Monday, April 14, 2008

Buat bodoh...


Waktu KFC baru introduced Chicken Rice Combo, aku ada tanya sama Ombak, "Ada ke orang makan banyak macam tu - nasi ayam, 2 ketul ayam goreng, semangkuk fishball soup dan segelas air berkarbonat?" Ombak kata, kalau lapar mesti boleh habis lah...

Tengahari semalam, aku lapar betul. Jam 3.30 petang baru teringat yang aku belum bersarapan pagi dan makan tengahari lagi. In fact, last meal aku jam 5.30pm kelmarin di Restoran Kayu Nasi Kandar dan malam kelmarin aku hanya makan sepaket kuaci.

Walaupun gerai makan yang baru dibuka di apartment aku ada jual nasi ayam, aku tetapkan hati aku untuk ke Tesco untuk makan KFC Chicken Rice Combo.

Lepas beratur dalam 5 minit, tiba giliran aku di kaunter untuk buat pesanan. Tapi, aku hampa sebab awek di kaunter tu kata, nasi ayam tengah masak, kena tunggu sejam lagi. Aduuuhhh...

Aku pun buat little shopping yang tak sampai 20 minit. Nak tunggu lagi 40 minit. Aku pun decide untuk gerak ke KFC Giant, yang hanya 5km jauhnya dari Tesco.

Sampai di KFC Giant, aku beratur dalam 2 minit. Tiba giliran aku di kaunter untuk buat pesanan, awek di kaunter tu kata, nasi ayam tengah masak. Kena tunggu 25 minit. Aduuuhhh...

Laris betul nasi ayam KFC ni. Aku pun makan nasi ayam claypot sahaja di food court Giant je. Nasi ayam juga! Dan habis!

Itu cerita semalam.


Yours truly... after a late, perutfull lunch and before going blurry today and tomorrow. That explains the b&w picture...



Kalau hari ini dan esok, korang ada terserempak dengan aku tapi aku buat tak nampak je...

Ataupun kalau hari ini dan esok, korang ada sms, tapi aku buat-buat macam aku tak dapat sms tu je...

Ataupun hari ini dan esok, korang email aku tapi aku buat-buat macam email korang masuk spam box je...

Ataupun hari ini dan esok, korang ada YM atau Skype aku tapi aku buat-buat macam aku dah stealth setting untuk block message daripada korang je...

Ataupun hari ini dan esok, sesiapa suruh aku buat itu, ini atau buat kerja itu, ini tapi aku buat macam aku tak faham bahasa melayu atau bahasa inggeris je...

Hari ini dan esok, memang hari aku buat bodoh. Hari aku buat-buat blur. Sebagaimana company aku sekarang buat bodoh dengan aku! Sebagaimana company aku sekarang buat blur dengan pembayaran bonus dan tunggakan kenaikan gaji tahunan aku.

Aku dah switched off anything to do with the current company I'm working with. The same way they switched me off from their radar the moment I submitted my resignation letter.

And it's just a matter of time bila aku akan erase the past 2 1/2-year experience working with this company from my CV.

And if there's any way this current company has a dealing with the new company I'll be working with, and I've got a hand on the dealing, I'll make sure this current company will get the least favorable treatment possible.



6 comments:

Jingga Studies said...

your pain is palpable my friend..take care!

Iced Nyior said...

nvm, new job, new opportunities. Yes?

btw the nasi ayam kfc is surprisingly nice. The bf took a nasi ayam (not a set) and ordered extra rice. LOL!

Not like the yukky colonel fried rice they introduced a few yrs back

Lord Budak said...

Deo

Depa jeles ko nanti dapat levono

tuh yg depa perap ko punya oincrement dgn bonus tuh

Elf said...

*Ya ncek, bapak saya bilang, arini hari bodoh saya ncek...*

lilinbiru said...

xpe la kicap.hari ni hari dorang.akhirat sok depa jawab le ape jadik ngan past performance kita?

deOughtred said...

jingga studies,
am cool, bro! I just need stimulant! stimulant!!!!

iced nyior,
aiyak... sedap kah? I'll try it this weekend.

lord budak,
tu lah, aku nak dapat levono ni mesti nanti aku sokong team Levante dlm Primera Liga... wakakakak

elf,
aku ingat dah url blog aku... wakakakaka

lilinbiru,
cakaaappppp cakaapppppppp.... wakakaka

Related Posts with Thumbnails