Sunday, January 25, 2009

Boring, penat, ngap ngap


Aku is boring, penat dan ngap ngap...

Apa tu? Hahahaha...
First sekali (ikut style artis yang ajar masak tomyam dalam Nona tadi). Dah first, sekali pulak kan? Kenapa aku tengok Nona?! Errr... aku tertengok ye, tertengok. Aku mengemas rumah hari ni, so tv tu dari start aku mengemas terpasang channel TV3 sampai laaa aku siap mengemas, malas aku nak tukar-tukar channel.

Sampailah ke cerita Nona, pastu ke filem melayu lama yang Salleh Yaacob berlakon, yang dia nyanyi, "One and two, two and three, three and one, one and two... I love you..." tu. Boikot TV3 apa cerita pulak?! Ahhhh... sedangkan KFC, McDonald's dan Pizza Hut pun aku tengok dah kembali penuh.... hari tu bukan main suruh boikot kan? Huhuhuhu...

Boring, kawan-kawan aku tak kelihatan kat Shah Alam. Balik kampung masing-masing. So terperap lah aku. Pastu, dah most of the time terperap je kat rumah, mulalah mata aku ni nampak debu kat bucu situ, habuk kat sudut sana, spider web kat atas tu, telur cicak kering kat celah-celah sinun. Berkemas laa aku. So, penat le ni. Makan tengahari pun belum lagi.

Sementara nak tunggu petang sikit baru nak keluar makan tengahari (boleh save duit dinner, huhuuhu...), aku pun ngap ngap laa apa yang ada kat rumah ni. Ngap lah kacang Tong Garden yang aku beli semalam. Rumah aku kat Shah Alam ni dah takde stok makanan atau minuman dah. So, everytime aku balik dari JB aku akan singgah dulu beli stok makanan-makanan dan minuman-minuman untuk ringan-ringan.

Last entry tentang Edamame atau pod beans kan? Hari ni tentang kacang.



Aku tak sure dengan orang lain. Tapi bagi aku, kalau makan kacang jenis ni... ada cara dan tertibnya. Mula-mula, aku akan makan kacang yang separuh, yang tak berkembar, yang takde pasangan. Tak kira lah samada kacang tu dalam mangkuk ke, dalam balang ke atau dalam pinggan ke, aku akan cari kacang yang tak berkembar, yang solo, yang single macam aku.

Lepas dah habis semua kacang single, baru laa aku ngap yang berkembar, yang ada pasangan. Entah le macam mana aku ter'adopt' style makan kacang macam ni, tapi memang dah lama aku perasan. Kalau korang tengok dalam gambar kat atas tu, kacang dah tinggal setengah balang je kan? Yang tinggal pun, geng-geng berkembar, geng-geng berpasangan je sebab yang single, aku dah ngap. Huhuhuhu...


5 comments:

Nasi Lemak Buah Bidara.... said...

Makan kacang pon ada style wuuiiishhhhh...

Lan Bingka said...

selalu main ngap je...;)

K i a H R o N g G e n G said...

wakahkahkah...tersama plak kehidupan gua hari ini dengan ko deo ooopppsss

kacang pong sama adoooiii 1.2..3..

cindataman said...

encik deo tonton nona ke nak tonton itu artis yang memasak tapi cam memalu kucing? ke ke ke..

Anonymous said...

Deo & Ima.. ekekeke, apa kes aku pun tertengok nona tu sapa tah si bekas pemenang hero remaja kan.. masak tom yam pakai main taruk aje.. opsss, errrr nona tu memang org umah selalu tengok... ekekeke

err aku pun suka la kalau makan kacang tu ambik yang single aje..kira nnak menikmati..opsss
-ojij

Related Posts with Thumbnails