Friday, April 04, 2008

Ibarat air ke daun keladi


Life is like title of a song
Kau Ilhamku - Man Bai

Kadang-kadang idea memblogging ni datang sewaktu aku mandi, ketika aku sedap menggosok badan dan anggota-anggota badan aku, sulit atau tidak. Kadang-kadang idea memblogging datang sewaktu aku menyahut seruan alam (nature's call).

Tetapi selalunya cara paling senang idea memblogging datang ialah dengan keluar dari pejabat tepat pada waktunya, hit the road dan terperangkap dalam jem di Federal Highway. Perjalanan dari Kerinchi ke Shah Alam sejauh 17km kebiasaannya mengambil masa 50 hingga 75 minit di waktu puncak.

Memang waktu macam tu, idea datang mencurah-curah. Sampaikan tengok ekzos kereta depan pun aku dapat ilham.

Tapi, masalahnya idea-idea ni tak sempat aku nak rekodkan sebab aku belum acquire skill menulis sambil memandu. Dan satu lagi masalah aku, bila aku ternampak je awek cun memandu atau dipandu dalam kereta sebelah, idea-idea yang mencurah-curah tadi hilang. Seperti dicurah-curah ke daun keladi. Dah kalau jadi macam tu, sampai rumah je, aku dah takde pulak idea nak update blog.

Korang rasa wajarkah aku harungi (meranduk) jem hanya untuk mencari idea nak update blog?

Takpun korang rasa wajarkah aku car pool je dengan awek cun yang aku selalu terpandang dalam kereta sebelah? Dapat juga aku suruh dia catit idea yang datang mencurah-curah sambil aku mencurahkan kasih dan sayang kepada dia, kan?

Anyway, hari ni aku nak keluar ofis on-time, nak harungi jem dan ikut rapat-rapat kereta awek cun sampai depan pintu rumah dia. Ok tak?!

Have a good weekend!


2 comments:

Sue.Aleen said...

ye la... kenapa idea nak memblogging ni datang time tak sepatutnya? bila kita dah sampai rumah, turn on the pc and suddenly the idea is not there anymore... most of the time dok surf & read others' blogs..

u better bring ur laptop along in the car then...

Anonymous said...

Bro, aku cadangkan kau pasang recorder ...itu i-pod boleh record ke? Kalau tak ada beli satu. Semasa memandu/atau menyiram tandas tu bolehla bercakap-cakap segala idea yang keluar tu...

Related Posts with Thumbnails