Monday, January 05, 2009

Australia - best!


Best! 2 thumbs up! 4 thumbs up laa, sekali dengan ibu jari kaki!

Aku nonton Australia semalam. Sejuk! Aircond kuat kat TGV tu. 170 minit aku menahan kesejukan. Nasib tak sampai terkincit. Dan sepanjang 170 minit tu, takde seminit pun aku rasa boring. Dan ada jugak beberapa ketika, aku nonton tanpa menyandar ke kerusi aku, aku slant forward. Macam nak masuk ke skrin, macam nak tengok dekat-dekat movie tu (nak tahan sejuk pun ada jugak tu... hehehehe).

Tapi, kalau korang tanya apa yang best nya? Aku takde jawapan yang tepat. Ceritanya hanya berkisar krisis dalam penternakan lembu di Australia sebelum perang dunia kedua dan sedikit tentang kisah Australian aborigines.

Mungkin sebab value for money i.e. RM11 for 170 minit, equivalent to 6.5 sen seminit. Ataupun sebab jalan cerita yang aku rasa dah habis bila sampai half-way (waktu dah deploy the cows into the ship), tapi tak habis-habis lagi. Ataupun sebab keindahan pemandangan dalam cerita ni. Takde laa indah mana pun sebab most of the time ditunjukkan pemandangan muka bumi yang kering kontang je.

Ataupun mungkin juga disebabkan kejelitaan Nicole Kidman yang melakonkan watak Lady Sarah Ashley. Ini tak dapat dinafikan lagi lah. Dan aku rasa Nicole Kidman gorgeous sangat lakonkan watak Lady Ashley, pastu berpakaian ala-ala outback aristocrat. Dengan long boots nya, topi dia pastu riding the horse. Perghhh... aku terbayang Nicole Kidman pakai long boots dia pastu letakkan kaki dia atas peha aku. Oppsss!

Scene favorite aku, waktu Neil Fletcher and the geng jahat send the cows running wild and mad towards the cliff. Waktu tu, geng baik kena control/manouvre balik the cows (1,500) towards inland (so that they won't fall off the cliff laa). Apa punya review ni, hampeh!!! Anyway, best memang best. It's a combination of adventure, drama, romance... best laaa...

Siapa yang belum nonton cerita ni lagi, gi laa nonton. Pastikan, korang kencing dan buang apa yang patut sebelum masuk panggung. Kalau nak lagi jimat, korang nonton on Wednesday night at TGV cinemas, korang akan jimat 1.8 sen seminit. Ahaks!

"A life lived in fear is a life half lived" <--- hehehehe... baru je sebelum masuk panggung tu aku dok terbayang jatuh dari tingkat dua laa, terlibat jadi hostage dalam rompakan bersenjata kat Tomei laa... sekali, keluar this motto in the movie. Aduuuhhh... half live laa life aku ni macam telur setengah masak, tapi sedapppp...


6 comments:

Lan Bingka said...

thanks for the info..

boleh la gi tengok..hehe

jingga studies said...

memang best!

erander said...

Saya suka kan film tu karena combine drama dan war action. Background war world 2nd membuat film tu makin asik buat ditonton.

all jazzed up said...

Beb tetiba part Nicole Kidman kat entry kau ni jadi mcm 18-SX plak. But I'm looking forward to watch this!

Anonymous said...

hai,
yessssss ... australia memang best.. tapi i rasa cite ni ada potong ler sikit.... x sabar nk tunggu DVD kuar... really worth it... tapi x sure kenapa certain review especially paper kata cite ni x best.. rasanya hugh jackman and nicole kidman a good combination. original actor supposed Russel Crowe..kalau dia sure x best isks isk . And nicole got pregnant out of this movie and she claimed due to the fertility waterfall there that they went for swimming. Good movie to end 2008...
Tgklah pulak Yes Man not so bad.. laughing all the way.. Jim Carey not that plastic as before.hehehe

Anonymous said...

I saw this movie called SLUMDOG MILLIONAIRE... very intresting and wonderful movie. Best ...just pay attention and life will tell u the lesson that we all may use it someday. Tak tahu cite ni kuar kat malaysia bila tp DVD dah ada... tapi cite dia memaang best...

Related Posts with Thumbnails