On Thomas Cup:
Ni aku cerita dalam separate entry lah, later. Panjang ceritanya...
On my race:
Weekend lepas aku balik Shah Alam pun sebab aku ada New Balance Pacesetters 15km race kat Padang Merbok. Hari Sabtu tu aku ke sana lah untuk amik race kit (vest, bib dan timing chip). Dan hari Ahad tu, berlarilah aku. Power seh laluannya berbukit, 'triple hill' kata orang.
Dari Padang Merbuk, ikut belakang, keluar ke main road ikut Tugu Negara then menuju ke Bank Negara, lalu bukit belakang BNM tu, then tah macam mana, lalu depan Kementerian Pertanian, buat u-turn, masuk Bukit Tunku, then pusing gila bab nye siap mendaki bukit paling curam kat Tinggian Tunku, then lalu semula depan Kementerian Pertanian, sebelum masuk ke Jalan Parlimen dan straight menuju finishing line kat Padang Merbuk. Cerita selanjutnya pasal larian ni, korang bacalah kat Deo On the Run
On nice lunch on Saturday:
Lepas balik dari collect race kit on Saturday tu, aku terfikir-fikir kat mana nak makan tengahari. I don't want nasi kandar or nasi daun pisang this time. Mak Jah pulak, I'll save it for Sunday. Then, bila dah dekat-dekat nak lalu Menara TM tu, aku teringat kedai Kelantan kat Kg Pantai Dalam. Kedai yang dulunya dok pasang lagu-lagu dikir barat je. Baru aku tau namanya Anis Putri (tau pun sebab nak checkin kat foursquare hehehe...)
Dah berubah rupa kedai tu sejak last aku makan setahun setengah lepas. Makin cantik. Tetapi lauk tetap mantop! Banyaaaaakkknyaaaaaaa pilihan macam dulu juga. Ulam-ulamannya je pun dah penuh satu food counter, tengok gambar ni....
Cuma waktu aku sampai tu, belum jam 12pm lagi so gulai kawah daging aku belum siap. So, aku settled with gulai kawah itik je. Dan seperti biasa kalau makan kat situ, mana cukup satu lauk, so aku amik crispy fried talapia sekali selain ulam-ulaman. Hehehe... ni lah hasilnya...
On baju kawin dan baju batik:
Lepas lunch on Saturday tu, aku gerak lah ke Kompleks PKNS nak collect baju melayu yang aku tempah untuk dipakai waktu majlis persandingan adik aku next month dengan baju batik kain crepe yang aku beli kat KB dulu. Waktu diorang bawak keluar je baju batik aku tu, aku dah spotted something no right.
The cuff, which aku mintak diorang buat 3 inci lebar dan ada dua butang atas bawah, tapi diorang buat macam cuff baju batik biasa. Macam sial! aku try jugak dan it fits me well, cutting ok semua. Cuma cuff je yang problem. And I just didn't get it. Memang dah tertulis dalam buku tu, specs yang aku mintak tapis still jahit salah. Dalam menahan geram, aku tanyalah what can they do?
Diorang kata nanti diorang check kat production samada ada kain lebih (which aku sure ada!), kalau ada diorang akan buat cuff lain. Pastu bila diorang called production, orang kat sana kata takde (sure ada yg dah rembat!). Aku tanya lah, habis tu macam mana ni? Dia tanya aku beli kat mana? Boleh tak aku beli kain lain dan diorang bayar? F*ck lah!
Pastu brader sorang lagi cakap, takpe nanti dia gi sendiri kat production, check kain lebih. Kalau ada, dia buat cuff baru. Kalau takde, dia akan cari kain lain untuk buat cuff baru, to which aku demanded aku nak kain batik crepe, not a regular cheap batik. Siap aku tunjuk kain batik murah kat kedai tu, "Saya tak nak yang macam tu. Saya nak kain yang ni jugak."
Dan mulalah kepala aku pening sebab aku tahan dari tinggikan suara aku. Aku cakap elok-elok tapi dalam nada yang keras gak lah sambil getap-getap gigi geraham aku. Terus aku balik rumah, dengan tensionnya tak boleh nak cakap. Entahlah aku pun tak tau lah, takkan pasal cuff je aku boleh tension macam ni.
Tapi, ye lah kan.. benda dah ada tulis dalam buku. Pastu it's not an ordinary kain yang boleh pergi balik Nagoya beli lagi semeter. Even kalau beli kat Nagoya pun, belum tentu ada if you go for the second time. Diorang senang-senang je buat silap macam tu. Sial sungguh lah businesses in Malaysia ni!
Anyway, petang Ahad tu diorang called aku kata ada kain lebih so diorang akan alter cuff baju batik tu, which will take something like 2-3 days. Hmmm... ok lah tu tapi tak sure lah whether I'll go back to the shop or not. Cuma yang sayangnya, dah dua pasang baju melayu akan tempah kat situ dan memang selesa aku pakai. Maybe I shall forgive, but not forget lah for this one small mishap.
Ahad malam, aku still in Shah Alam. Gerak balik JB pagi Isnin. Kan Smokey Grey dah keluarkan circular yang orang-orang traveling JB-KL ni boleh masuk jam 11 pagi on Monday. So, belasah je lah kan. Walaupun aku tak balik KL misalnya, aku akan tetap claim aku balik so that aku boleh masuk jam 11am. Fair kan? Heheheh...
Ok, itu je lah cerita seweek aku.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment