Monday, May 31, 2010

144th to 150th: Cerita KT Dua!


Ok sambung cerita trip ke KT. Kali ni bab mencandat sotong pulak. Only the guys yang pergi mencandat hari tu, PO, LB, Par, aku dan dua orang lagi kawan PO. Pastu ada few others dalam bot tu - tekong and the multiskilled crew lah. Multiskill sebab diorang boleh prepare bahan untuk mencandat, boleh bawak bot, boleh siang ikan, boleh masak, macam-macam lah... and it was LB's and Par's first time mencandat sotong ni, kita tengok how they handle it? Hehehe...


Seawal jam 6.30pm kitorang dah masuk perairan Pulau.. hmmm Pulau apa ek? Anyway, kitorang dah masuk kawasan mencandat lah waktu tu, dah boleh mencandat dah walaupun masih terang. Mulanya aku rasa plan diorang macam nak mancing dulu, then bila tengok ada banyak (I mean really a lot!) bot yang tengah mencandat kat satu tempat tu, sauh bot kitorang pun dilabuhkan, dan kitorang pun mencampakkan candat masing-masing ke laut... tengok gambar ni betapa ramainya bot waktu tu.


Kitorang stay at that position sampailah matahari terbenam, tapi takde seekor sotong pun dapat dinaikkan. Ternampak wajah-wajah kedukaan terpampang di muka first timer-first timer kita hehehe... ada jugak dalam hati aku yang aku rasa macam janganlah tak dapat sekor pun sotong, mana nak letak muka kat geng-geng perempuan yang tak dapat pergi mencandat, especially dengan Angah hehehe... At that point of time, tekong decided untuk alih bot ke spot lain. Sementara bot bergerak ke tempat lain, lihatlah gambar time nak sunset ni...


Lepas maghrib tu aku pun masuk kabin, tidur. Bukannya mabuk tapi mengantuk sangat sebab malam sebelum tu tak cukup tidur dalam bas sebab grup Singapore bedebah yang memekak tu. Anyway, lepas aku terjaga dari tidur tu, lebih kurang jam 8.15pm macam tu, bot kitorang dah beralih tempat, hari pun dah gelap. Aku tengok diorang dah mula mencandat. Aku macam malas nak campak candat aku ke laut sebab yang lain-lain pun macam tak dapat je hasilnya pun lagi.

Lebih kurang time tu jugak dapat twitter delinn yang macam perli-perli pulak sebab diorang tak dapat twit lagi dari aku yang ada mengatakan sotong telah berjaya dinaikkan. Aku janji dengan diorang, nak twit everytime sotong naik, siap kena letak gambar sekali sebagai bahan bukti. Panas jugak laa hati aku waktu tu. Waktu PO tengah solat, aku main-main candat dia. Then, terasa berat wo! Aku pun tarik... perghhh!!! Naik first sotong lebih kurang jam 8.30pm.

Habis aku twit first sotong tu, Shahrom kawan PO naikkan pulak sotong ke 2,3,4 serentak! Tiga serangkai ataupun aku panggil 'threesome'. Baru nak twit yang tu, naik pulak nombor 4, aku tak sure siapa naikkan. Then aku dah haru biru, mana nak twit, mana nak amik gambar, mana nak mencandat. Nasiblah kan, yang aku tau delinn, Arc dengan Sempoii tengah dinner kat darat time tu sure bersorak everytime dapat twit sotong naik. Ekekekek...

8.30pm rush hour tu tak bertahan lama tapi cukup untuk naikkan semangat lah. Ada lah dalam 15 ekor sotong naik waktu rush hour tu. Sotong baru balik mengaji kot time tu lalu bawah bot kitorang. Semangat rush hour tu cukup bermakna especially untuk Par dan LB, sampaikan Par sepanjang malam tu tidur duduk je agaknya sambil tangan sebelah mencandat. Aku? Aku dapat naikkan seekor lagi waktu rush hour tu, lepas tu bila aku tengok dah slow je, aku masuk kabin semula, tidur laa de.... ekekekek

Waktu nak masuk tidur tu, tekong tengah masak, bau macam masak kari. Tapi aku tidur jugaklah. Sedap sehhh tidur waktu tu, angin kuat menderu-deru pastu terbuai-buai je kan. Sampaikan PO kejut aku makan pun aku kata makan dulu. Hehehe...

Almost midnight, aku bangun (sebab lapar!), tengok dalam periuk ada nasi putih, kuah ikan yang bau tadi macam kari tapi rupa macam kurma, tapi sedappp!!! dan ikan cencaru goreng garam je, pun sedapppp!!! Tapi aku takut nak makan banyak-banyak, takutlah perut meracau, payah le pulak kena menonggeng kat tepi bot.

Lepas makan, aku survey laa keliling bot, ada banyak juga lah hasil tangkapan, dekat 25 ekor. Dan pencandat-pencandat tegar masih tegar mencandat walaupun raut muka macam mengantuk dan kepenatan. Aku, campak jugaklah candat tapi tak dalam sesejam setengah, tak naik pun sotong. Aku masuk tidur balik ekekekek....

Around 4am macam tu, aku terjaga lagi (kali ni tak tahan nak kencing pulak). Aku tengok ramai pencandat dah tidur. Yang tegar, Par dan LB, tetap mencandat tapi dah beralih posisi. LB lagi terrer, sambil baring je dia mencandat. Heheheh... Time ni aku dah malas nak campak candat aku sebab memang dah slow gila sotong naik. Dalam bakul dan keliling bot adalah dah 30 ekor lebih rasanya. Ni gambar pencandat tegar, Par dan sotong yang dinaikkan...


Pastu aku tengok LB macam merana je tidur-tidur ayam sambil tangan hayun-hayun candat. Aku ambik candat dari tangan dia pastu aku kata, bro tidur je lah... So, aku amik alih candat dia, dalam setengah jam lepas tu, rasa berat lagi, naik pulak dua ekor sotong serentak... ni nak panggil apa pulak? Bisex? Ekekeke... Dan itulah dua sotong terakhir yang naik sampai kitorang decided untuk balik ke darat sekitar jam 5.30am macam tu... ni lah gambar sebahagian hasil malam tu yang aku rasa ada dalam 40 ekor kot?


Malam tu, sotong-sotong yang dah dicandat tu, dikerjakan. PO bawak kitorang dinner kat one kedai ikan bakar kat area Bukit Tunggal dan inilah bagaimana sotong-sotong tu dikerjakan...


Bertambah-tambah makan masing-masing malam tu, lupa kejap bab kolesterol hehehe... Dan verdict untuk mencandat sotong, oleh LB, "Nanti kita buat lagi mencandat ni!" dengan penuh semangat! Nanti aku sambung lagi cerita, tak habis lagi nih...

2 comments:

Anonymous said...

aku tunggu cerita taman tamaddun islam ko...

~po

The Rambler said...

ishh potong2 pulak updatenya kekekeke

Related Posts with Thumbnails