Monday, May 24, 2010

The Joe's story - 230510


Okeh nak update sikit. Around 9.20pm, time aku tengah sedap-sedap layan Shaq dan Mas Idayu dalam Mentor 4 sidai kain kat luar rumah, ada unknown number masuk, dua kali. Dua-dua kali tu aku tak sedar/tak perasan ebab handphone aku kat bilik atas. Aku syak Joe yang call. Dua kali pulak tu!

Terus aku jadi macam blur je. Aku terbayang yang kalau korang, peminat-peminat Joe, tahu aku tak jawab call dia, sure korang marah dengan aku. Tension aku jadinya. Ye lah selama ni ke hulu ke hilir aku usung handphone aku around 9pm onwards. Time aku tak usung tu pulak yang Joe called. Ye lah, aku sidai kain, pakai kain, tak boleh nak selit handphone kat mana-mana.

Anyway, after sort of praying that he calls back, dan aku alerted delinn suruh on standby mode kot-kot Joe call dia pulak. Then, aku dapat YM message dari delinn suruh aku standby, sebab Joe nak call aku. Obviously, lepas aku tak jawab call dia tadi, dia called delinn pulak.

Then, he called...

The court hearing on 20th May went on, although just for 5 minutes. Judge tu memang dah assigned for that particular detention center. Joe was represented by a lawyer. He was given sort of statement yang suruh mengaku bersalah. Ini memang standard procedure, sebab kalau tak mengaku bersalah, maksudnya kau nak claim trial pulak kan.

After sort of pleaded guilty macam tu, the verdict is that he will be detained between 0 to 6 months, including yang dah sebulan dia dah kat situ. So, kalau campur dia dah sebulan kat situ, max he will be detained for another 5 months. But, the lawyer will file I'm not sure whether it's the appeal or documentations for deportation ke apa to the judge again, which will take place 2 months from the last court hearing, so 20th July 2010 is the next hearing.

To give you all clearer and simpler understanding, Joe will still be at the detention center until at least 20th July 2010. Daripada 20th July punya hearing tu, if everything goes well, the deportation process akan ambik masa max sebulan pulak. Aku tanya ada possibilities dia akan ditahan di tempat lain? Dia kata tak sure tapi kalau boleh dia nak remains in Buffalo.

Joe ada jugak cakap dia harap dia tak kena spend bulan Ramadhan kat sana, aku tak tanya kenapa. Tapi nampak gayanya, macam kena spend seseminggu dua at least. Takpelah, itu semua perancangan manusia, kita berdoalah agar rahmat bulan Ramadhan tu nanti, Joe dapat berpuasa kat sini, ye?

Apart from the court hearing nya story, suara Joe macam selsema sikit, sob sob bunyinya. Aku tanya selsema ke? Dia kata tak, cuma waktu dia called delinn sebelum tu, dia tersedih. Aku tak tau laa apa yang dia borak dengan delinn sampai tersedih tu. Aku tanya berat badan turun tak? Dia kata hari tu dia timbang, turun 2kg :-( pastu dia tak timbang dah.

Pastu, dia kata dia dah botakkan kepala. Hehehe... dia kata senang sikit sebab barber datang situ sebulan sekali. Korang tau laa rambut Joe tu bila panjang sikit, nanti jadi afro pulak. Ekekekeke... dan dia tengah pakai ketayap waktu tu, dia beli katanya. Aku tanya ada pulak jual ketayap. Actually diorang boleh order dan barang sampai dalam seseminggu macam tu. Selain daripada ketayap, ada jual Quran terjemahan, sejadah, etc.

Pastu Joe cerita lagi, makin dia pakai ketayap, makin nakal jadinya. Aku tanya lah nakal macam mana? Dia kata macam waktu main chess dengan other inmates, gelak berdekah-dekah. Pastu bila ada new detainee baru masuk, dia lah yang jadi 'ketua sorak'. Adehhh... at least we know, he's ok in there, tapi dia pun sedar laa yang 'teruk'nya perangai dia tu.

And then dia cakaplah some detainees kat situ dah lama kena tahan, so perangai dah macam gila-gila lah dan Joe pun cakap something like, dia risau nanti dia lama-lama kat situ dia tak tau nak buat apa of which aku cakaplah baca quran, khatam lah 3-4 kali. And he said, dah nak habis dah seround. Alhamdulillah.

Ada few things aku nak tanya dia, tapi tak sempat sebab dia dah kata, "Oklah deo... nanti lagi 2 minggu ke aku call kau balik." So, itu je lah yang aku boleh update kat sini. Dan aku jugak dah sampaikan salam korang semua, in general, kat dia. Aku cakap, sejak nekrock link kan blog aku kat blog dia, menderu-deru traffic masuk blog aku to which he laughs. So, aku rasa he appreciates doa dan salam korang semua, ok.

Tu je. Kalau ada salah kata/penulisan aku, aku mintak maaf. Ye lah ramai sangat peminat Joe ni, takut aku jadinya nak mengarang ayat, nak kena jaga hati semua. :-)


6 comments:

mofaaz said...

aku berdoa semua urusan joe dipermudahkan Allah swt...n hopefully joe kembali ke Malaysia dengan selamat

sempoii said...

Dear Joe, aku doa semoga ko sihat & baik2 kat sana. Nakal2 sikit2 takpe..kat tag pun kita naka..heheh. Tabah kan hati joe, dan jaga diri baik2.

Deo, Just wondering, apa jadi ngan king mongkut dan kerabat dia? Derang tau ke tak apa jadi kat Joe?

deo said...

Sempoii, nanti Joe call lagi aku tanya soalan kau tu ye, aku specific kan kat dia ko yang tanya. hehehe...

Anonymous said...

ataupun mamat JQ or GQ or whatever, ade joe cerita tak.. joe ade update kat dia ke, maklumlah bit close dgn mamat tu

pomen seksen7

deo said...

Pomen,
Mamat GQ... tu nak kena tanya gak tu. Heheheh...

Anonymous said...

Alhamdullillah Joe ..segala2nya kehendak ALLAH.

Txs for the update Deo.

ROJAK

Related Posts with Thumbnails