Okeh, ni entry quickie POW hari ni. Takde mood sangat nak menaip sebab mood semua beralih ke arah semi final Piala Thomas, Malaysia lawan China malam ni. Dan dalam beberapa jam lagi, dua atau tiga, aku akan bergerak ke KL, ke Bukit Jalil, tengok live dari sana. Tiket/pas itu semua bisa diatur beb. Protong spongsor Protong! Kroni banyak situ! Hebak Protong!!! Hehehe...
So, POW minggu ni menampilkan... the famous nasi ambang di Johor Bahru... lokasinya ialah di Bandar Baru UDA, dekat ada satu Medan Selera (ataupun di Johor ni orang panggil Kebayan), berdekatan dengan Pejabat Pos Mini Bandar Baru UDA. Kalau korang nak cari nasi ambang ni pastu sesat, pastu segan nak tanya orang kat mana nasi ambang Mat Corner, korang tanya je lah kat mana Pejabat Pos Mini Bandar Baru UDA. Then, korang sure akan tersampai kat Mat Corner ni.
Ni gambar kedainya. Kalau lunch time proper, memang penuh dan panjang beraturnya. Yang tapau pun tapau, yang untapau pun untapau jugak, makan kat situ.
Ni pulak gambar nasi ambangnya. Tak clear sangat details lauknya. Tapi yang ni, nasi ambang special, gabungan lauk ayam dan daging. Selain daripada itu, ada sayur kacang panjang, tempe goreng, ikan belanak masin seekor kecik, sambal kelapa manis goreng, dan seurat timun. Harganya, RM5 sajork.
Itu saja buat kali ni. Jumpa lagi minggu depan. Ole ole ole ole... Malaysia!! Ole.....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
5 comments:
salam, ada lagi satu tempat nasi ambang special di bandar baru uda iaitu di restoran bumbu kampong (berdekatan masjid uda) bole cuba...
alangkah hebatnya kalau bole kirim tapau ke kl nih..
nasi ambang kat sini memang best!
dah lama xmakan.
haih,lapar nasi ambang pula sekarang nih. :D
Uwaaaaaaaaaaaaa aiyooooooooooo maaaaaaaaaaa aiyoooooooo paaaaaaaaa, nasi ambeng BBU, lelehhhhhh
Psttt deo, antor kat nek, 3 bungkus eh:)))
adehhhh deo & nekkk lieen pun terliur aaaaaaaaaaa balik JB harus pi sental nasi ambeng niii
-lieen-
Post a Comment