Thursday, April 10, 2008

Kereta phewwiiiiiittttt...


Ada sebuah kereta Kancil silver. Parking di basement apartment aku, sebelah parking lot aku.

Asal aku berjalan sebelah kereta Kancil tu je, dia bunyi. Asal aku tutup pintu kereta aku je, dia bunyi. Kadang-kadang amusing, kadang-kadang annoying.

Sampai satu ketika tu, aku plan nak beli toy arnab main drum macam iklan duracell tu. Aku nak letak bawah kereta Kancil tu. And by the time, battery duracell dah habis power, battery kereta Kancil tu pun akan 'kong'. Tapi itu plan saje lah.

Tapi, dua tiga hari kebelakangan ni, aku ada cara baru. Cara yang tak merugikan wang dan masa aku. Aku harap lepas seminggu dua ni, battery kereta tu akan 'kong' jugak.

Setiap pagi, bila aku berjalan ke kereta aku dan lalu sebelah kereta Kancil tu, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat. Kemudian, aku masuk kereta dan tutup pintu kereta aku, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat lagi.

Aku start enjin kereta aku, alarm Kancil tu akan berbunyi lagi selama 20 saat. Sementara aku menunggu enjin kereta aku panas (dalam 4-5 minit), aku akan tekan pedal minyak kereta aku sampai kereta aku mengaum. Sekali kereta aku mengaum, alarm Kancil tu akan berbunyi selama 20 saat.

So, aku akan tekan pedal minyak kereta aku setiap 20 saat supaya alarm Kancil tu akan berbunyi berterusan selama 5 minit, a good 5 minutes! Bila enjin kereta aku dah cukup panas, aku akan tekan pedal minyak kereta aku, sebelum aku tinggalkan parking dengan alarm Kancil tu berbunyi untuk 20 saat lagi.

Kita tengoklah nanti selepas seminggu dua, berbunyi lagi tak alarm Kancil tu.


10 comments:

Nek Rock said...

phewwwwwwwwww deo..dulu keta nek honda city pernah sama sensor ngan keta owg..tah kat mana nek dah lufa..tafi honda gak..nek teetttttt kunci..keta owg tu pun terbuka..lallalala,nek main few times teeettt teettttt,nek cabut,amik num keta owg tu..pas tu nek letak note kat wiper dia,lalala

Anonymous said...

hmmm tapi nnt minyak ler rugi...kan ..kan..kan...ke

Hazelsyd said...

huh!?!
*tulih2 nota lagi*
.
.
.
*tak cakap apa2 eks..so takde speku apa2 ekss..*

Anonymous said...

okay....setelah membaca blog anda yang terkini, saya rasa telah tiba masanya untuk memulakan terapi. Mai kita buat renungan tentang simbol yang melambangkan kereta kancil yang asyik berbunyi tu. Adakah ia melambangkan seorang watak di dalam hidup mu (biar pun hidup atau yang telah mati) yang asyik mengpopek setiap langkah mu? Renung jom....Renuuuung.....jauh jauh renung.
PS: MC boleh ambik kat adik di kaunter depan. RM50.

Anonymous said...

Eh..silap eja nama tadi...sykayatris kampung

sam said...

heh ape kate lps bateri kancil tu dah kong, hang pi jual keter tu kat kedai besi buruk? hohoho

Deo said...

nek rock,
e'eh... nek tulis apa kat note tu? nek suruh dia tukar alarm supaya jgn sama dgn nek ke? bukan, nek ke yang patut tukar alarm nek? hahahahah....

anon,
takde rugi laa... at least I got something to kill my the 5 minutes I need to warm up my engine. kalau rugi minyak pun takpe, nanti aku dapat petrol card kat tempat baru.. wahahahah

hazelsyd,
*
*
*

sykayatris,
whatevaaaaaaa!!!

sam,
kau ingat aku kerja penarik kereta ke? hahahahah

Anonymous said...

dah baper hari nie.. pa citer kancil tuh bunyi2 lagik kah?

Sue.Aleen said...

wei.. apa kaco keta aku ni deo?

Deo said...

anon,
dia tak bunyi lagi, kekadang je.. aku rasa dia dah kenal dengan bunyi enjin kereta aku laa.

suealeen,
oooo kereta kau ke? nasib aku tak pancitkan... wakakakakak

Related Posts with Thumbnails