Friday, April 25, 2008

About shoeshine and claypot


Hari ni aku mula bermesyuarat dengan orang luar. Tanpa kehadiran boss aku yang sekarang berada di Selatan, aku terpaksa membawa tanggungjawab jabatan di tempat kerja baru aku. Walaupun ada seorang lagi colleague aku yang attend meeting tu, tapi bak kata orang putih, "we're wearing different cap/hat." Dan cap yang aku pakai ni berat sekali rasanya. Aku rasa macam aku pakai claypot yang macam Heliza pakai waktu menyanyi duet dengan Mawi waktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lepas.

Anyway, tadi pun first time aku jumpa colleague aku yang seorang lagi tu. Dia boss sebenarnya. Tapi bukan boss aku. So, aku anggap dia colleague aku je lah.

Aku perati je dia ni... smart, pakai suit datang meeting. Biasalah, meeting dengan orang-orang 'lengan pelaburan' (investment arm) kerajaan dan orang-orang Dato' Ikm@l Hij@z. Pakai kasut kulit warna brown. Aku perati tali pinggang dia, brown. Matching! Memang itu etika berpakaian, warna tali pinggang dan kasut mesti seiring. Bukan macam ramai orang tu, kasutnya bergaya brown warnanya, tapi tali pinggang... alahai hitam pulak!

Dan aku perasan lagi, kuat minum air dia ni... sekejap-sekejap dia tuang air putih/masak, sekejap-sekejap dia tuang air putih/masak. Mesti banyak jugak air dia keluar ni. Dan kerap juga dia keluar, ke bilik air rasa hati aku, sebab dia tak bawak pun handphone BlackBerry, pardon me, kot-kot nak buat/jawab calls. Adalah dalam meeting selama 2 jam setengah tu, 3 kali dia keluar.

Tapi bukan berapa kali dia tuang air yang aku nak cerita. Atau bukan juga berapa kali dia keluar ke bilik air yang aku nak cerita.

Yang aku nak cerita, pasal setiap kali dia masuk balik ke dalam meeting room (yang aku assume dia pergi bilik air tu), first thing yang dia buat lepas duduk kat kerusi dia ialah polish kasut dia, dengan shoeshine yang most hotels kasik complimentary tu. Aku perati shoeshine dia ada logo hotel Sheraton. Boss-boss pun rembat benda free... haahahahah...

Mulut aku ni gatal je nak bertanya apasal dia buat benda tu. Dan satu lagi yang mulut aku gataaalll je nak buat lawak, "you should polish your top too..." sebab kepala dia licin. Tapi nak mampos? Tak confirm aku nanti (walaupun dia bukan bos aku)!

Tapi, dia ok lah walaupun dia boss, dia tumpangkan aku balik ke office sebab aku gi meeting tu naik lrt je. Dalam kereta pun dia sembang-sembang dengan aku, tapi mostly pasal kerja je. Aku pun menyembang jugaklah berdasarkan knowledge aku yang belum sampai seminggu kat company baru ni. Entahlah apa dia kata dalam hati dia, kan? Gasaklah...

Tu sebab jugaklah yang aku rasa kepala aku ni berat macam junjung claypot yang macam Heliza pakai waktu menyanyi duet dengan Mawi waktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lepas.


Have a good weekend!


5 comments:

jijo said...

kan.. aku dah ckp.. pasal cite2 hang dalam bm rasa mcm menarik aja utk di baca.... wakakaka

sam said...

owh...mcm tu eh etika berpakaian? baru ku tau warna belt kena same dgn warna kasut. nasib baik aku takde kasut brown huhuhu

lilinbiru said...

haha.ur pvs entry attracted me to reply.bukan pasal kasut and shoeshine.pasal frens.
i do call my frens malam2 buta, when i miss someone, and i dont know who to tell.
i called my best frens very early in the morning, just 2 say b'day wish.
glad i have frens like that.
if u think u can handle it ur self, then dont call fren..but if u do call, it's still not the end of the world.
nko frust ke??haha!!

joQ said...

Kopi O Aik Cheong, kasi sama kawan mu tu..lagi lah kuat dia minum..gian..

deOughtred said...

jijo,
sebagai menteri penerangan, pendapat kau tu boleh jadi subjudice!

sam,
aku rasa laaa... applicable to office attire, casual not so laaa belt merah ke belang-belang ke... atau trend baru/budak-budak muda/stylo-stylo aku tak tau laaa

(menjawab komen lilinbiru)
kawan-kawan aku,
aku frust ke? korang kenal aku kan...
that's the difference between kawan-kawan yang kenal aku dan yang rasa-rasa macam kenal.

joq,
aik cheong rules!

Related Posts with Thumbnails