Friday, April 18, 2008

Petrol hijau percuma?


Entry kebendaan aku semalam yang mendapat sambutan komen yang memberansangkan (aku yang kebendaan ke pembaca-pembaca blog ni yang kebendaan?). Ini memberi ransangan untuk aku continue bragging about the wonderful world of ThinkPad and BlackBerry.

Tapi, untuk tidak menimbulkan spekulasi atau skandalusi terhadap perhubungan aku dengan orang HR di tempat baru yang melayakkan aku untuk diberi ThinkPad dan BlackBerry, aku tidak akan bercerita tentang ThinkPad dan BlackBerry lagi walaupun aku sungguh happy melayari kehidupan ini bersama ThinkPad dan BlackBerry. (dah 4 kali aku sebut ThinkPad dan BlackBerry ni, ehh lima kali termasuk yang ini...)

-----------------------------

Malam tadi, buat pertama kalinya setelah beberapa tahun aku singgah di stesen minyak Hijau untuk mengisi petrol. Sebelum-sebelum ini aku singgah di stesen minyak Hijau hanya untuk melepaskan cecair dan pepejal sahaja.

Bukan aku tak sokong parti Hijau atau aku tak sokong jenama Malaysia. Tapi, apa baranggggggg guna jenama tempatan?! Korang pun pakai handbag jenama LV, NineWest, Gucci, bla bla bla... biarlah walaupun hanya dibeli di Petaling Street, kan? Kalau korang tak pakai handbag jenama-jenama macam tu, tak untung berniagalah Nek Rock! Tapi Nek Rock jual yang original belaka, ok!

Alaa... yang isi petrol Hijau pun bukannya sebab apa, sebab nak menang BMW katanya! Yang isi petrol Kuning bentuk kerang bukannya sebab apa, nak buat koleksi kereta mainan, katanya! Itulah orang Malaysia, selalu terpedaya dengan tarikan murahan.

Malam tadi, buat pertama kalinya setelah 14 tahun aku mengisi petrol ke kenderaan yang aku tunggang/pandu, aku tak bayar satu sen pun untuk petrol yang aku isi! Wahhh... terasa nikmatnya, seperti melepaskan pepejal setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sambil berkerut-kerut muka mengemut dan meremang-remang bulu roma ni.

Pernah juga aku membayar petrol yang dituang dengan menggunakan mata bonus. Tapi itu lain perasaannya. Mata bonus itu pun aku berjaya kumpul setelah membelanjakan wang yang banyak sebelum ini. Tapi kali ini, aku boleh juga kumpul mata bonus walau tanpa membelanjakan satu sen pun. Boleh tak aku guna ayat, "satu sen pun tak guna!"

Bukan sahaja selama aku menunggang dan memandu, aku membayar untuk setiap titis petrol ke dalam kenderaan aku. Kadang-kadang, aku membonceng dan menumpang pun kena bayar juga! Tapi kali ini, tidak lagi!!

Jadi sesiapa yang perlukan teman untuk ke mana-mana di hujung minggu ini, aku masih belum ada apa-apa rencana. Paling tidak, aku boleh sponsor petrol! (mati aku kena D.I. nih). Sila hubungi aku atau email sahaja aku. Kalau aku tak check email melalui ThinkPad aku pun, aku masih boleh membaca email melalui BlackBerry!

Selamat berhujung minggu!


12 comments:

Anonymous said...

Deo!

Akhirnya aku boleh lekat kat blog ko gak eks.. kalau idak dia divert ke mana tah... ni baru jenguk balik.. aku just nak wish all the best in yr new job jer...

-hazel-

DeLinn said...

Dasar bragger! (ada ke such word?)

Anonymous said...

bro,
co's pa ko keja nie..mcm best ajer..petronas ke haper nniee.

Sue.Aleen said...

weiii.. manaleh ni.. power abuse.. sendiri guna la weii.. takyah ajak orang.. bio kan depa jelesss.. hahaha

Anonymous said...

Salam,

Jangan terpedaya, the blackberry and the notebook tu, is just the greatest excuse utk perah keringat u hingga ke titisan ke akhir, hehehe. It comes with a tag "u must be contactable and able to work at all time, anywhere" Iyer, iyer, saya yang jua sudah terpedaya...hehe

~arena

Anonymous said...

skandalusi dengan org HR? wow. menarik tak? nak join gak lah camni

Deo said...

hazel,
hehehe...

delinn,
DQer ada ke?

anon,
company nama anon, boleh?

suealeen,
mana power? short circuit nanti!

arena,
i'm aware of the potential 'risks' and am prepared for it. i just want to be happy for myself, while i can.

anon,
scandalusia dgn andalusia, menarik tak?

Jingga Studies said...

wow best nye nanti aku balik kl ade laaa driver ...best jugak niiiii!

Nek Rock said...

yoooo cucu deo,fatut aa nek tersedak rufa2nya nama nek disebut2 disiniii,lalalala

zewt said...

cecair dan pepejal yang hang buang dulu.... part of the payment... :)

Nor Razi said...

weiiiiiiiiii wa sudah jeles tahap gaban ni

Deo said...

jingga,
heheheh...

nek rock,
heheheh...

zewt,
heheheh...

lord budak,
heheheh...

Related Posts with Thumbnails