunday, January 04, 2009

Weekend yang great!


Sekarang ni aku kat Tebrau City Mall. Kononnya mall yang paling happening kat JB. Namun, bagi aku tak sehebat Sunway Pyramid, mall favorite aku laa. Aku rasa setanding 1/3 je dengan Sunway Pyramid tu.

Weekend yang great? Best ke? So far, it has been great la. Mana taknya? Sabtu dengan Ahad aku duk tidur siang je. Dalam jam 11 pagi, terlentok-lentok sambil nonton tv, tidur sampai Zohor. Lepas Zohor, tidur lagi membawalah ke lepas Asar. Ya salammmm mana tak greatnya, hari-hari lain bukan dapat buat macam ni kan?

So, hari ni aku tekad untuk tak tidur lepas Zohor. Aku nak gi bioskop lah, tengok wayang. Dah le aku terlepas movie Body of Lies, takkan Australia pun aku nak terlepas jugak? Aku ni, jenis yang takde lah terkinja-kinja nak nonton filem on the opening day. Lagi lambat lagi bagus sebab tak berapa ramai orang dah. Biarlah semua orang dah tengok, dah kasi review. Aku tak kisah. Tapi, kekadang tu sampai dah tak main lagi lah filem tu kat bioskop jadinya. Lagipun, orang Malaysia ni kalau nonton ramai-ramai, banyak yang jadi perak macam tak pernah ke bioskop.

Sementara tunggu masuk waktu wayang ni, aku lepak kat bench berdepan Toys "R" Us ni. Dari luar aku tengok, kecik je kedainya. Tak sebesar yang kat Subang Parade pun.

Dalam waktu aku duduk sini, dah nak dekat sejam dah pun. Bersilih ganti orang duduk sebelah aku ni. Dan dalam waktu aku duduk ni, macam-macam yang aku terfikir. Buatnya aku sandar kuat-kuat, pastu kerusi kayu ni patah pastu cermin belakang ni pecah, pastu aku jatuh ke bawah. Adehhh.... pastu pulak, sebelah Toys "R" Us ni kedai Tomei. Aku tak nampaklah pulak security dia. Buatnya laa ada rompakan bersenjata, pastu aku dijadikan hostage. Adehhh... fobia berada di tempat awam dah jadinya aku ni.

Pastu, aku dok perati laa orang yang keluar dan masuk Toys "R" Us ni. Macam-macam barang diorang beli. Ada besar, ada kecik. Pastu, fikiran jahat aku pun tercetus. "Yang beli toys ni mesti Singaporean. Yang keluar berlenggang tak beli apa tu mesti orang Malaysia." Hiks, jahatnya fikiran aku ni. Kalau yang shopping kat KL tu orang Malaysia, kot?
Jangan marah beb.

Sebelum orang ke 30 datang duduk sebelah aku, aku gerak dulu laa gi kedai diamond. Sesuatu!


4 comments:

Kujie said...

kesian sungguh.....

Lord Budak said...

ko belikan berlian utk mak ke deo

Deana said...

Ehem..macam ada sesuatu sudah.. Facebook dah pakai baju putih.. kemudian dah masuk kedai diamond..lepas nih masuk kedai bunga plak ek? Hu Hu Hu

all jazzed up said...

Diamond.. diamond... diamond... hehehe

Related Posts with Thumbnails