Korang tau kan the latest Sultan/YDP Besar kat Malaysia ni, Tuanku Muhriz. Melalui apa yang aku baca, lepas bapa saudara Tuanku Muhriz , i.e. Tuanku Jaafar dipilih jadi YDP Besar ke-10, Tuanku Muhriz ni lived a normal life, macam orang kebanyakan. (read: Tuanku Muhriz a low-profile royal). Tak ramai pun tau, termasuk aku, tentang Tuanku Muhriz ni. Sampailah kemangkatan Tuanku Jaafar baru-baru ni, bila Tuanku Muhriz ni menjadi salah seorang calon untuk YDP Besar ke-11.
Tuanku Muhriz ada tiga orang putera. Yang sulung ialah Tunku Ali, director di KNB, also fondly known as T.A. Aku pernah meeting dengan T.A. sekali. Tak ramai pun tau, termasuk aku, yang menyangka T.A. ni keturunan diraja and probably he is the second in line for the YDP Besar takhta. Sampailah kemangkatan Tuanku Jaafar baru-baru ni, bila ayahanda T.A. ni dilantik menjadi YDP Besar ke-11.
Silap-silap gaya, T.A. ni akan jadi DYMM YDP Agong yang ke-entah berapa bila next round YDP Besar Negeri Sembilan jadi agong lah. So, aku pun mula laa mengenen-ngenen kawan-kawan perempuan aku yang masih bujang ni, mana lah tau kena gayanya, salah seorang kawan perempuan kat ofis aku ni akan jadi the future DYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Heheheh...
Ok, itu cerita kerabat NS. Ni cerita aku pulak.
Tak ramai pun tau, termasuk aku. Yang aku ni pun keturunan diraja jugak. Ekekekeke... oppsss kerabat diraja kena control gelak, gelak yang bertamadun sikit. Hmm hmm hmmm hmmm (gelak sambil tutup mulut dan suara dibulatkan dalam mulut). Macam mana yang aku boleh discover benda ni? Tiada siapa yang mangkat dalam penemuan aku ni.
Kalau aku di Johor, ni kedai gunting rambut rasmi aku...
Keturunan diraja, aku nih! Hmm hmm hmmm hmmm (gelak sambil tutup mulut dan suara dibulatkan dalam mulut). Siap ada barber khas lagi untuk aku. Walaupun ada tiga orang barbers kat situ, aku tetap nak diguntingkan rambut aku dengan sorang barber tu. Tak kisahlah kalau the other two barbers tengah free dan aku kena tunggu giliran aku. Sebab malas aku nak explain nak gunting macam mana tiap kali aku ke situ.
Note: Ni entry merapu @ 6.20pm, sementara tunggu nak mengadap boss aku ni. Adehhh... sejak aku dapat transfered ke division lain ni selepas Si Puaka meninggal, opppssss maksud aku selepas meninggalkan Si Puaka, sibuk sikit laa aku jadinya. Tapi yang penting, aku HAPPY sampai syurga!!!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment