Monday, January 12, 2009

Crying and sensitivity


I cried many times in my life.
But, there are few times I cry or almost break down to tears bila aku melihat/mensaksikan satu detik kejayaan atau kemenangan, regardless aku terlibat secara langsung atau tidak.

The first time yang aku dapat ingat ialah waktu aku dapat result UPSR aku. Waktu tu aku tak ingat siapa yang ambik results UPSR aku dari sekolah, maybe abang aku. Aku waktu tu terbaring kat rumah, tak boleh bergerak. Ekekekeke aku baru lepas bersunat time tu. Lepas dari tu, dapat results SRP ke SPM ke dapat degree ke, takde laa aku ingat yang aku menangis.

Then, another time yang aku dalam keadaan macam tu (keadaan almost menangis, bukannya baru lepas bersunat) yang aku ingat sangat ialah waktu kat Stadium Malawati Shah Alam. Waktu tu aku kerja kat Proton and it was the launch of Proton Waja in 2000. Entah waktu aku tengok Tun Mahathir (kalau tak silap aku) unveil the car, aku rasa macam bangga sangat. Logik lah sebab waktu first launch of Proton Saga in 1985 circa, aku ada jugaklah bangga gila.

Eventhough I was in Standard Three, aku ingat lagi yang ada konvoi Proton Saga merentasi Jambatan Pulau Pinang, pastu few years later Proton launched Proton Knight, pastu ada demonstrasi segala macam tu. Then, aku dengar cerita mak aku sibuk-sibuk join geng-geng UMNO dia gi majlis pecah tanah kilang Tanjong Malim dengan tempat tu panas gila pastu kena menapak sebab bas parking jauh. So, I could say it was one proud moment lah to be part of the team.

Sekarang ni pun, ada lah few occasions yang buat aku bangga dan nak menangis. Mungkin sebab dah makin berumur ni, ada orang kata you become more sensitive when you gets older. Tapi kadang-kadang tu, rasa macam ridiculous pulak sebab occasion tahpahapa je nak menangis. Lee Chong Wei menang Malaysian Open pun aku rasa macam nak menangis, boleh?!

Dah tua agaknya, aku ni?
Tapi buatnya Lee Chong Wei kalah, maki hamunnya mengalahkan remaja laa pulak!
Hahahahahaha......


5 comments:

Deana said...

Lepas Deo membeli 'sesuatu', sepi seketika blog nih. Persiapan sesuatu? ngeh ngeh

sity29 said...

ko dah tua la bro!! :P ngaku je le!!
tua tapi tetap comel (ayat cover baekkkk punya!!)

jojetjojet said...

adekah ko terasa sebak.. (bila sity kata ko org tua...)

.. aku nak ckp ape sebenonye tah.. kusut~*..

all jazzed up said...

aku pun suka nangis. tapi memang. aku memang drama. nak buat camne. tengok iklan especially... suka sgt nangis...

fara.am said...

aku, even masa tgk pengantin2 atas pelamin ditepung tawar oleh parents dorang pun aku syahdu, sebak .. ala2 bergenang gitu airmata .. hikss ..

Related Posts with Thumbnails