Monday, April 07, 2008

Manual atau otomatik?


Korang pernah tak dengar joke yang berkisar kepada seorang suami cuci baju secara manual atau secara otomatik?

------------------------------

Aku jalan-jalan di Tesco. Adalah mini bazaar kat ground floor Tesco tu. Sewaktu aku sedang usha-usha awek-awek jual carpet dari Iran tu, ada seorang amoi sapa aku, "Incik... incik ada pasang aircond? Mau cuci sendiri ka?"

Aku jawab, "Tak mau laa cuci sendiri. Letih laa..."

Amoi tu bidas, "Senang saja incik, sekijap saja. Lagi boleh jimat duit."

Aku melibas, "Lagipun, kalau semua saya bikin, air cond pun saya sendiri cuci, kesian sama orang buat air-cond service. Mana diorang boleh cari makan. Siapa mau kasi bini, anak-anak diorang makan. Nanti masuk itu Bersamamu, macam mana?"

Amoi tak puas hati, "Tapi incik, ini cuci sendiri incik boleh bikin selalu, tak perlu panggil service datang, hari kilija pun incik boleh cuci."

Aku pun jawab, "Saya lupa laa amoi, rumah saya belum pasang aircond. Memang saya ada plan mau pasang itu hari tapi tak jadi sebab bonus saya belum masuklah amoi."

Amoi tu pun fed-up, tak puas hati dengan aku, "Ok lah thank you!" Muka dia memang tak puas hati betul dengan aku, tambah pulak aku sengih-sengih kat dia.

Aku terus sambung usha awek-awek jual carpet dari Iran tu.


5 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe!

Lawak tulis tangan dan menaip kau pernah dengar?

Jingga Studies said...

kejam giler!!!

hahhahah part awek membidas and ko melibas tu best2!

lawak laaaaaaa hahahahahaa

Anonymous said...

mmg sadiss la ko nie..sure bengang giler amoi tuh..

deOughtred said...

blackpurple,
lawa nyanyi pelan-pelan kat telinga atuk, kau pernah dengar? hahahahah....

jingga studies,
ada sekejam bawal waktu 1989 tak? mungkin kau tak rasa, sebab kau jambu kot... wakakakakak....

anon,
hahahah... bukan senang nak cari duit! dia ingat dia boleh senang-senang nak tapau duit aku yang bukan senang-senang aku tapau ni?

exit 135 said...

heh...
kau basuh baju pakai mesin ke manual?

Related Posts with Thumbnails