Friday, January 02, 2009

Dua hari di tahun baru


Hari ni. Tak jadi jogging in the park the morning. Aku bangun jam 6am, solat Subuh sat pastu teringat ada live coverage Rose Bowl: USC Trojans vs Penn State Nittany Lions. Apa lagi, aku buat teh o panas sekole 1.5 liter, mandi tidak, gosok gigi je udah, tengok lah aku Trojans membelasah Nittany Lions. Cukup half time, aku dah confident Trojans boleh menang. Aku pun mandi, gi office.

Hari kedua 2009.

Tak jadi jogging in the park the morning. Tapi, tengahari belasah briyani ayam pulak. Itupun nasib je briyani kambing takde. Kalau tidak, membriyani kambing aku tengahari ni. Nampaknya weekend ni aku kena triple-kan peng-jogging-an aku. Satu untuk qada' pagi tadi punya yang tak jadi. Satu untuk briyani ayam tengahari tadi. Satu lagi memang yang rutin untuk weekend. Adehhhh...

Malam semalam. Aku tengok filem Duyung. Pelakon: Apek, Maya Karin, Yassin, Yasmin Hani, Awie, etc. Entah, dalam aku meng-flip-flip channel Astro, aku ter-flip ke Astro Kirana. Ada cerita ni. Aku layan je laa... at least it made me laugh, real laugh. Dan aku rasa berfaedah sangat tengok Duyung ni. Maksud aku, berfaedah lah daripada aku menyertai Pesta Seks Tahun Baru, kan?

Banyak jugak laa part yang mencuit hati. Salah satu daripadanya waktu di penghujung cerita tu. Waktu Apek (Jimmy) dah kaya dan jadi tokey pulau tu. Part yang Awie (Kordi) picit-picit bahu Jimmy. Pastu Jimmy suruh Kordi nyanyi lagu Awie/Wings. Seperti kebiasaannya, Awie being a joker pun menyanyi, "...bola bola api..." Adehhh nak pecah perut aku dia nyanyi lagu Paling Comel yang Achik dengan Nana nyanyi tu. Hahahahaha....

Bagi aku, cute jugak laa cerita tu. Selain daripada Maya Karin yang ever cun yang melakonkan watak Puteri the Duyung, scenes kat dalam movie tu cantik-cantik lah. Especially waktu Puteri bawak Jimmy ke tempat tinggal dia, very nice - scene underwater.

Waktu tu jugak, aku terbayang muka sorang-sorang kawan-kawan aku yang aku rasa sesuai lakonkan watak Jimmy tu. Ekekekeke... sape lagi kalau bukan Jijo. Sesuai je aku rasa. Kalau ada audition untuk Duyung 2, aku nak suruh laa Jijo pergi audition untuk watak Jimmy. Paling kurang pun, kalau tak dapat watak Jimmy, dapat watak Orix kan? Ye laa.. takkan nak kasi Jijo pegang watak Kordi, seorang lelaki macho dan muscular? Hahahahah lariiiiiiiiii.......

Hari kedua 2009.

Jijo dah ada facebook. Klik sini. Ekekekekek....

Have a good hari ketiga dan keempat 2009!


6 comments:

Anonymous said...

hhahahahhaha... sure ko lah undangan pertama FB si jijo..hehehhehe

Ahkak Limah

fara.am said...

"bapak tu jgn lupa pakai baju, kang baik2 jadik orang, jadik arang plak" ...


huhuhu! aku pon suker tgk duyung ..

erk,nino pon bole said...

biasanya jogging di mana?
try lah jogging dekat bukit layang2..
atau pon di tasik dahlia.
tapi kena turun pasir gudang lah kan..

:p

Lan Bingka said...

qada joging tu..jgn tak qada

sia-sia lah jam tu ade mode utk 'lari laju'..haha

Kujie said...

Abis tu siapa agaknya yg jadi Orix?

Anonymous said...

wei weeii.. apa lak aku kena berlakon ni? aku kan perasan gak ada filem duyong dan aku tahu kalau si apek tu berlakon sama aje... so nantilah aku tengok kalau ada ulangan... best ke tak mcm best aje ulasan hang ni.
pagi td aku berjogging waima dah 9 pagi (cuaca redup bestt plak).esok pun nak jog gak

-ojij-

Related Posts with Thumbnails