Tuesday, April 01, 2008

Enzime jari


Hari semalam, aku lunch di Plaza Junction. Aku makan nasi putih, ikan kayu goreng, sayur kangkong goreng belacan, kuah lemak ikan patin dan ulam-ulaman selain tempe, untuk mengekalkan kejelitaan aku.

Seperti biasalah aku makan dengan tangan, sebab enzime pencerna makanan yang membantu proses penghadaman makanan yang terdapat secara banyaknya pada celah-celah jari ni.

Tengah sedap aku menyental, ketiak sebelah kiri aku gatal. Gatal seperti terasa ada tungau yang melekat kat ketiak aku. Tungau yang dulu ada dua tiga kali melekat kat skrotum aku akibat berguling di padang tanpa berseluar dalam.

Aku cuba garu ketiak kiri aku dengan tangan kiri aku yang bersih. Tak kesampaian. hanya ibu jari tangan kiri aku je yang dapat sipi-sipi menggaru tempat yang aku gatal tu. Tapi masih tak puas, ketiak aku masih gatal.

Aku cepatkan suapan aku. Supaya cepat habis nasi aku di pinggan. Supaya cepat aku basuh tangan. Dan supaya cepat juga aku garu ketiak aku. Hilang rasa nikmat makan tengahari tu.

Lepas aku basuh tangan je, aku pun menggaru.... nikmatnya tak terhingga. Kiranya, enzime penghadaman tadi tak sempat masuk mulut aku sebab jadi laju aku makan nasi. Sebaliknya, enzime tu semua mengalir ke arah ketiak aku.

Waktu tengah makan tu, aku nak je mintak tolong lunch partner aku tolong garukan ketiak aku. Kalau awek aku, memang aku suruh je dia garu ketiak aku. Dah tentulah awek aku stylo makan guna sudu garpu kan? Kalau aku nak suruh dia garu sepanjang masa aku makan tengahari pun, takde masalah kan? Masalahnya, Ombak jadi lunch partner aku, hari semalam.

Alahai...


5 comments:

suealeen said...

hilang rasa nikmat makan tengahari aku hari ini... hahaha

leng said...

ahaha.nasib baik aku baca lepas aku dah makan.geli betul.

joQ said...

So, dah bayar belum?

JoePerantau said...

tuh baru gatal ketiak, belum gatal telor, kote atau gatal bontot masa makan. siksa rasanya kan?

deOughtred said...

suealeen,
meh makan dengan aku mesti kau pun tak makan, sebab kau tengok muka aku je. hahahahah

leng,
baca pun geli ke? bukan suruh kau buat pun!

joQ,
dah dah... nasib interest free...

joeperantau,
kalau gatal telor ke kote ke bontot ke aku rasa tak susah, ramai yang nak garukan. huhuhuhu....

Related Posts with Thumbnails