Thursday, January 29, 2009

Year of Ox - Ong kah?


Ini bukan pasal Ong Ka Ting atau Ong Tee Keat nak lompat parti dari BN/MCA ke DAP. Bukan juga pasal Ong Chee Keng nak lompat parti dari DAP ke BN/MCA. Isu lompat-lompat parti dah lapok macam bapok! Tapi kat Perak, ahli politik dah jadi lapok dan macam bapok juga. PKR kata orang BN nak lompat masuk parti diorang, BN kata orang PKR pulak nak masuk parti diorang (baca sini). Hey, pigi daaaaahhhh..... dalam zaman kegawatan ekonomi ni, eloklah kalau diorang ni bincang isu-isu berkenaan ekonomi, pemberhentian kerja atau paling tidak pun, bincanglah isu Norman Hakim - Memey - Abby Abadi. Ekekekek...

Semalam, mula kerja dalam Year of Ox. Eloklah hujung tahun lepas, aku beli sepasang Converse made of Ox leather. Maknanya, tahun ni tahun aku melaram Converse aku ek? Hehehehe... masuk kerja pagi semalam, ada tiger lion dance kat depan office aku, siap masuk ke dalam ofis, naik setiap tingkat, pusing-pusing dalam ofis. Kasi ong kah! Lantak le, aku tak kisah. Ong ke tak ong ke, cukup tahun, ongkos untuk bonus kena ada...

Cerita pasal ong dalam Year of Ox ni. Aku start kerja dengan kenaikan pangkat. Oppsss bukan naik pangkat. Tapi naik tingkaaattttt... Dulu, di tingkat 2 berdepan dengan bilik Si Puaka (teringat drama radio No. 5 Persiaran Satu, di depannya masjid, di belakangnya mini market... ekekekekek). Sebab aku dah dapat transfer ke jabatan baru ni, aku pun kenalah naik ke tingkat 3 (nota: Ofis aku takde lif).

Bermaknanya, hilanglah juga Si Puaka dari pandangan aku. I'm sure I'm gonna miss the antics of Si Puaka. Dengan style dia duduk kat kerusi tu bend sampai 270 darjah sambil satu tangan di belakang kepala dan satu tangan menggaru tengkuk. Walaupun most of the time, sakit sungguh hati aku tengok Si Puaka tu tapi nak jugak tengok. Kot-kot sambil dia bend kerusi tu, jatuh terlentang ke kan? Anyway, kerusi dia dah patah, dan kena diganti baru. First of such cases, ok!

Walaupun aku kena menapak setingkat lagi nak ke workstation baru ni, aku bersemangat sungguh. I wasn't dragging my feet. Aku ingat lagi ex-boss aku pernah cakap, "The day when you feel like dragging your feet to work, it is the day you quit the job." Dia boss boleh laa cakap macam tu, ek? Tapi, for people like you and me, "The day when you fell like dragging your feet to work, it is the day you call in for MC..." hahahah boleh? Tak pun, "...it is the day you start updating your CV" laaa...

After almost a month kat jabatan baru ni, aku bersemangat ni nak gi kerja. Bersemangat nak jumpa boss (boss aku bukan seorang wanita yang cantik...). Bersemangat nak discuss idea aku dengan boss. Bersemangat nak go through apa kerja yang boss aku suruh aku buat malam semalam. Haaa amik, bersemangat gitu for the first month. Sampaikan Si Puaka tengok aku terkebil-kebil dan confused sebab aku balik lewat, datang awal, gelak ketawa, senyum sokmo, bawak files here and there...

Hopefully aku akan bersemangat terus sampai ke Year of Tiger lah ye. Biarlah Year of Ox ni aku dapat naik tingkat je, tapi Year of Tiger nanti naik pangkat pulak, kan?

Ok, all the best to you!


3 comments:

Lan Bingka said...

permulaan tahun baru yg bagus..positif!

Didie said...

Dats the spirit! Bro...
(bos cantik? Boleh ko bole keje ker?)

SingleIncomeMUM said...

ye sometimes bila bekerja dengan orang yang negatif, it demotivates us. Hilang segala mala passion yang ada...

So nampaknya you are in the right place. May more rezeki to come this year.

Related Posts with Thumbnails